Selasa, Oktober 14

Bila kawan ajak keluar....

Iman ada bagitau Dania nak ajak makan2. Bila keduanya dah tak kerja lagi la. So ni masa Dania keluar dengan Iman kat IOI City Mall. Banyak Iman nak shopping sebab nak masuk UPM dah tak lama lagi. Ni singgah Popular. Masa ni dah selesai makan kat Dotty's la. 


Dania yang ambik wefie ni sebab baru teringat nak wefie....nanti ummi mintak. Hehehe...


Sebab dah kenal Iman kan jadi ummi tak kisah la Dania keluar dengan Iman. Berkawan baik-baik ya. 


Saya kebetulan nak ambik barang Typo yang saya order sebab saya request hantar terus ke store kat IOI City Mall. Jadi saya stay je kat IOI City Mall ni sampai Dania kata nak balik. Besar juga la barang sampai kena letak dalam box ni. Nasib baik tak suruh Dania yang pick up. Lepas pick up saya letak dulu dalam kereta. Takkan nak bawa merata dalam mall pulak. Hehe. 


Ini pula makanan tengahari saya. Saya ke Mi Hiris. Semua ni set makan tengahari. Air pula saya pilih peach tea. 


Ni gift untuk Iman ni kalendar tahun 2026 dan tote bag Typo. Semoga bersemangat untuk semester baru ni. Dalam kalendar tu ada voucher boleh digunakan untuk pembelian di Typo tahun 2026 nanti. 


 Tote bag ribbon. Harap Iman suka la gift Dania bagi ni. 


Jam 6 petang saya dan Dania balik la....




XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. cantik bag tu...Geram tgk dumpling tu =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dumpling tu dah masuk set ni....Jadi ok la makan dan ada dumpling sekali.

      Padam
  2. Best siapa jadi kawan Dania. Ummi Dania pemurah ☺️

    BalasPadam
  3. Semoga mereka berkawan sampai bila2 ye...

    BalasPadam
  4. Geram pulak Kalendar Pingu tu, comeyyyy.. dah keluar ya kalendar 2026.
    Kalau kat office ni tunggu supplier bagi je.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bila kawan ajak keluar....

Iman ada bagitau Dania nak ajak makan2. Bila keduanya dah tak kerja lagi la. So ni masa Dania keluar dengan Iman kat IOI City Mall. Banyak I...