Khamis, November 27

Jolly LLB 3 | Netflix

Credit : Netflix

Akshay Kumar sebagai Jagdish 'Jolly 2' Mishra
Arshad Warsi sebagai Jagdish 'Jolly 1' Tyagi
Saurabh Shukra sebagai Hakim Sunderlal Tripathi
Gajraj Rao sebagai Haribhai Khetan
Ram Kapoor sebagai Vikrham Rai Chaudhary
Seema Biswas sebagai Janki Rajaram Solanki
Robin Das sebagai Rajaram Solanki

Suami Janki bernama Rajaram Solanki bunuh diri bila mengetahui yang tanahnya diambil untuk pembangunan. Isteri Rajaram akhirnya ingin mengambil peguam Jolly 1 untuk menguruskan kes ambil tanah ni kemudian Jolly 1 beritahu Janki yang Jolly 2 ambil kes secara percuma kerana Janki tak ada duit nak bayar yuran peguam. Agak kelakar juga bila Janki ni bawa kedua ekor kambing dia untuk bertemu dengan peguam Jolly 2 ni. Ada dua peguam nama sama ya....'Jolly'. Jolly 2 kemudian menyuruh Janki ni pergi balik ke Jolly 1 kerana Jolly 1 ada niat menipu kerana Jolly 2 tak ada buka kes secara percuma. Akhirnya, Jolly 1 dan Jolly 2 terlibat dalam mengendalikan kes petani bernama Janki ni. Mereka bergabung kerana Haribhai Khetan ni sangat berpengaruh orangnya. Organisasi Haribhai ni terkenal dengan cara merampas tanah untuk tujuan pembangunan. 

Mereka nak bina Casino ala Las Vegas yang katanya akan memberi pulangan lumayan kepada negara India di atas tanah Janki dan penduduk kampung yang bekerja sebagai petani. Saya suka di dalam mahkamah bila Jolly 1 tunjuk gambar rumah Haribhai Khetan....adakah beliau akan mengorbankan rumahnya jika kerajaan berhastrat untuk mengambil tanah di kawasan rumah Haribhai Khetan?. Haribhai Khetan mengoyakkan gambar rumahnya tanda tak setuju. Kemudian Jolly 1 tunjuk gambar rumah Hakim. Adakah Hakim akan bersetuju jika rumahnya diambil disebabkan pembangunan?. Hakim terus terang cakap 'My House, My Choice'. Ini sebagai tanda sinis Jolly 1 untuk memberitahu adakah sama rasanya jika perbuatan itu dilakukan kepada rumah penduduk kampung?. 

Ada juga part kelakar bila Hakim ni ada date dengan Ketua Polis tapi meja mereka duduk tu untuk 6 orang. Hakim ni dah tua. 😅. Masa kat Restoran tu Jolly 1 dan Jolly 2 bawak pasangan masing2 tapi tak ada tempat duduk sebab dah penuh tapi request nak sama-sama duduk kat meja Hakim dan Ketua Polis (perempuan) tu. Padehal Hakim dan Ketua Polis tu tengah ada date....tapi Ketua Polis tu izinkan mereka duduk sekali. Mana la ada Hakim bawa bunga ros letak atas meja hakim masa perbicaraan kan. Rupa hakim tu memang kelakar la....

Apa terjadi kepada Janki dan penduduk kampung? Dapatkah mereka mempertahankan kampung tercinta?. 

Saya beri 4/5 untuk movie ni sebab ada mesej yang baik. 

Akhir movie ada tertera...

'If you eat today, thank the farmer'




XOXO,
Ezna
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jolly LLB 3 | Netflix

Credit : Netflix Akshay Kumar sebagai Jagdish 'Jolly 2' Mishra Arshad Warsi sebagai Jagdish 'Jolly 1' Tyagi Saurabh Shukra s...