Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, August 31

My only Papa


My papa kena hospitalised sebab stroke. Now, he is getting better.

Pada mulanyer mengikut kata my sister yang singgah di rumah my parents, my sister teringin nak makan lemang. Kalau kenal my papa, dia memang sanggup mencari makanan yang dihajati untuk anak2. I think normal untuk setiap papa yang akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk anak. Lalu papa pun merasa la sikit lemang dan rendang. My papa memang teramat menjaga pemakanan. Entah mungkin nak dijadikan cerita.

Lepas tu my papa, mengadu kepala pening dan nak pitam. Memang ada Dr yang biasa dengan keluarga kami, datang check condition papa. Mula2 tu Dr kata kena pergi Hospital Sg Buloh. Okay, untuk menceritakan kebaikan papa, papa memang tolong bayarkan bila anak2 dier bersalin. Ngada tak kitaorang??....Memang dah lumrah. Kejap je tetau dah dibayarkan bil hospital. Kami bukan menyuruh untuk dibayar pun. Bila sesekali makan kat hotel, papa jugak yang tolong bayarkan. Dulu, masa kami menghantar adik kedua i ke Sarawak kerana adik i berkahwin dengan orang Sarawak, papa jugak yang menaja semua ahli keluarga i penerbangan termasuk bilik hotel 2H 1M di Kuching. Alhamdulilah and of course menggunakan jugak kelebihan adik ipar i masa tu yang dapat diskaun untuk Hotel di bawah Pernas (Tradewinds). Bila time nak makan tu, kelam kabut papa bayar and me atau adik beradik akan cepat2 selit duit kat poket papa i. Hehe...sesungguhnyer papa i yang bernama Ahmad Khalili memang macam tu....Semoga Allah dapat consider kebaikan papa terhadap kami untuk menyembuhkan penyakit papa. Insyaallah.

Okay pasal cerita kat Hospital Sg Buloh tu, Bila pergi sana tak kena tahan pun sebab papa punyer high blood pressure under control. Lepas tu papa balik rumah. The next day dapat call kata papa pening balik then malam tu i pergi ke rumah my parents. My papa kata 'papa tunggu kamu dulu baru nak makan ubat tidur' sebab papa i tak boleh tidur. Cakap kemain banyak lagi masa tu. Rancak bercerita. Lepas kami balik baru diambilnyer pil tidur. The next morning, dapat call kata papa macam tak berapa sihat sangat. Admit ke Damansara Specialist sebab Hospital yang paling dekat dengan rumah my parents. Kena minta tolong uncle iaitu jiran kami nak papah papa. I melawat waktu malam tu, Muka belah kanan dah ditarik. Butir perkataan dah tak paham dah. Maunyer i tak tak sedih......I cakap kenapa papa jadi macam ni sebab malam sebelum tu ok je? sebab terlalu sedih....

Nak dijadikan cerita pula, pakar neurologist pergi umrah dan akan balik 28 August nanti. Papa pula didiagnos ada darah beku di otak bawah setelah ujian MRI. Dr bagi peluang 50% / 50%. Mungkin akan tetap begitu atau semakin teruk. Strok tak akan berpatah balik jadi baik. Bila dengar macam tu je i dah tak terkata. Cuma airmata yang menjadi peneman setia. Kalau situasi semakin teruk, darah beku akan melalui saluran pernafasan dan masa tu keluarga kena bersedia.

Esoknyer papa kena transfer ke KPJ Selangor Specialist Hospital. I rasa ni jalan terbaik sebab kat KPJ Selangor ada sorang neurologist yang akan monitor papa. Bila transfer ke KPJ Selangor Specialist, naik ambulan. Tinggal 1 hari je kat Suites sebab wad single penuh. Then transfer ke single room pulak. Baru 2 hari kat sini, kena masuk ICU pulak sebab pernafasan tersekat dengan kahak.

Masuk hari ni dah 2 hari kat ICU. Alhamdulilah. Makin baik dan improving pernafasan papa.....ada sehari Dr bagi paralysed badan supaya papa rehat tak bergerak banyak tapi still kaki gerak sikit nak bagi respond kalau kita mendekati papa. Perkataan yang keluar dari mulut papa pun memang tak dengar. Hanya lidah bergerak-gerak. Papa juga bernafas melalui life support machine. Today, ubat paralysed Dr tak bagi dah. Lagi aktif, nak cabut wayar dan life support machine sebab kata nak balik.

Bila keadaan papa macam tu, i nak relate juga dengan kehidupan kita yang tidak semestinyer di atas. Kadangkala kita akan jatuh sakit. Sekali Allah menarik nikmat kita, kita dah tak berdaya. Tiada siapa yang akan menyembuhkan penyakit selain Allah. Mungkin kita terlupa semasa kita sihat. Ini i tak relate dengan papa i cuma kita kenalah sentiasa insaf denga apa yang berlaku. Peringatan kepada diri i juga. Tetapi penyakit adalah penebus dosa. Kita kena menerimanyer dengan redha......

Harap papa akan cepat sembuh dan terima kasih di atas doa dan kiriman sms, ucapan facebook dan di blog juga kunjungan semua dan juga mereka yang bertanya khabar melalui telefon. Terima kasih......Doakan papa i, Ahmad Khalili cepat sembuh ya. Dah la minggu depan kita akan menyambut Syawal yang mulia........sedih i.......

 Lobi KPJ Selangor Specialist Hospital Seksyen 20 Shah Alam 

The Suites

Lorong ke bilik hospital papa i

Staff sedang transfer papa ke katil bilik

Ada sesi exercise iaitu dengan pakar Fisioterapi

 Lobi di Suites Hospital

Dania tengah tengok kat tingkap lobi. Dapat dilihat Pasar Ramadhan tempat kami selalu beli sepanjang kat sini

Ni dua pupu i. Anak2 kepada sepupu i. Ayah they all ni pakar perbidanan dan sakit puan kat Hospital Putrajaya. Kira ayah they all ni pakar O&G la. Ni kurang sorang tau. Yang baby kat rumah. Sape nak challenge 8 orang anak? Murah rezeki.....

Dania dan sepupu dier Sofiah tengah colour2 kat sini. I tukang tengok takut they all buat bising kat bilik atuk they all....





6 comments:

  1. i memang sentiasa doakan agar papa u cepat sembuh..Amiin..u be strong yer ezz..

    ReplyDelete
  2. semoga papa you cepat sembuh, and i think he will insyaAllah, since all his children are around him.. be strong in front of him ya..

    ReplyDelete
  3. Hi Kak Ezna..ni salwa..ank wam..ingat x?
    emm..sy sekeluarga doakan semoga pak cu cpt sembuh n sehat..

    ReplyDelete
  4. salam k.ezna..
    cane ur father?...banyak2 berzikir..Allah maha mengetahui sgalanya..Dia pasti akan beri yang terbaik untuk akak..:)

    ReplyDelete
  5. salam ezz, sorry lambak jenguk your entry..anyway sabar ya ezz...insyaallah doa anak2 dan kekuatan uol adik beradik berikan..harap2 your papa akan sembuh dan sihat semula...amin

    ReplyDelete