Jumaat, Oktober 4

Cerita ayam

Dania dah berhenti kerja dah bulan Oktober ni. Masih ada entry masa Dania kerja September ni. Pagi Sabtu selepas breakfast, hantar Dania ke ICM (IOI City Mall). Kebetulan hari ni Dania kerja Morning. 


Lepas tu ke Pusat Penyembelihan Ayam Presint 20, Putrajaya. Beli la 2 ekor ayam buat stok. Suka beli ayam kat sini sebab katanya pagi mereka sembelih ayam kemudian proses hari yang sama. Bila macam tu ayam yang dibeli tu fresh lagi la. 


Bila balik rumah, apa lagi,,,,kita sediakan bahan-bahan nak buat nasi ayam. Dah rebus ayam-ayam tu sehingga masak kemudian keluarkan ayam2 dan tinggalkan kaki ayam je dalam sup ni. 


Lepas tu sup tu masukkan dalam beras sebab nak sediakan nasi pula. Ni kejadian nasi selepas dah siap masak. 


Siapkan pula cili dia...


Kicap untuk nasi ayam. 


Daun salad dan buah tomato. Buah timun tak ada. Ada juga daun sup untuk letak/tabur kat atas sup. 


Ayam yang tadi dah masak dalam sup, diangkat untuk digoreng sekejap setelah diperap dengan kicap tiram, bawang putih, bawang merah dan halia. 


Ayam yang beli kat Pusat Penyembelihan Ayam tu memang sedap. Rasa manis ayam tu ada. Ye lah terus masak kan setelah beli. 

Nasi ayam ni memang favourite Dania. Balik kerja jam 6 petang nanti boleh la makan. Siapa lagi suka nasi ayam? 





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. MA pun suka nasi ayam..masak pun simple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya senang masaknya pun. Sedap pun sedap juga kan MA.

      Padam
  2. Sedapnyaaa.my family's fav jugak ni ezz

    BalasPadam
  3. lama tk masak menu nasi ayam...yummmmm

    BalasPadam
  4. Wow...sedap ni sis..BLeh belajar ni =D

    BalasPadam
  5. tlg buka resto nasi ayam.pleaseeee

    BalasPadam
  6. Dah lama tak makan nasi ayam yg khas sana. Di sini ada, tp berbeda bentuk dan rasanya.

    Sebenernya saya bukan memfavoritkan nasi ayam. Tapi Raka yg suka sangaaat.

    Pernah coba nasi ayam di KL, tp saya tak bisa habiskan Krn rasa jahe dia kuat. Sementara saya tak suka jahe 🤣

    BalasPadam
  7. Fav saya Nasi Ayam..tak kisahlah yang masak sendiri atau orang lain masak...suka sangattt..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...