Tuesday, July 27

Anda pemandu bagaimana?

Hari ni i sangat angin. Bukannyer sebab makan banyak halia tapi sebab kerenah pemandu kat Malaysia ni.Kat setiap gambar ni, kereta i warna biru. Kereta pemandu lain diwakili dengan warna merah sebab dalam citer Star Wars pun pedang orang baik warna biru, pedang orang jahat warna merah...hee hee.....

Senario 1 : Kete i jalan lorong utama kat parking lot, pastu ada kete ni terus reverse dari tempat parking dengan laju sebab dia nak keluar parking. I hon. Amboiiii melawan pakcik tu. Takde sivik langsung walau dah tua. Siap lawan i tengok dengan muka bengis. Bila i tengok mirror kat kereta i, dia dok pandang kereta i lagi. I pun baik la cabut. Kalau nak reverse tu uncle, tengok la belakang dulu. Jangan reverse laju laju. Ingat kete uncle je ke kat situ???.


Senario 2 : Ada 3 lane kat jalan ni. i lane tengah, pemandu lagi satu fast lane atau lane laju. Kami di dalam arah yang sama. Dengan tak bagi signalnyer terus masuk pancung depan i. Terkejut la i. Terus emergency brake. I hon panjang kat kereta ni. Terus dia pecut. In fact motor kat belakang kereta ni pun hon kat pemandu ni. Nasib masa i tekan emergency brake, kereta belakang jauh lagi. Silap2 haribulan kena sondol kereta i sebab jalan ni menuruni bukit. 

       
Senario 3 : I kat lane kiri di jalan dua hala. Bertembung dengan Mercedes dari arah bertentangan. Masing2 nak masuk jalan yang sama jadi i suruh dia masuk dulu. Bila dia masuk, dia parking melintang kat situ. Macamana plak i nak masuk jalan ke kiri tu. Terus i hon dia. Nasib la faham. Dia park kat tempat lain. Ada ke patut, nak beli goreng pisang punyer pasal, parking ikut sukati dier je. Bila dia dah jalan, kena hon pulak dengan orang lain sebab main keluar dengan lajunyer. Kereta kat belakang dier hon la. Kalau tengok kereta yang besar itu dah kira educated punyer orang la kan tapi attitude fail. 


5 comments:

  1. typical uncivilized msian drivers :)

    ReplyDelete
  2. Suzz : Ngeri suzz bila fikirkan. Kalau kat Malaysia dah teruk kan....dekat Beijing lagiiii teruk. Masa i pergi dulu.

    Ayu : i lukis ni ala2 lukisan kanak2. ha ha. Janji apa yang i nak sampaikan, orang lain faham. hee hee :-)

    ReplyDelete
  3. comel je lukisan, kita pun selalu mengalami masalah yg sama, lagi la kita ni P. org kija buli je, kita btl pun kita kena hon, eish! berlagak sungguh laaa...

    ReplyDelete
  4. driver kat penang ni lagi teruk.lagi2 depa tengok kita ni pompuan. dulu cuak jugak, sekarang dh biasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails