Selasa, Oktober 29

Creamy Spicy Butter Clams ala Two Sons Bistro

Bila Dania suka makan Creamy Spicy Butter Clams Two Sons tu saya try la masak sendiri. Resipi saya google ajer. 

Bahan yang diperlukan :

1. Clams @ nama dia kepah. Baru tahu nama dia kepah dalam Bahasa Malaysia. 😅. Saya masukkan 1kg. Puas makan nanti. Rasanya harganya RM9/1kg. 
2. Serbuk Paprika.
3. Emping Cili (Chili Flakes).
4. Serbuk Lada hitam 
5. Mentega / Margerin
6. Cooking Cream 200g
7. Daun kari. Dah ada tanam kat rumah saya masukkan 5 tangkai.
8. Bawang putih blend atau dipotong halus.
9. Serbuk pati ayam. 
10. Garam secukup rasa
11. Parsley kering


Masukkan mentega / marjerin kemudian tumiskan bawang putih dan daun kari sampai la naik baunya. Kalau yang tak suka bawang putih dipotong halus ni boleh la blend ya. Kemudian masukkan cooking cream dan tambah air sikit-sikit sebab nak ikut kepekatan mana yang you alls prefer tapi jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Kacau...kacau....kemudian masukkan la semua bahan yang lain kecuali clams. Masukkan paling last ya. 


Kuah saya warna kemerahan sikit sebab saya taruh banyak serbuk paprika nak bagi kick sikit sebab tak nak la rasa muak pula kan. Serbuk paprika ni bagi saya takde la pedas sangat pun. Emping cili pun sama. Ikut tahap kepedasan yang you alls nak. Saya taruh banyak juga emping cili ni. Last masukkan clam dan perasakan dengan garam. Bagi secukup rasa sebab dah ada serbuk pati ayam tu. Dah masak.....sedia untuk dihidang. 


Masa dalam proses masak tu suruh Dania rasa hmmmm.....sedap. Ok la pass la tu standard Dania. Hehehe. Ummi dia apa lagi rasa nak terbang je....bahagia la tu. 😍. Bila masak sendiri ni memang jimat berganda la kan. Lagi pun bahan-bahan dan cara masakan pun senang ajer. Cicah dengan roti mantao macam Two Sons pun sedap jugak. Dania cicah dengan roti Gardenia Butterscotch tu. 

Cubalah....





XOXO,
Ezna







18 ulasan:

  1. Kami 1 fmly mmg suka menu ni sis..Selalu jgk mintak Hata masakkn...Tp dkt aeon mahaiiiii..RM12.90/kg..Kalo blk kelantan rase mcm org kaya beli clams ni sbb harga bawah RM10/kg =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Clams ni beli kat Pasar Borong Selangor. Uihhh boleh tahan ya harganya di Aeon....tapi kalau teringin nak makan beli juga la kot.....

      Padam
  2. Sedapnya boleh try nanti, thanks for sharing Ezna.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sedap la jugak. Yang penting puas hati....bahan2 boleh letak banyak.

      Padam
  4. pernah masak gk ni..cicah ngan mantou....yummy tummy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mantao tak ada jadi roti butterscotch pun jadi Amy...

      Padam
  5. Sy ni dok cari clams tak jumpa² lagi. Nak pergi pasar borong maybe ada la kan, tapi malas 🤭
    Airtangan ibu is always the best 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Clams ni tak semua tempat ada rasanya....kalau Pasar kebarangkalian memang ada. Bila anak makan airtangan kita dengan harapan hatinya akan sentiasa ingat kat kita..... :)

      Padam
  6. Tq share resepi.. nak cuba jugalah. Belum pernah beli kepah yang jenis ni. Kalau beli retak seribu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah nanti. Sama tak pernah beli clams jenis ni memang selalu beli yg retak seribu tu.

      Padam
  7. bagusnya u rajin masak2 ezz;) i jrg masak2, tp ari ni plan nak masak nasi ayam for lunch sbb anak2 hanim ada overnite kat rumah i ni

    BalasPadam
  8. Waktu itu saya bikin pakai resep dari Carneyz kak. Enak juga. Tapi tak pakai paprika powder, dan daun kari diganti jdi daun jeruk.sedaaap.

    Nantilah nak coba juga resep dari Kaka. Paprika powder nih yg saya dah habis. Nak beli lagi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Something fishy....

Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni.  Kemudian, kebet...