Isnin, Oktober 7

Bila hubby pergi ride dengan kawan, wife dia....

Ni 2nd last day Dania kerja ni. Kebetulan hari ahad sehari sebelum last day tu Dania kerja Full (10 pagi - 10 malam). Minggu kerja last tu cuma sehari je Dania dapat kerja full. Since hubby pun pergi ride dengan kawan-kawan ke Janda Baik....apa lagi la wife dia kan....

Lepas hantar Dania kat pintu masuk berdekatan FOS tu saya ke basement untuk parking. Boleh la jalan-jalan dulu dalam ICM ni nak perabih masa. Hehe. 


Masa ni saya ke area New Wings. Ni masuk kedai Outpozt. Kedai ni ada banyak jenama Korea diantaranya Spao. Baju T Shirt ni Spao X Shinee. Saya tahu Shinee ni kumpulan KPop dan ada seorang tu berlakon dalam KDrama 'Hwarang' yang namanya Choi Min-Ho. Tengok KDrama ni sebab V ada berlakon. 


T Shirt Spao X Shinee ni pun dah ada potongan harga. Mungkin dah lama collab ni. 



Seluar yang bawahnya besar. Dania ada pakai juga fesyen gini tapi bukaannya takde la sebesar ini sebab kalau besar sangat Dania pakai dia kata macam badut. Sabar je lah. 


Macam-macam fesyen ada. Dari yang cukup kain kepada yang tak cukup kain. 


Cantik dress biru tu. Kena pair dengan seluar panjang. 


Ni pun manis je kalau anak perempuan pakai. Kena pair dengan seluar panjang juga. 


Dalam Outpozt ni rata-rata barangan jenama Korea. 


Bila tengok heart ni...apa la fungsi dia ya?. Bila google baru tau lipstick dan blusher sekali. Harga RM80 dalam bekas kecik je ni. 


Masa saya kat sini. Ada seseorang tu diekori rapat oleh 2 bodyguard. Anak siapalah tu. Sorang tunggu kanan, sorang tunggu kiri. 


Nak naik escalator pun seorang depan dan seorang jaga belakang. Sure anak seseorang ni.


Ada pameran kereta kat tengah new wings ni. Nampak macam ada Mini Cooper ni. Saya pernah naik kereta Mini Cooper kawan saya. 


Pergi outlet Calvin Klein dah takde muka Jung Kook dah. Ada New Jeans pulak. 


Ni, saya masuk outlet Tommy Hilfiger. Mirror selfie kat sini. 


Nampak mewah kedainya. 


Masuk IORA pulak. Berkenan dengan white dress ni dan bila dipakai outer layer yang knit ni jadi cantik pulak. Saya dok bayangkan Dania yang pakai dress ni. 


Smart kemeja lengan panjang ni dengan pendek di bahagian hadapan. Kalau pakai dress panjang di dalam pun cantik atau bawahnya pakai skirt. 


Ini pun alahai...kalau anak sendiri yang pakai. 


Cantik jaket warna ungu ni.  


Smart je nampak. 


Bila kat Levi's dipakaikan patung macam ni. Selalunya skirt denim ni ada terbelah di bahagian belakang. Kalau yang pakai hijab nampak tak sopan je atas bertutup bawahnya terbuka kan?. 


Masuk Mango, ternampak coat yang panjang ni. Macam ala ala Dania punya. 


Ni coat yang berwarna hitam pula. Harga RM700++ kalau tak silap saya. 


Ni pula jaket kulit. Smart nampaknya. Selalu orang pakai kalau naik motor besar. 


Terlalu outlet Kate Spade dan saya pun masuk. Saya suka beg Kate Spade ni sebab manis je design dia. 


Gelang tangan berbunga yang berharga RM500. 


Bertemakan kucing...wallet dan phone case. 


Ni pula Muji yang terletak berdekatan dengan F.O.S. Ada seluar wide cut ni. Smart la pula cuma harganya tak berapa nak smart dalam RM100++.


Cantik fesyen macam ni. Baju luar tu dibuat ala cardigan je. 


Masuk pula Max Fashion....organisasi dari Arab. 


Comel baju tidur Powerpuff Girls ni. 


Ada pula kolaborasi dengan Line Friend BT21. 


Sedar tak sedar dah 2 jam dah saya menghabiskan masa kat sini. Kaki dah mula lenguh dah ni tapi sejurus sebelum turun escalator....ternampak Padini...Hehhhh masuk pulak Padini dalam kaki lenguh2 ni. 😅


 Puas hati me time hari ni. Sengsorang je jalan-jalan. Tiba masanya balik la rumah. 





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Seronok sekali sekala dapat me time window shopping macam ni. Kalau saya tak beli apa pun tapi dapat etngok, pegang, belek-belek pun dah seronok.

    BalasPadam
  2. rajinnya u snap2 pic bj2 tu ezz :) lipstick bentuk heart tu cute betullll mcm souvenir plak hahahah

    BalasPadam
  3. bestnya.. kira me time jugak ni..window shopping, cuci mata..

    BalasPadam
  4. mmg syok la belek2 baju kt mall kan....cantik bentuk love lipstik + blusher tu

    BalasPadam
  5. Seluar “badut” tu dulu sy rajin beli, perasannya mcm dah lawo sgt. 😂. Entah la napa kat Aussie byk terjual design mcm tu ketika tu.

    BalasPadam
  6. Kita girl moms ni kalau nampak baju cantik2 je auto terbayangkan anak2 kita pakai mesti lawa kan 😂 saya pun kalau pegi window shopping nampak baju lawa dah bayangkan rupa my girls pakai baju tu.

    BalasPadam
  7. Me time betul tu.
    Kadang jalan-jalan begitu pun jadi terapi diri juga.

    BalasPadam
  8. kak M suka nak suruh ibu beli baju cantik2, tapi dia tak pakai pun...ehhh...geram betul ibu

    BalasPadam
  9. Hahahahaha sampai kliling ya kak, jangan2 dah hapal lokasi masing2 store 😄😄.

    Tapi memang cara paling cepat menghabiskan waktu, dengan kliling mall. Tak terasa dah habis berjam2 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tamam Tea & Coffee

Ni masa cuti Deepavali ni. Pagi ni kami breakfast bersama di Tamam Tea & Coffee. Kena ambik nombor ya sebab tak ada meja.  Akhirnya dapa...