Selasa, Oktober 15

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka slot untuk Dania mendaftar kursus bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2024.. Selain daripada itu dapat menyaksikan program Dania tu ditukar. Mulanya Sains Perniagaantani...kemudian ke Sains Haiwan. Saya siap screenshot nak buat kenangan program yang lama.

Pagi pun ada sambung daftar kursus dan gugurkan kursus dari program yang lama. Dania mendaftar dulu subjek2 program lama kemudian bila dapat surat kelulusan barulah berani menggugurkan subjek tersebut. Daftar pula subjek yang baru. Alhamdulilah. Program yang baru ni Dania kena ambil juga 6 kredit untuk elektif bebas dari kursus Humanities and Liberal Arts. Jadi, setelah belek ada 2 program bahasa yang Dania minat nak ambik iaitu Bahasa Turki atau Bahasa Sepanyol. Mulanya takde slot kosong pun. Saya tidur lewat sikit. Godek-godek agaknya ada yang menggugurkan kursus terus ada slot kosong. Dania masa ni dah tidur dah. Ye lah kelas nak mula dah kan....dan pula katanya lecturer Bahasa Turki ni baik. Ok cun sangat la tu. Saya la tolong mendaftarkan kelas Bahasa Turki Dania. Siangnya bila dapat tahu.....happy la anakanda tu ya. Saya memang tahu la nak buka sistem maklumat pelajar tu sebab password pun saya tahu. Nak pilih kursus dan daftar pun saya tahu. Hehe. Apa salahnya membantu kan....bila time emergency....ummi to the rescue la. 😆

Pagi ni nampak bersemangat nak ke kelas. Siap2 makan sandwich. Dalam mulut pun ada tu tak habis kunyah lagi. 😅. Baju tu dah bergosok elok tapi Dania letak beg atas riba jadi keremot dah baju. Sayang beg nak letak bawah kat tempat kaki 😁


Dania bagitau Dr suruh sediakan kasut untuk ke tempat haiwan nanti. Nak buat amali kena pakai kasut yang sesuai. Dr ada bagitau kedai mana nak beli kasut ni. Kedai kasut ni kat Seri Serdang je. 


Dr suruh pilih kasut warna hitam sebab kuning katanya untuk kontraktor. Macam Phua Chu Kang. 😅. Sebelum ni Dania guna kasut ayah je tapi since nanti memang nak guna banyak kali ni kita beli baru je la. Dania ada juga kasut ke ladang tapi jenis rendah. 


Masih ada kedai kasut lama macam ni kat Seri Serdang. Banyaknya kotak-kotak. Stok masuk agaknya. 


Kasut ni berharga RM22. Ok la jugak harganya. Uncle tu bagi diskaun lagi. Kasut boots ni settle dah. 


Berdekatan sini ada Restoran Ayam Geprek yang Dania kata sedap. 


Masuk je Restoran ni Dania ternampak Wafa. Kawan yang Dania baik dan sebilik masa asasi. Belakang Dania baju warna peach tu Wafa. Wafa siap salam2 ummi. 


Saya order sambal geprek cili ijo. 


Dania pula sambal geprek original dengan tambahan cili tu. Lepas tu mengadu pedas 😅


Makan dulu dua beranak ni. Hehe. Mulanya nak tapau je. Akhirnya errr makan sini je lah. 


Inikan aktiviti wajib Aunty Ezna. 😆. Wafa ni memang dah tahu dah perangai saya. Lawa betul Wafa ni. Kulit dia licin kemain. Orang Sabah. Pandai pun ya jugak. Ni kiranya kawan2 engineering Wafa la ni. Program Kejuruteraan Sivil. Tengok ni haaa bakal engineer wanita Malaysia. Lepas tu cakap dengan Wafa...nanti Dania nak bagi gift untuk semua. Jadi jumpa la ya....nanti plan la nak jumpa 6 orang sebilik tu. 


Lepas tu balik rumah. Rehat semua...kemudian sediakan pula makanan malam. Simple je ayam goreng kunyit ala Mat Rock tu dengan sayur kacang buncis. Tambah la sup ayam simple juga takut tak berkuah pulak. 

Kelas petang Dania start jam 5 petang jadi hantar Dania ke Fakulti dan lepas tu singgah basuh kereta dulu. Berhabuk tengok jadi kita mandikan la ya. Nampak ada orang jual buah juga. 


Lepas kereta siap basuh, saya ke Fakulti nak pick up Dania sebab menjangkakan akan habis awal sebab selalunya kelas akan berlangsung lebih masa setelah student panggilan kedua masuk. Memang ya habis awal. Dania call...ummi dah sedia kat Fakulti dah.


Rutin saya pun bermula. Hehe. 





