Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, August 19

Tazkirah di bulan Ramadan

Ada beberapa jenis wanita. Moga2 kita tidak tergolong dalam mana2 satu golongan wanita ini pun.....

1)Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

2)Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

3)Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4)Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5)Wanita Baraqah:

*Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
*Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

6)Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

(bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali)

2 comments:

  1. Dear suzz : no problem. i dapat email dari my friend. good to share!!!

    ReplyDelete