Rabu, Oktober 16

Berdua menonton filem JK

Awal2 dah bagitau hubby nak pergi tengok movie dengan Dania kat IOI City Mall. Movie jam 8 malam jadi keluar awal sikit sebab nak dinner awal. Kami dinner di sini...


Ehem....hijab dan beg dari gift Fanny. Tq Fanny. 


Makan nasi goreng udang. Saya rasa portion dia banyak jadi tapau la sikit. 


Dumpling daging. Ini pun satu dah kena makan. 


Dania makan mee tarik ayam. Ayam dicarik tu dah nampak macam Yee Mee pulak. 


Saya dan Dania minum air kosong je. 


Diletak tempat ni untuk letak beg ke apa ke....dia suruh letak beg kat dalam ni tapi bagi saya bahaya la. Beg kena sentiasa ada dengan kita. Saya letak jaket jeans je dalam ni. 


Lepas makan, terus ke surau. Telekung travel ni Fanny juga yang bagi. Terima kasih....senang nak bawa dalam beg sebab kecik je. 


Lepas solat terus ke New Wing. Jauh juga nak menapak tu. 


Pick up popcorn dan 2 mineral. 


Saya dan Dania nak tengok movie ni. Haha....Dania yang belanja....


Dah masuk, dapat lagi photocard muka JK. 


Pilih tempat tepi 2 seat yang tak share dengan seat ramai-ramai tu.


Rajin betul la BTS Army ni mesti nak bagi gift. Tu tengah berdiri tu dia bagi gift kat semua yang menonton. Saya pun dapat jugak 😅. Ada 4 orang Army bagi gift kat saya dan Dania. 


Di akhir movie Jung Kook : I am still , ada ala ala sing along dengan lirik lagu. Menyanyi la semua army sambil mengeluarkan lampu BTS (Nama dia Army Bomb). Lepas selesai semua...bersedialah untuk imbas QR Code ni. 


Kita akan pergi ke youtube. Kalau nak tengok scan la. 


Hari tu pun ada tengok movie Jung Kook : I am still tapi yang ni lain sebab ada party edition (yang last ada sing along tu). 

Janji Dania happy ok lah. Sebelum mula kelas ya....





XOXO,
Ezna

15 ulasan:

  1. filem tu mengisahkan apa kak ezna?pasal life dia ke cmne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal perjalanan konsert dia yang solo. Kena rakam lagu dengan penerbit luar negara, kena travel dari satu negara ke negara yang lain untuk rakam lagu dan buat persembahan sampai ada masa siap sakit tekak.

      Padam
  2. mother daughter outing...best best!

    BalasPadam
  3. lama tak tengok movie. wahhh siap sedia tempat letak beg lagi. isi barang2 ok la. kalau handbag tu macam bahaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia suruh letak handbag. Eiii takut ler kan. Tengah ralit2 ada yang senyap2 je mencuri ke. Kita tak tahu.

      Padam
  4. Wahhh..best..Dania dh bleh belanja sis =D

    BalasPadam
  5. waaa dating berdua tu!! i dating tgk movie jugak ari sabtu lps dgn mr hubby--lom buat entry sbb nak abihkan entry cuti2 UK dulu

    BalasPadam
  6. Letak hand beg dlm tu mcm merisaukan la pulak.. mmg beg kena letak dekat dgn kita..

    BalasPadam
  7. Lama SA x tgok wayang berdua ngan Nia...kena buat semula bila masing2 free nanti...

    BalasPadam
  8. Mie hiris ini saya pernah baca review-nya . Terlupa pula nak coba pas di KL 😄. Menarik nampak.

    Tempat bag begitu saya mau pakai, tapi biasa saya pindahkan ke bawah meja, JD dekat dengan kaki saya. Supaya kalopun ada yg nak ambil, susah sikit dan pasti ketahuan Krn dia membungkuk bawah meja 🤣

    Ohhh ada film JK ini yaa. Mungkin di bioskop sini masuk juga, tp Krn saya bukan fans dia, jadi tak tahu 😅. Yg fans pastilah menonton

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tamam Tea & Coffee

Ni masa cuti Deepavali ni. Pagi ni kami breakfast bersama di Tamam Tea & Coffee. Kena ambik nombor ya sebab tak ada meja.  Akhirnya dapa...