Isnin, Oktober 14

Serai kini di IOI City Mall

Dania ada cerita Serai dah buka kat IOI City Mall. Sebelum ni renovasi lagi. Lepas dari Masjid UPM kami menuju ke IOI City Mall. 


Pilih tempat tepi air pancut ni. Selalunya kat sini la makan aiskrim dengan Dania. Tepi air pancut ni la. 


Seronok Dania ya. Makan tengahari kat Two Sons KLCC, malam pula kat sini. 


Tempat dia kat tengah jadi berbentuk bulat. 


Dari arah sini pula. Lokasi Serai ni memang cantik la bagi saya. 


Dania punya pasta carbonara. Takde menu lain yang Dania order kalau kat Serai ni. 


Sang Har Ying Yong. Kali ni harganya mahal sikit tapi sebab teringin dah lama tak makan. Ada udang galah kat situ ya. Minta sekali cili potong. 


Hubby punya order ni nasi goreng. 


Kat luar ni ada banyak sangat jambangan bunga yang Serai dapat sempena pembukaan. 


My favourite color. 


Cantiknya bunga Carnation ke ni?. Kalau dalam Bahasa Malaysia bunga teluki. 


Qistina ni anak owner Serai. Saya dah menjadi pelanggan Serai ni semenjak 12 tahun yang lalu. Patut la ada nama Restaurant Jibby & Co sebab di bawah Serai Group juga sebab ada nama Najib. 


Dania dan Qistina (anak owner Serai), 12 tahun yang lalu. Dania masa ni berumur 8 tahun. Siap bawa beg. Dalam tu ada coloring book la, buku sticker, pewarna pensil la....takut Dania boring. Hehe. Masa ni makan dengan Dania kat Serai Paradigm Mall. Tak silapnya Serai pun baru buka kat Paradigm Mall ni. 


Serai dah ada kat sini memang pergi Serai ni je la. Kalau tak, kami ke Serai di Shafstbury, Cyberjaya. 


***Hari ni Dania memulakan sesi baru 2024/2025 dengan kawan-kawan baru di Bachelor in Animal Science With Honours. Teruja Dania nak memulakan sesi baru ni dan nak kena apply untuk credit transfer juga. Moga Allah permudah perjalanan baru Dania kat sini. 😍. Kawan-kawan kelas Bachelor in Agribusiness With Honours pula masih juga akan terserempak sebab di Fakulti yang sama cumanya lecturer Agribusinee tu tak akan berjumpa lagi la sebab Dania akan belajar dengan lecturer di program yang baru. Sesi baru Ijazah UPM bermula pada 14 Oktober 2024. 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. pengunjung setia serai. good luck kakak Dania masuk sesi baru.

    BalasPadam
  2. 7oh serai br buka ye dkt IOI city mall...kita suka juga makan kt serai...menu dania sama fav tisya ..all the best dania utk semester baru

    BalasPadam
  3. kat KL east mall ada Serai ni tp so far i lom pernah try lg mkn2 kat situ..nanti nak try lah... oooo UPM lewat seminggu dari UIA lah utk new sem starting tu..all the best utk dania! u can do it excellently insya Allah

    BalasPadam
  4. Wahhh..Sedap nmpk menu tu..Semoga dania dpt belajar dgn baik..Amin

    BalasPadam
  5. Waaah restoran legend lah, dah lama juga berdiri kan. Berarti cabang ada beberapa ya kak. Nak coba yg terdekat kalo nanti saya ke KL lagi 😄. Dari foto makanan dah tertarik melihatnya

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Masak untuk keluarga hari kedua cuti CNY

Kali ni hubby suruh masak sup ayam. Kalau sup ayam ni memang senang la kerja saya. 😊. Potong-potong semua kemudian masuk dalam periuk tekan...