Jumaat, Oktober 25

Bila Dania keluar dengan kawan baik masa sekolah menengah

Dania ada bagitau nak keluar dengan kawan baik dia nama Zalilah. Keluar pun lepas Zohor. Hehe ummi dia mintak gambar la apa lagi. Makan tengahari bersama la kat IOI City Mall tu. Zalilah nak final exam dah ni. Dania pulak baru je masuk semester baru. 


Lepas makan ambik2 gambar pulak. 


Pakai cekak haiwan apa tu...hehehe.....


Ni pulak pakai topi. Gambar ni saya paling suka. 


Lepas tu Dania kat kat New Wings IOI City Mall tu ada haiwan juga. Nak promote IOI City Farm kat sini. Berani betul usik spesis cicak ni. Iguana kalau tak silap la. Takut pulak saya nak pegang sebab muka cam garang je. Dania dan Zalilah pegang je Iguana ni. 


Tikus belanda ni pun ada. Dania dan Zalilah pegang juga. Eiiii saya idak la. Takut ohhh....Dania kata asal pegang je tikus belanda ni Dania kata dia kaku (freeze). Bila saya google, Di dalam keadaan yang bising dan takde tempat nak menyorok, tikus belanda ni akan takut dan stress jadi dia pun buat buat kaku. Ohhh patut la dia buat buat kaku. 


Sebelum jam 6 petang saya pula dah keluar rumah sebab nak shopping barang sikit. Kat mana lagi kalau bukan IOI City Mall. Senang nak ambik Dania balik nanti. Sekali harung. Post lepas ni ya....





XOXO,
Ezna




 

6 ulasan:

  1. Comel nya dua sahabat ni, moga ukhuwah berkekalan.

    BalasPadam
  2. ohhh..dah ada IOI City Farm kat situ ye..boleh la terjah nanti...

    BalasPadam
  3. Iguana itu teman saya dulu ada pelihara. Dilihat seram tp memang dia jinaaak sangat. Muka saja seram 🤣. Tp tak mungkin saya pelihara. Bisa habis dibelasah kucing2 saya hahahahah

    BalasPadam
  4. Belakang iguana tu berduri ya.. nampak macam tajam je. Ramai je orang jadikan ia sebagai pet.

    BalasPadam
  5. muka zalilah ni ada iras2 ex officemate sy ;-)

    BalasPadam
  6. Lucu sekali Dania dan temannya memakai topi motif hewan, Mbak.
    Lihat iguana saya takut juga. Saya kadang heran, banyak orang suka iguana. Bingung dimana letak kecantikan iguana itu...

    Salam,

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tudung Ruffle X Wardah

Kalau ikutkan lepas makan dan try kad ATM Dania tu saya nak terus balik je tapi Dania nak tengok je ummi katanya....ok tengok je tau.  Dania...