Kalau nak mencari aksesori komputer selalunya akan mencari di Plaza Low Yat. Kalau nak dekat sikit kat Digital Mall, PJ tapi kat Digital Mall ni hubby kata takde yang dicari.
Sebelum tiba ke Plaza Low Yat ternampak bas KL Hop In Hop Off ni.
Ok...dah tiba dah Plaza Low Yat ni tapi kena ambil gambar dulu kat mana kita parking sebab takut tersilap nanti.
5 tingkat ke Plaza ni....
Ni dalaman komputer tapi dibuat berlampu macam ni.
Ni kat satu kedai kecik kat sini. Hubby tengah deal tu nak mencari RAM (Random access memory).
Sementara hubby tengah deal tu saya dan Dania berjalan la dulu. Kat Plaza Low Yat ni staff kedai suka memanggil-manggil kalau lalu tepi kedai....'Nak cari apa?', 'Kat sini boleh baiki telefon', 'Singgah dulu sini ada komputer baru'.
Jadi nak ambik gambar dari jarak jauh je la. 😅. Kalau pergi dekat kena tanya je nanti. Kita nak tengok-tengok je bukan nak beli.
Banyak komputer yang dipamerkan. Saya kalau bab komputer ni refer kat hubby sebab bab ni hubby lebih faham.
Ada tetikus (mouse) yang berbentuk kucing dan capybara. Alahai comelnya la. Harga dia RM69.
Wefie ibu dan anak.
Masa ni pergi tempat hubby dok deal tu.
Dengan orang luar pulak tu. Saya datang kata uihhh lamanya....sengih je pekerja ni sebab dah faham dah bahasa kita. Nampak cara buat kerja tu memang ada kepakaran la bila buka laptop ni. Laptop ni pulak makin ke hadapan teknologinya jadi bila laptop kita beli tu dah lebih 10 tahun....nak cari parts pun agak payah. Nasib baik hubby berjaya jumpa juga apa yang nak dibeli kat sini.
Lepas ni kami akan dinner pulak....kat mana?. Saya tulis selepas ni la ya...
XOXO,
Ezna
Sama lah.. Laptop dekat rumah tu pun dah lebih 10tahun...
BalasPadamNiat nak cari yang baru, tapi modal takde lagi.. Hihihi
Wahhhh..Dah lama x masuk lowyat sbb xde brng laptop / pc nk dibeli...
BalasPadamUish Lowyat ni lama dah cheq tak pi jenguk sanaaa... last time cheq pi Lowyat was like lebih sedekad yang lalu, masa zaman student dulu 😆
BalasPadamcute betul mouse tu...berbelas tahun dh i tak gi lowyat ni..last pergi masa repair my lappy masa mula2 balik msia thn 2011 rasanya
BalasPadamDulu selalu juga ke Low Yatt tapi sekarang suami dan anak2 suka beli online.
BalasPadamPlaza Low Yat itu pusat perdagangan barang-barang elektronik macam komputer ya Mbak?
BalasPadamMelihat foto suami Mbak melihat laptop HP, jadi ingat laptop yang saya pakai. Merk HP juga, tapi bekas pakai anak bungsu saya saat kuliah.
Benar lucu bentuk mouse-nya. Bentuk kucing. Pasti Dania suka...
Salam,
Oh ini mall khusus utk gadget lah yaa... Sama macam sini, ada mall yg memang khusus gadget, ada yg mall biasa segala macam ada. Saya pun kalo nak cari spare part laptop atau PC, pasti pergi ke mall yg khusus gadget juga.
BalasPadamSy kalau ke lowyat naik public transport jer tak sanggup nak drive area low yat tu..
BalasPadam