Khamis, Oktober 17

Bukan kali pertama ke Pertama Complex

Lepas makan tu kami bergerak la ke Pertama Complex. Ni la tempat tuju yang utama. Saje nak ambik gambar bangunan ni. Ni dulu namanya Wisma PKNS. Kat Maybank bawah tu yang saya buka akaun belajar Dania tahun 2005. Masa ni umur Dania 5 bulan. Bangunan ni berdepan dengan KWSP kat Jalan Raja Laut tu. 


Terus kami ke Ujang leather ni. Hubby punya kasut lekang jadi nak baiki la. Beli kasut kulit kat sini jugak. Bestnya kasut kulit ni lifetime guarantee ya. Kalau lekang ke apa dia akan buat balik. Nampak macam pelatih polis pun hantar kasut kat sini. Harga kasut kulitnya pula bagi saya murah berbanding tempat lain sebab nampak dalam RM120 sepasang boots kulit kat Ujang Leather ni. Ownernya warga emas tapi masih larat lagi membaiki kasut. Dia kata kalau duduk rumah je takut banyak pulak penyakit. 


Alang-alang sebelah bangunan Sogo je jadi kami ke Sogo la. 


Bling bling betul kasut ni. 


Ada la saya beli kat Sogo tu haa....memang lama betul tak datang Sogo. Paper bag Sogo saya letak kat atas kerusi sebelah saya. Lepas tu minum dulu ya kat food court dalam Pertama ni. Betul2 sebelah ni nak ke Sogo. 


Dania singgah tengok kamera zaman dulu yang guna filem tu. Ada harga RM99 dan RM199. Harga filem pulak RM49 satu. 


Ni la kedai fotonya dalam Pertama Complex ni. 


Lepas tu balik ke kereta, baru perasan paper bag saya tertinggal kat food court. Apa lagi.....terus la ke food court semula dan alhamdulilah masih lagi rezeki saya. 

Lepas tu kami ke Masjid Negara untuk menunaikan kewajipan. Tempat wuduk muslimat kena turun tangga sampai ke bawah. Kemudian kena menapak naik tangga pulak. Kalau warga emas rasanya mungkin tak larat nak turun ke naik tangga ni kan....


Cantik Masjid Negara ni. Time ni sunyi la. Tunggu masa solat raya nanti....sampai keluar muslimin solat. Time tu selalu tengok kat TV je la. 


 Lepas ni Dania personally request nak pergi Central Market. Post selepas ni la ya. 





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. lama tak pi PC ni dulu2 macam2 ada kat situ. nak cari hp ke, repair hp ke semua ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni bangunannya masih sama tapi memang ada mereka yang akan ke sini contohnya nak baiki kasut kulit. Kedai handphone macam kurang pulak tengoknya berbanding kami pergi sebelum ni.

      Padam
  2. seronok nya jenjalan.. dulu sogo, pertama, cm..semua ayu selalu gi masa lunch break..masa dok KL dulu la..

    BalasPadam
  3. cantik pulak kasut bling2 tu...
    linda tengah nak ganti semula kamera instax yang dah rosak...tak cukup2 duitnya... hahaha

    BalasPadam
  4. Ada SALE Perfume dkt LVL 7 sogo tu sis =D...Sy dah lama sgt x pergi central market. =D

    BalasPadam
  5. SA masuk PC masa tu repair handphone..lepas tu lama dah x masuk

    BalasPadam
  6. pertama compleks skarang dh cantik...lama tk singgah...dlu2 study mara sebelah tu mmg slalu la jenguk sini ngan sogo

    BalasPadam
  7. Pertama complex.. teringat zaman sekolah menengah berasrama dulu.. kalau naik bas sebelum balik rumah mesti kena transit di KL.. Pertama Komplex la antara yg selalu dituju :D

    BalasPadam
  8. Ada masanya saya suka ke toko fotografi. Beli kamera, atau dulu sering beli roll camera zaman masih pakai kamera analog 😄. Skr dah digital, DSLR saya saja dah tak terpakai semua pakai hp 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Gambar kelas gaya baru

Masa awal semester tu ada ambik gambar satu kelas. Masa final exam baru dapat gambarnya.   Tengoklah gambar student zaman sekarang ni. Takde...