Lepas hantar Dania ke Fakulti, saya dan hubby makan la kat dalam UPM ni. Actually, banyak lagi Cafe yang tak explore lagi. Ni salah satu. Baru makan kat Norzack Cafe ni. Rasanya macam sama je dengan Haura Cafe. Hubby pergi tanya pekerja yang buat air. Haura Cafe tu bawah Norzack Cafe ni la. Tempatnya pun dekat-dekat je. Norzack Cafe ni untuk pelajar boleh tunjuk kad pelajar untuk mendapat RM2 off untuk nasi campur sahaja. Ok la kan dari tak ada.
Masa ni lepas ambik Dania lepas kelas. Kami ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM (BHEP) untuk collect kad RHB siswa Dania yang baru.
Masa ni tengah tunggu kat ruang menunggu. Meja tu kalau tengok diperbuat dari drum alat muzik tu. Atas tu macam kayu pallet. Unik jugak la.
Ok kita bandingkan kad lama dan kad baru. Kad lama dengan takde gambarnya lagi 😅. Program pula masih Bacelor Sains Perniagaantani Dengan Kepujian.
Kad baru ada gambar. Lega tengoknya. Program pengajian juga dah bertukar jadi Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian. Dania kata lega semuanya dah bertukar.
Lepas tu nak kena menapak sikit ke Dewan Besar sebab nak aktifkan kad ni. Dania memang dah siap sedia apps pun sebab dah pernah ada kad kan cuma nak aktifkan kad yang baru dapat ni je.
Nak ambik kad kena mengikut Fakulti.
Ni agihan kad mengikut tarikh, fakulti dan tempat nak ambil. Kalau IPTA memang wajib ada kad RHB MySiswa ni. Memang tiap bulan masukkan duit belanja dalam kad Dania ni tapi Dania banyak guna kad CIMB ajer.
Kat dalam dewan ni sejuk la. Saya masuk sekejap dalam dewan ni. Kat luar panas ya amat. Dewan ni la tempat konvokesyen pelajar UPM. Insya Allah lagi 4 tahun.
Ada penjimatan beli tiket bas. Boleh ambil hotlink prepaid juga. Mesti la ada t&c dia kan. Dania memang supplementary line ummi pun under postpaid. Dah tak payah prepaid dah.
Masa nak pergi ke parking ternampak pokok ni yang berbunga sejambak-sejambak. Kalau berbunga lebat...lagi penuh bunga Jacaranda purple kat pokok ni. Lagi cantik.
Warna ungu (purple) ya. My favourite color.
Banyak bunganya berguguran di bawah pokok.
Saya kutip dan google lens bunga apakah ini?. Google lens kata Jacaranda.
Lepas tu saya dan Dania ke Presint Diplomatik, Putrajaya. Kami ke Mohd Chan. Plan tak masak tengahari ni. Kita makan kat kedai je la.
Panas cuaca kat luar tu jadi saya order air bunga kekwa (Chrysanthemum). Menyegarkan. Ada bunga kekwa juga dalam air ni.
Nasi goreng seafood Rich man. Uishhh nama pun lelaki kaya tu.
Dania makan nasi ayam.
Lepas tu saya install apps Mohd Chan. Dapat mochi red bean 2. Kalau review kat google dapat lagi 2 mochi. Sama je semua red bean je.
Kalau guna apps Mohd Chan, pembelian pertama menggunakan apps dapat voucher RM5. So ya kita tunjuk je la apps tu. Dapat la penjimatan RM5.
Jangan lupa ya, kalau makan kat Mohd Chan install apps Mohd Chan. Dapat la free mochi dan bukan itu sahaja...kalau ada promo code atau penjimatan kita boleh tunjuk apps Mohd Chan.
XOXO,
Ezna
Bunga purple & mochi tu menarik sy =D
BalasPadamBunga cantik, Mochi tu kacang merah.
PadamDah maken canggih kat pelajar zaman sekarang nie.. Kiranya, kad pelajar tu boleh masukkan duit jugak lah ye... Kena ada akaun RHB lah gitu...
BalasPadamYa sekarang ni kalau IPTA wajib ada kad ni jadi 2 in 1. Kad pelajar dan kad debit RHB. Ada tempat bagi diskaun kat pengguna ka debit RHB MySiswa ni.
Padamalhamdulillah settled urusan kad pelajar Dania..
BalasPadamx pernah makan kat Mohd Chan, food panda je pernah
cutenya bunga jacaranda tuuuu
BalasPadamCantiiiik bunga ungu nya 😍😍. Saya pun suka ungu, Krn itu warna blog saya ungu 😄. Tapi kalo utk baju, hijab, LBH suka merah, Krn ungu tak sesuai dengan tone kulit 🤭😅.
BalasPadam