Ahad, Julai 18

Rabbit Fun Land

Hari Ahad di nak ke mana ye?...setelah me, hubby and Dania singgah kat Puncak Jalil hantar barang kat rumah baru, makan, solat...kami pun pergi ke Rabbit Funland kat Semenyih. Actually dah pernah pergi sini dulu tapi nak pergi survey harga arnab. Mungkin murah since they all bela banyak arnab. 

Rabbit Funland

-----------------------------------
---------------------------
-----------------
-------
-

Landmark nyer University of Nottingham, Semenyih. Masuk simpang ke U of Notts tu kat Jalan Broga.

Ada signboard besar Uni of Notts

Signboard Rabbit Funland

Sebelum masuk kena bayar RM5. They all kata kalau makan kat sini, Free bayaran masuk. Kami kata tak nak. Walau kata halal tapi agak was was sebab owner bukan islam. Jadi kami kena bayar RM5 / seorang dan diberi 3 pek makanan arnab. Sate arnab ada dijual kat sini jugak.

Bila masuk kami terus ke kandang arnab. Wah bukan arnab je. Ada kuda, kambing, monyet, Rusa dan burung. I rasa macam mini zoo pulak. Makin banyak penambahan binatang berbanding i pergi dulu. Boleh ride a poney juga dengan harga RM5 seorang sekali naik.

Arnab tengah berehat. Geram tengok warna putih mata hitam tu...


Kambing baka luar negara ni

Cheese..............

Kambing kambing ni macam kelaparan sangat bila kami datang dekat. Bila ayah sua makanan, kambing tu makan sekali ngan plastik....haa???? tak sembelit ke?....

Ni la anak kambing terlepas kandang. Jinak....sekali tengok macam anak anjing kan??

Dania ngeri bila nak bagi anak kambing makan. Ummi memang jangan suruh kay....tukang snap gambar ok....

Dania main mini titi gantung

Kandang arnab yang luas untuk dijual juga

Ayah Dania memegang kuda......

Burung pun ada

I tanyalah harga arnab sepasang kat sini. Nak tau?? RM350 sepasang dan cage RM60. Mahal. I tengok kat pet shop kat Empire Shopping Gallery Subang pun RM110 sepasang tapi cage RM300+++. Kita boleh pilih arnab yang kita nak beli kat sini . Tapi dalam masa 2 bulan dah jadi besar macam dengan arnab2 yang dilepas. Arnab ni tak boleh kena hujan tau. Kalau kena, hendaklah keringkan dulu sebab nanti arnab akan mati. Jadi, arnab ni tak payah mandikan ler...

Tempat riadah keluarga.......mesti pergi!!!









2 ulasan:

  1. wah....mahal giller harga arnab rupanya

    BalasPadam
  2. Suzz : a'ah i mmg nak beli sepasang. Maybe kat Empire Shopping Gallery. murah sikit...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...