Pagi, dah hantar Dania ke IOI. Hari ni kebetulan Dania kerja Morning.
Saya ada plan kat KL jadi naik ERL dari Putrajaya ke KL Sentral.
Duduk seat seorang ni selesa. ERL ni saya cadang turun di KL Sentral sebelum ambil LRT ke KLCC pula. Nak drive ke KL ni sekarang saya dah tak confident unless tempat yang saya betul-betul tahu.
Plan nak jumpa kawan jam 12.30 tengahari tapi saya tiba awal. Boleh la jalan-jalan KLCC dulu dan tersinggah Innisfree ni sebab ada promo. Kalau member dapat penjimatan sehingga 20%.
Berkenan kat booth yang jual barangan mandian ni. Belikan 1 untuk kawan saya sebagai gift. Sabun bau rose. Bau dia sangat la sweet. Kawan saya ni peminat bauan rose.
Ada pula booth Fazura kat tengah ni. Mula-mula belek-belek ajer.
Kemudian....jeng jeng....terbeli hijab yang ni pulak. Ada bangunan KLCC. Kena sungguh temanya ya.
Ada tudung yang murah sehingga ke mahal. Kena ikut label dia. Ada black label, white label, pink label etc. Tudung KLCC tu tak silap harganya RM20++.
Janji nak jumpa kat sini. Masa ni orang masih tak ramai. Kalau dah lunch break ni mesti penuh kan...
Berdekatan O'Briens ni ada Uniqlo. Masuk dulu Uniqlo hehehe sempat lagi 😅 dan ternampak T Shirt comel kucing Mofusand ni. Ada cari size Dania kat Uniqlo IOI City Mall tapi tak jumpa jadi saya beli la saiz Dania kat KLCC ni. 5 ekor kucing terus dalam satu T Shirt.
Lepas tu siap-siap tengok menu nak makan apa nanti. Ada adik kat kaunter bagi saya menu sebab saya kata nak tunggu kawan baru saya order.
Mereka ada juga set yang ini.
Berminat yang inikah?
Saya cuma order air sahaja sebab haus la pulak. Saya order avocado yogurt drink. Ok juga la rasanya.
Bila piring terbang ni berbunyi tandanya order kita dah siap dan kena ambik kat kaunter.
Air saya ni avocado ni dia ada campur juga dengan kelapa. Airnya rasa lemak-lemak gitu.
Makanan yang dipesan....TQ Suzz. Kawan saya tu Suzi la. Hehe. Ingatkan seorang rupanya dengan anak terunanya Zharfan. Masa mamanya order, saya tanya la itu ini kat Zharfan. Gambar Zharfan takdelah Suzz sebab photographer of the day ni Zharfan. Handsome orangnya dan bila Aunty Ezna tanya jawab dengan sopan dan sangat natural. Takde rasa kekok pun. Ke sebab Aunty Ezna cakap kalau dengan Aunty jangan segan. Tapi yaaaa memang natural je cara Zharfan berborak. Anak yang baik. Alhamdulilah.
Suzi order 2 jenis sandwich. Satu tu ayam dan lagi satu tu telur.
Sandwich ayam ni rasa dia agak kering tapi masih sedap la. Suzi pun rasa camni kan you?. Chips tu sedap. Season dengan elok.
Tapi kalau diberi pilihan, sandwich telur ni lagi la sedap berbanding ayam. Isi dalam dia penuh ya. Memang kenyang la.
Berdua dengan Suzi. Zharfan tukang ambik gambar. Cara ambik gambar sebijik Dania. atas sikit bawah...kanan....kiri....takde 1,2,3 pun macam Aunty Ezna dulu-dulu. Teringat kat anak sendiri yang tengah kerja tu. Kol 6 petang baliknya. Haisss lipstick dah la pakai yang warna soft pastu habis dah lepas makan.
Thanks Suzz make time juga jumpa I dengan schedule you yang busy tu.
Dalam 2 camtu kena make a move la. Suzi masih nak jalan-jalan dalam KLCC ni. Sebenarnya Suzi nak belanja dan nak bagi belated birthday present juga. Alang-alang dah ke UK....ada juga buah tangan dari sana. Alhamdulilah.....
Saling bertukar hadiah la....but Suzz punya hadiah paling meriah. Thanks Suzz.
Hadiah yang diterima. Alhamdulilah.
Moga ada rezeki lagi dapat makan-makan dengan you ya Suzz....😍. Kadang lama tak bersua tapi dalam whatsapp tetap la bertanya khabar. Moga persahabatan kita kekal sehingga ke jannah. Asbab contest kita kenal...... 💜
Ezna
thanks for this entry ezz!! thanks for the frenship jugak and thanks for the roses gift!! i dh pakai semua hahhah love 'em all!! ari ni i kena bg talk laaa for petronas training kat impiana klcc, my slot waktu ptg tp jap lg nak gi dah...esok pun ada satu lg slot. happy 1st october ezz! dh masuk 1 october la ari ni
BalasPadamalhamdulillah...semoga berkekalan persahabatannya itu...aamin
BalasPadamSemoga saya juga ada rezeki buat ke sana
BalasPadambisa kulineran, menunya enak enak
Akhirnya jumpa jugak dgn MZ, hari tu sepatutnya dia join sekali kan jumpa Fanny tapi takde rezeki. Kalau tak mesti lagi meriah 😄 alhamdulillah, semoga persahabatannya berkekalan.
BalasPadamwah..seronok nya dpt gather2 ...alhamdulillah
BalasPadamdpt kuar mkn2 dgn bff mmg syok..nk plak dpt gift tu kan & special ada ole2 dr UK
BalasPadamIssh seruuuuu bisa ketemuaaan 😍😄. Ini tempat yg kita batal janjian makan di situ yaa 😁. Saya masih teringin nak coba Irish sandwich ini, Krn memang penggemar sandwich sangaaat. Apalagi anak sulung saya. Nanti ke KL lagi, harus coba snacking di sana 😄👍
BalasPadamHappy friendship 🥰
BalasPadambenda tittit tu namanya piring terbang eh hehehe.. comel plak.
tak tau juga nak sebut apa.
sukaaà jumpa sesekali mcm ni... br jumaat aritu jumpa opismet lama. part berborak tu yg best smbl mengunyah...😁org pompuan kannn
BalasPadam