Khamis, Oktober 3

Sarapan bersama, makanan kucing dan tengok kucing

Ni citer pada 26 September lepas ni. Kami makan kat Restoran 7 pagi yang terletak kat Sri Serdang. Lepas ni cadang nak beli makanan kucing dan lepas tu nak pergi Pusat Kesihatan Universiti. 

Makanan yang kami order nasi lemak. Ni Dania punya. 


Saya nak makan kuih lopes je sebab dah lama tak makan. 


Kuih ni pun ada juga. Kuih lompang. 


Hubby punya lontong. 


Abaikan la muka hubby tu ya. Candid. 😅


Hubby pilih tempat makan kat Sri Serdang sebab tahu lepas ni saya dan Dania nak pergi beli makanan kucing kat sini. Dekat je dengan 7 pagi tu. Kenderaan asing2 sebab lepas breakfast hubby terus ke tempat kerja. 

Kat Cats R Us ni saya tunggu kat kereta je sebab takut nanti kucing tu dilepaskan je dalam kedai. Hehe. Dania seorang je la yang turun beli makanan kucing. 


Rupanya kucing belum dilepaskan lagi. Kemain kucing ni tenung Dania. Dania kata nak suruh keluarkan dia la kot. 


Makanan kucing 2 paket. 


Lepas tu singgah Pusat Kesihatan Universiti sebab Dania selsema dan badan pun seram sejuk. Eh macam senang je terkena demam ni masa kerja sebab mungkin kerja lama sangat kot dan pulak jumpa ramai orang kan.... Bulan Ogos ritu pun ada sekali MC. 


Punya lama pula tunggu kat PKU ni. Dalam 40 minit juga tunggu ubatnya. Rupanya staff depan tu lupa nak bagi ubat Dania. Hmmmm tepuk dahi dengarnya. Saya tak masuk PKU tapi duduk dalam kereta je. Akhirnya bila Dania dah dapat ubat semua.....Dania dapat MC jugak sebab bila Dr periksa rupanya Dania demam juga. Demam selsema la agaknya ni. 3 ubat pun dapat juga. Ubat demam, batuk dan selsema. 


Saya cakap dengan Dania macam mana nak kerja ke tak?. Dania kata ok je nak kerja tapi main concern saya pulak dah la kena berdiri lepas tu kat tempat aircond pulak tu. Takut bertambah demamnya kalau tak cukup rehat. Jadi Dania tak pergi kerjalah yang jadualnya patut masuk kerja jam 2 petang. Sehari sebelum off day Dania. Dapat la berehat 2 hari kat rumah. Masa MC bulan Ogos tu sehari sebelum off day. Pun dapat 2 hari berehat kat rumah.

Nampaknya bila aktiviti lama kat luar ni kita makan kat luar je lah. Singgah la kat Evo Mall makan kat A&W. Saya order Fish apa ya ni....tak ingat sebab fish sandwich ditukar kepada fish yang ni. Fish Sandwich tu dah takde dah. 


Lepas makan, terus telan ubat kecuali ubat batuk. Ubat selsema tu pula ubat yang Dr bagi tu tak mengantuk. 


Dalam Evo Mall ni ada Pet Wonderland. Singgah tengok kucing-kucing lagi. Putih ni kucing munchkin berkaki pendek. Masa saya dan Dania kat depan ni dia siap bergolek lagi. Alahai manjanya. 


Ini pula kucing British Shorthair. Warna dia macam kucing biasa je. 


Moh la balik ya....





XOXO,
Ezna

 

22 ulasan:

  1. Lontong tu fav my hubby..i pun suka jugak..ari tu last mkn lontong kat warung janda baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lontong ni hubby I je makan Suzz. I tak suka sangat.

      Padam
  2. Tengok lontong terus teringin nak makan lontong. Ni la bahana bila tengok org post gambar makan time nak bendera 🇯🇵 🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe sebenarnya sama la kita Carneyz. Bila tengok post orang...kita pun teringin nak makan yang tu jugak.

      Padam
  3. Alahai..kesiannya demam Dania ye...gws girl..comel nyer kucing2 tu

    BalasPadam
  4. Lama tak makan lompang Pandan, sedapnya!

    BalasPadam
  5. Menu breakfast tu mmg nmpk sedap =D

    BalasPadam
  6. sedapnya kuih lopez azna, lama kak ana tak makan juga :) ngidam terus nampak entri ezna nih huhu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Kak Ana sama juga lama tak makan. Ni gara2 tengok post orang makan kuih lopes la ni jadi saya pun teringin nak makan jugak.

      Padam
  7. jarang sgt skarang nk jmpa org jual nasi lemak bungkus alas plastik gitu...comel kucing tu

    BalasPadam
  8. Lopez, Lontong, Lompang semua pun favorite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih muih tradisional dan makanan orang Johor.....

      Padam
  9. Wah rupanya demikian racikan lontong disana, Mbak.

    Kalau disini ada lontong sayur atau ketupat sayur. Kuah nya dari sayur labuh, boleh ditambah dengan rebus telor ayam. Sepertinya mirip dengan lontong pesanan suami Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
  10. suafakillah dania
    amboiii kemain lentik telinga ko ya... lentik sgt tu nak g mn?😁

    BalasPadam
  11. Semoga sekarang ini sudah membaik yaaa Dania. Memang hrs tambah suplemen multi vitamin kalo dah kerja atau banyak habiskan waktu di luar.

    Kucing BSH nya mungkin ada mixed dengan kucing domestik, makanya terlihat macam kucing lokal 😁

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Moreh sampai dua tempat sebab apa?

Mulanya kami pergi kat food truck depan Kompleks PKNS, Bangi. Order la jus kat food truck ni.  Sementara tu saje jalan2 kat booth depan Komp...