XOXO,
Ezna

 

23 ulasan:

  1. Sekarang nie pukul 5pm pun masih ada kelas lagi ye? Zaman linda dulu.. Pukul 5pm tu dah bersedia untuk berlari ke bilik.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelas Dania 5-7 petang Linda. Kelas ni kelas Bahasa Inggeris. Paginya kelas mengikut program masing2. Petang ni semua program kena ambik. Masa dia je akak tak baper gemar....petang sangat.

      Padam
    2. ooo...faham2..nak sesuaikan waktu yang semua orang boleh amik...tp betul lah, petang sangat, dan maghrib sekarang pun masuk awal

      Padam
  2. wah dania amik bahasa turki...lps ni pi istanbul bole ckp turki...kita tkleh mkn menu yg pedas tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah Amy. Nak ambik Sepanyol tak ngam pulak masa dia jadi pilih Turki.

      Padam
  3. I pun suka ayam geprek🤤 all the best utk dania!!dan her ummi jugakkk kira dh mcm PA tu😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ayam geprek ni....haha I pun rasa dah jadi cam PA pulak.

      Padam
  4. all the dania..wah, looking forward jugak tgk Dania beraksi with haiwan lepas ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih MA. Lepas ni lebih kepada haiwan la pulak.

      Padam
  5. macam best je bidang yang Dania pilih ni.. pergi ladang haiwan, pertanian, marketing... ada belajar maths macam kalkulus semua tu juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang Yan cakap ni ada belajar kalau masih ambik Agribusiness. Sains Haiwan ni lebih detail belajar pasal haiwan macam cara pemakanan, anatomi haiwan, kelakuan haiwan, sains babi, sains tenusu, sains pedaging, cara nak kacuk haiwan. Lebih kepada haiwan untuk kita makan macam lembu, kambing, ayam, burung puyuh, rusa dan lain2. Ada belajar statistik dan Ekonomi Pertanian juga. Kalkulus takde tapi kalau program perniagaan sahaja tu rasanya ada.

      Dania minat haiwan jadi tu yang pilih ni. Kalau agribusiness lebih kepada bagaimana nak mengendalikan perniagaan pertanian ni. Tu yg ada subjek marketing, law, statistik, pertanian pintar (guna drone etc)

      Persamaan keduanya terlibat dengan Keterjaminan Makanan nak pastikan makanan cukup untuk kita.

      Padam
  6. patutla Dania hebat rupanya dari genetik umi yg hebat serba boleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haza min Fadhli Rabbi. Moga Allah permudah semua urusan kita.

      Padam
  7. Sedap nya ayam geprek. Betul, sekarang class tak kira masa dah. 6-8pm pun ada. All the best Dania.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Mulan. Tu lah tu...tapi kalau kelas petang hmmmm....mengantuknya...yang tukang hantar pun boleh menguap banyak kali.

      Padam
  8. Teringin nak rasa campus life Semula.. Hihi

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Kalau kaler kuning memang confirm sama dengan kasut PCK. Hehe

      Padam
  10. Dania mmg duduk luar ye Ezna? Ke penempatan utk student 1st year je?
    Tak mahal sangat harga kasut tu ye ... Oklah tak membebankan students

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Dari awal masuk UPM masa Bacelor lagi. Dania dapat kolej dulu tapi dia seorang je, katil sebelah tak mendaftar. Lepas tu buat surat bagi bahagian akademik dan beritahu nak tinggal kat rumah. Penempatan first year ni memang confirm dapat kolej. Selepas tu kena aktif kat kolej dan ikut ranking merit yang dikumpul tu utk menentukan dapat kolej ke tak. Kalau tak dpt kena duduk luar.

      Padam
  11. Saluuut lah, memang kakak terbaiiiik sangat , sampai bantu daftarkan kursus Dania 👍👍. Memang harus support anak kita semaksimal mungkin. Tapi unik juga bahasa turkiye yaa. Agak jarang dipilih soalnya.

    Jurusan hewan yg Dania ambil skr, memang hrs pakai sepatu tinggi seperti ini yaa? Buat Amali itu maksudnya apa kak?

    Waaaah lihat sambel ayam gepreknya, langsung terbayang pedas 🤣🤣🤣. Biji cabe merah nya banyak sangat hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Fanny...kakak tak menjawab soalan Fanny. Jurusan haiwan ni kena pakai kasut boots tinggi sebab nanti mungkin ada tanah-tanah atau kawasan itu berair jadi kasut atau seluar tak basah sebab pakai boots tinggi ni. Untuk keselamatan juga Fanny. Safety Boots namanya. Amali itu bermakna praktikal atau hands on.

      Fuhhhh sambalnya pedas.....mungkin keluar asap di telinga. Hehe

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Perginya abang ipar di bulan ramadan

Pada 26 Mac 2025 jam 6.13 pagi perginya abang ipar saya buat selama-lamanya. Hubby balik kampung jam 9 pagi macam tu. Saya dan Dania tak bal...