Khamis, Oktober 24

Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian belajar apa? | Universiti Putra Malaysia

Ada yang tanya saya melalui DM tentang program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian dekat UPM ni. Jadi saya rasa saya share kat sini untuk mereka yang berminat / anak2 yang berminat untuk mengambil Ijazah ini. Kalau kat UPM, Ijazah dipanggil Bacelor. 

Ini adalah kursus yang kena ambik. Dinasihatkan untuk ikut guideline ni masa mendaftar kursus. Pastikan mengikut kurikulum mengikut sesi pengajian. Tahun ni dah ada masuk kursus baru iaitu Kursus Integriti dan Anti Rasuah. 

Di UPM, program ini mengambil masa selama 4 tahun. Kalau kat Universiti lain :

Universiti Malaysia Sultan Zainal Abidin (Unisza) : Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan

Universiti Malaysia Kelantan : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan)

Universiti Malaysia Sarawak : Ijazah Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan 

Kalau Dr. Perubatan Veterinar, di Malaysia hanya ada 2 sahaja universiti awam yang tawarkan iaitu Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. 

Struktur kurikulum program ini ialah : 





Elektif pula boleh kena mengambil 33 kredit :



Dalam 33 kredit tu....6 kredit mestilah dari humanities and Liberal Arts. Boleh ambik bahasa juga. Bahasa yang ditawarkan Bahasa Turki Umum 1, Bahasa Sepanyol Umum 1, Bahasa Cina Umum 1, Bahasa Tamil Umum 1, Bahasa Jepun Umum 1, Bahasa Arab Umum 1, Bahasa Jerman Umum 1, Bahasa Perancis Umum 1, Bahasa Myanmar Umum 1, Bahasa Thai Umum 1. Bahasa Korea Umum 1 pun ada tapi tahun ni cikgunya sambung belajar la pulak. Kebetulan tengok muka saya kenal. Hehe. Pernah tengok kat youtube. Ada juga Bahasa Umum 2 tapi kena ambil dan lulus Bahasa Umum 1 baru boleh ambik yang 2. 

Syarat Am Kemasukan Universiti pula :

1) Gred C untuk Bahasa Melayu SPM
2) Gred C dalam Pengajian Am dan 2 matapelajaran lain dalam STPM. 
3) Mengambil Muet. 

Syarat Kemasukan Fakulti : 

1) C dalam matapelajaran SPM biologi dan 1 matapelajaran berikut Kimia / Fizik / Matematik Tambahan 
2) C dalam STPM dalam biologi dan 1 matapelajaran Kimia / Matematik. 
3) Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diluluskan oleh Senat UPM.
4) Telah mengambil Muet. 

Syarat Khas Program :

1) Gred C peringkat STPM untuk biologi, Pengajian Am dan 1 matapelajaran lain.
2) Gred C peringkat SPM dalam matapelajaran Biologi, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan 1 Matapelajaran lain.
3) Gred C peringkat Matrikulasi dalam Biologi. 
4) Lulus Asasi Sains Pertanian, UPM
5) Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diluluskan oleh Senat UPM.
6) Muet 2 ke atas. 

Sebenarnya ini hanya syarat minima yang ditetapkan tetapi selalunya Fakulti akan mengambil mereka yang tinggi kelulusannya. Kebanyakkan mereka ni memilih Perubatan Veterinar sebagai pilihan pertama. Bacelor Sains Haiwan ni pilihan kedua. Kalau nak apply perubatan veterinar ni CGPA Matrikulasi/Asasi/Diploma kena mencapai 3.5 ke atas. Ini syarat program Veterinar. Jadi, bayangkan mereka yang masuk program ni berapa la agaknya CGPA mereka?. Kat dalam UPU Pocket pun kalau check...merit pelajar yang dapat program ni ialah 98% jadi nak tak nak keputusan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma tu memang kena tinggi. 

Memang banyak hands on dengan haiwan di ladang. Sains Haiwan ni memang banyak berinteraksi dengan haiwan yang sihat jadi boleh la tengok tingkah laku haiwan tersebut, belajar tentang cara nak mengawal penyakit supaya penyakit bawaan haiwan ni tak merebak. Kebanyakkan animal science ni ialah belajar tentang haiwan yang kita makan seperti lembu, ayam, kambing, rusa, khinzir. Year 2, Semester 2 kena belajar juga pasal Sains Babi (Swine Science)....penyakit haiwan ni dan banyak lagi. 

Prospek kerjaya juga boleh menjadi seorang usahawan, penyelia ladang ternakan, penasihat teknikal ternakan, bahagian penguatkuasaan haiwan, penasihat teknikal makanan ternakan, saintis, pakar genetik haiwan, vet technician yang akan membantu doktor veterinar dan lain-lain lagi. Pernah la saya survey pekerjaan dalam internet ada juga position pegawai bahagian pemakanan haiwan yang kena bagi haiwan merasa makanan. Nak tengok haiwan tu suka ke tak makanan yang dicipta tu. Bukan manusia je kena food tasting ya....haiwan pun kena. Interesting juga sebab kena deal dengan haiwan yang kita tak faham pun apa yang dia cakap. 

Pendek kata mereka ini belajar dalam semua aspek tentang haiwan yang akhirnya penting untuk keterjaminan makanan dan sekuriti makanan negara. 

Tak sabar untuk tengok journey Dania dengan haiwan....😍






XOXO,
Ezna






 

11 ulasan:

  1. Bidang yang interesting ni Kak Ezna..baru tau..TQ for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Interesting kalau minat haiwan. Bidang yang jarang juga orang nak ambik berbanding program yang lain.

      Padam
  2. Part belajar hewan2 ni wak minat.
    Tapi dulu sekolah tak pandai, belajar melalui pengalaman sendirilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun berpengalaman sebagai penternak haiwan. Kalau Wak ada kemusykilan tentang penyakit haiwan dan lain2 boleh je tanya mereka yang belajar bab haiwan pula. Pelajar ni pun boleh belajar dengan Wak juga.

      Padam
  3. all the best dear dania! fly high and high insya Allah

    BalasPadam
  4. Menarik ni.. pasti Dania seronok sebab minat ke arah itu.

    BalasPadam
  5. Kursus yang sesuai untuk pencinta haiwan.. Terima kasih berkongsi ilmu, kalau tidak saya tahu tahu subject dalam Bachelor Sains Haiwan..

    BalasPadam
  6. Kalau dah berminat insyallah mudah utk semua nya.. Semoga terus maju jaya Dania :D

    BalasPadam
  7. I see... Jadi paham jurusan ini tentang apa 👍. Memang sesuai sangat untuk Dania yg menyukai dunia hewan ❤️

    BalasPadam
  8. kalau dengan haiwan ni, banyak bidang pekerjaan boleh diteroka.
    all the best dania!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tamam Tea & Coffee

Ni masa cuti Deepavali ni. Pagi ni kami breakfast bersama di Tamam Tea & Coffee. Kena ambik nombor ya sebab tak ada meja.  Akhirnya dapa...