Khamis, Oktober 31

Item dari Korea Selatan tiba 3 hari je ke Malaysia | Shopee

Ini adalah diantara barangan yang saya order direct dari Korea melalui Shopee. Bedak debu ni memang saya dan Dania pakai. Innisfree No Sebum Mineral Powder. Ni berkolaborasi dengan Sanrio yang ada karakter seperti Hello Kitty, My Melody, Gudetama, Little Twin Stars dan banyak lagi. Nama karakter ini pula ialah Kuromi. Kalau google rupanya Kuromi ni ialah seekor arnab berwarna putih yang selalu bergaduh dengan My Melody. Kiranya seteru My Melody la ni. 

Tapi.....notty pun kenapa masih nampak comel?. 😅. Tiga ni Dania punya. Bagi nanti masa birthday. Rasanya memang tak ada jual kat Malaysia ni. Macam item ni hanya dijual di Korea. 


Item ni expired date dia masih lama iaitu 2027. Kiranya lagi 3 tahun la. 


Tengok la alamat penghantarannya memang dari Korea. Tapi....yang rasa kagum sangat ni....item tiba 3 hari selepas saya buat pembayaran. Pembayaran pula sebelum jam 2 petang. Kiranya saya order pagi. Hari yang sama juga barang saya tiba kat tempat penyaringan barangan di Korea. Esoknya dah naik flight dah ke Malaysia. 2 hari lepas tu barang dah tiba Malaysia dan hari ketiga barang saya dihantar ke rumah. Buat lagi kagum. Hari Shopee Express hantar barang tu hari ahad ya. Jadinya ahad pun barang jalan jugak. 


Rupanya memang ada jaminan 5 hari penghantaran untuk barangan dari Korea, China dan Indonesia. Mungkin sesetengah kedai sahaja. Kena tengok t&c la.  Shopee kata jika barang tak tiba lagi pada 30 Oktober, saya akan mendapat voucher percuma sebanyak RM5. Barangan saya tiba pada 27 Oktober 2024. 

Kalau minat nak check it out kedai Shopee dari Korea ni boleh la type Go To Korea Store
Selamat membeli!





XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. Woww best ni. Pernah order shampoo dari Korea dulu, seminggu lebih tapi still ok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin T&C baru ni ada penghantaran 5 hari ni.

      Padam
  2. waaa lajunya ezz! i tak pernah lg beli apa2 item dari korea via shopee..biasanya beli y dari china ajer..dan standard kena menunggu dlm 1-2 minggu lah jugak..kdg2 ada beli jugak item shopee dari seller indon, pun menunggu around 1 week

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni first time I beli ni you dari Korea. Kalau dari Indonesia dan China ni pernah la beli. 1 minggu juga masa diambil. Sekarang ni item ni akan tiba cepat dari Korea, China dan Indonesia. Kena tengok t&c kedai tu.

      Padam
  3. Kiutnya!
    Laju ye penghantarannya 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah memang kiut....walaupun ni karakter jahat.

      Padam
  4. oo.. karektor Kuromi namanya. Ritu adik ada belikan anak dia patung kecik Kuromi. Pelik pula sebab saya tak pernah jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni Kuromi ni tengah in. Kuromi ni gang Hello Kitty gak cumanya bagi saya Hello Kitty lagi menonjol. Dania pun kadang dia kata patung Kuromi tu comel tapi idak la dibeli.

      Padam
  5. Cute plak bedak tu ye...SA dulu ahli Altea Korea so sepanjang kewujudan diorang memang x putus2 dapat barangan dari sana..sampai sekarang masih ada lagi barangan diorang..cuma Althea dah x wujud dh...sedih....PKP hari tu diorang dh tutup dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tahu gang Altea tu tapi patut la tak dengar dah pasal Altea ni. Sayangnya SA kan sebab produk2 dia best2 juga tu. Ya la time Covid tu banyak syarikat tutup.

      Padam
  6. Oh produk bedak innisfree yg ini tak dijual di Malaysia kak? Saya tuh kdg kuatir kalo pesan yg dari Luar Negara. Krn terkadang suka ditahan bea cukai, utk bayar tax nya. Memang tak semua. Tapi pernah seperti itu. Krn nya saya LBH suka beli yg barang sudah ada di Indonesia. JD tak payah cukai lagi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tamam Tea & Coffee

Ni masa cuti Deepavali ni. Pagi ni kami breakfast bersama di Tamam Tea & Coffee. Kena ambik nombor ya sebab tak ada meja.  Akhirnya dapa...