Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 1

DARC

I datang ke sini sebab nak survey tempat untuk buat Birthday. Bukan untuk i tapi untuk anak saudara i. My sisters nak mengadakan birthday Zharif dan Sofiah serentak. I telah dilantik menjadi consultant mereka.....Jadi i telah propose tempat ni. Jom tengok picture eh....

Harga pakej harijadi kat sini bolehlah tahan tapi i jamin akan sangat meriah and lain dari yang lain kerana ada pertunjukkan red indian memakan api atau Fire Eater. Mereka terdiri dari orang Thailand. Kanak2 yang akan disambut harijadinyer akan menunggang kuda padi yang diarak dengan superhero seperti spiderman, superman.....kemudian akan naik ke atas pentas dan diraikan. Makanan pula disediakan masakan nasi padang. Chef terdiri dari orang Jakarta, Indonesia. Bagi pakej birthday, makanan padang ini ada caj nyer tapi minimal untuk seorang. Untuk pengetahuan semua, masakan nasi padang ini disediakan pada hari minggu untuk makan tengahari dan malam. Uniknyer bayaran tidak ditetapkan jadi kita boleh membayar berapa harga mengikut kemampuan kita. Duit itulah akan digunakan untuk menyelenggara kuda kuda tersebut. 


Bagi mereka yang berminat untuk belajar menunggang kuda, tempat menunggang ini yang paling murah seumpamanyer. Dengan RM180 untuk sekeluarga, anda boleh menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti 


•    Equestrian
•    Off Road Horse Trail
•    Mountain Biking/ BMX Trail
•    Camp Site
•    Archery
•    Gym
•    Pro Shop
•    Restaurant
•    Meeting Room/Hall

Source : http://darc.com.my

I rasa macam nak enrol Dania kelas menunggang kuda ni. Tengok la. Bukan dalam waktu terdekat ni sebab i tengah sibuk nak pindah rumah pulak. On top of RM180 (1 family yer....berpatutan sangat...), kena bayar additional RM120 untuk sebulan. Kelas 1/2 jam sebulan 4 kali. Menunggang kuda ni satu cabang exercise tau....


Masa i gi tadi, i telah disambut oleh PR Exec. Nama Muhammad Zhariff. He he he. Birthday boy pun Muhammad Zharif cuma kurang 1 huruf "F" jer.....Orang 'oku' tapi sangat peramah (abis takde la jadi PR exec tu....), muka intelligent dan Bahasa Inggeris yang sangat fasih. Kemudian dia pass i kat Event Coordinator cum isteri bos DARC. Filipino. patut i cakap bahasa melayu dia macam diam jer...hee hee. Sangat kecik and comel tapi dah 43 tahun. Mel Teo ni la bagi peluang Dania naik kuda padi and i gi ambik2 gambar kat kandang kuda and bagi peluang Dania pegang kuda. Rupanyer kuda akan bertindakbalas kalau kita panggil nama dia. Kuda akan bermanja dengan menggerakkan kepala. Sebelum menunggang kita kena pat badan kuda tu supaya kuda itu selesa. Masa kuda bernama Tara dibawa keluar, ada seekor kuda padi tu berbunyi kuat. Terkejut eden....weiiii.....he he he....Ummi yang sangat tak macho....ha ha ha....I sangat takut la pulak. Rupanyer Mel kata kuda tu pun nak keluar jugak bila nampak kawan dier keluar. Ada jugak kuda kat situ yang suka menggigit.....kami kenalah berhati-hati.......Tiap weekend ada joyride pukul 6pm. So line selalu panjang sebab FREE naik kuda. Yee ha......jom kita ke DARC  !!!

 Pintu masuk DARC

Papan Tanda DARC sepanjang jalan selepas susur ke Bukit Subang / Kota Damansara di Guthrie Highway

Tempat belajar menunggang kuda

Restoran tempat menjamu nasi padang

Tengah belajar menunggang kuda

Dania diberi peluang menunggang kuda padi. Nama kuda padi ni Tara....Hi Tara.....

Dania steady je bila naik kuda

Dekat stable kuda

Kuda padi ni nama Princess tapi kulit macam lembu yer???

Ummi dan Dania bergambar kat kuda besar yang lepas mandi. Ngeri tengok. Dinasihatkan jangan berdiri di belakang kuda takut ditendangnyer...

Lagi gambar kat kuda besar. Kuda ni berasal dari Arab. Warna sangat unik. Kelabu berbintik...Kebanyakkan kuda di sini ditaja oleh orang korporat seperti kuda ni ditaja oleh seorang VIP yang berharga RM23,000...Wow!!!...Mel suruh belakang lagi. Disebabkan i penakut....weiiiii takut kena sondol nanti baru tau....i kata kat sini je ler...Tengok muka i tak selesa tu....

Dania dengan kuda padi bernama Smiley atau Princess me not sure....ha ha

Dania pegang Tara

Contribution Counter untuk masakan padang. Order banyak mana pun harga tak ditetapkan.....

Pokok pokok kelapa sawit kat tempat parking. Luas kawasan ni...:-)











4 comments:

  1. kalau Emir nak tengok kuda dekat2 pun dia takut.. but this place nampak unique untuk birthday party

    ReplyDelete
  2. wo ho! menarikknyer! tak pernah tau plak tempat nihhh

    ReplyDelete
  3. Mira : Emir okay lah kalau takut ni i ni orang tua hee hee hee :-) i ngeri....bila masuk kandang2 kuda tu, kuda2 ni macam nak keluar kandang jer...Ngeri i...hehehe....tapi....sangat unik.....

    Izan : Ni la 1st time i tau tempat seumpama ini. U kena pergi try nasi padang.....harga ikut kita nak bayar.....UNIK kan??

    ReplyDelete
  4. Menarik juga ya tempatnya..., Saya dari Indonesia. Salam buat semuanya. thanks

    ReplyDelete