Khamis, Oktober 17

Pasar Gadis di Central Market

Dari Masjid Negara, kami menuju Central Market (CM). Nak parking kat Central Market pun payah gak nak cari parking. Pusing 2-3 kali baru dapat parking. 


Ada Pasar Gadis la kat CM ni. Kat dalam CM ni ada macam-macam event. 


Barangan yang dijual diantaranya gelang tangan ni. 


Kraftangan kait. 


Comel je semua. 


Macam nama adik saya je...Elza. 


Blouse yang disulam. 


Kraftangan yang dikait lagi. 


Ni boleh letak kat telefon. 


Ramai juga pengunjung CM ni. 


Kedai cenderamata eh macam nama blog pulak. 


Manis pulak blouse ni. Bunga dia kecik-kecik je. 


Phone casing. 


Kepit ni selalu pakai kat rambut. 


Tapi....sekarang ni letak kat beg pulak. Dania beli satu bunga ni dengan harga RM8. Kena rajin-rajin survey sebab ada yang harga RM10. 


Kat luar pun ada gerai juga. 


Cuaca masa ni agak mendung. 


Jalan punya jalan terjumpa anak jiran rumah lama. Ayah Dania Irdyna dan Ayah Dania Yasmine sama tempat kerja. Dania ni jalan dengan kawan dia. Nama sama, warna tudung pun sama. Dania Irdyna beza 2 tahun dengan Dania. 


Singgah dulu minum air panas dan roti bakar. 


Lepas ke Central Market, singgah Masjid KLCC Asy Syakirin. 


Tengok la telekung yang Fanny bagi ni. Sebesar tapak tangan je. Memang best sebab kecik dan muat je masuk beg tangan. Tak makan space. Warna dusty purple. 


Puas berjalan ya. Lepas ni nak dinner pulak sebelum balik rumah. Ke mana dinner kita? Semestinya area berdekatan juga la. 





XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. sampai bila pasar gadis tu...ke dah abis dah...SA berkenan ngan blouse sulam tu la..lawaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. 11-13 Oktober 2024 SA. Dah habis dah. Blouse sulam tu cantik....berkenan jugak.

      Padam
  2. tgk opismate pi juga pasar gadis bw ank2...lama btul tk pi CM...dlu2 zaman remaja je la smp sini

    BalasPadam
  3. wahh sama plak kaler tudung 2 org gegirl ni ;) sweet!

    BalasPadam
  4. Sesuai dengan nama Pasar Gadis, semua item cute sesuai untuk para gadis.

    Cantiknya telekung Fanny bagi tu.

    BalasPadam
  5. Laa dah habis ya. Ingat boleh tengok weekend ni.

    BalasPadam
  6. tiap weekend ada je event kat pasar seni ni kan sekarang, memang menarik dan esthetic je kalau ke sini

    BalasPadam
  7. Wahhh..Best betul CM skrg..Sy rasa dah almost 10 yrs or more x pegi sini..Sbb dulu2 sini ramai sgt warga asing jadi mcm scary kalo nk jln2 sana =(

    BalasPadam
  8. Meriah pasar seni tu.. Memang best lah berjalan dekat situ

    BalasPadam
  9. Seronoknya dapat jalan-jalan tempat yang pernah jadi tempat kumpul kawan-kawan masa muda dulu...bila tengok gambar memang dejavu...

    BalasPadam
  10. CM selalu buat event.. Pasar gadis.. comey pulak bunyi nya.. kalau tahu boleh bawa dua anak pmpn ni ke sana :D

    BalasPadam
  11. Bahaya datang ke sini, Rambang mata 🤣🤣🤣. Tak mungkin kluar tanpa bawa hasil belanjaan 😄.

    Dah lamaaaa saya tak ke central market. Trakhir sebelum pandemi dengan teman2. Saking banyaknya belanja Macam2, pergi kami naik LRT atau MRT, pulangnya naik taxi 🤣. Tak sanggub bawa bag belanja 😅

    Telekung travel nih memang saya selalu letak dalam semua tas. JD tak susah kalo nak pergi bawa tas yg manapun 😄. Eh tapi bag saya cuma 3. Tak lah banyak sangat 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hadiah Top Komentator Jan 2025

Saya dapat whatsapp dari J&T masa saya menghadiri kenduri kahwin. Dapat la gambar box yang diletakkan di atas tembok. Boleh tahan besar ...