Jumaat, Oktober 11

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-tiba bila toleh ke belakang ada seorang kanak-kanak ni. Ikat sejemput di kepala dan dok hisap jari. Tak menangis tapi kejap dia pandang Dania, kejap dia pandang saya. Comel sangat. Nasib saya tak terkejut sebab berdiri kat belakang kami. 😅 . Lepas tu baru ibu dia ambik dia. Ibu dia kata gi ambik wuduk. Saya blur kan la ya sebab anak orang tapi memang comel. Geram je tengok dia. 


Lepas solat tu kami pun balik la tapi lalu tepi KLCC ni. Cantiknya kan?. 


Cumanya sesak kat tepi ni la orang parking la, bas parking la. Dengan orang ambik gambar lagi. 


Kemudian....kami singgah kat UPM nak solat Maghrib dulu. Ada nampak khemah macam ni dalam masjid untuk keluarga yang nak bermalam kat Masjid sebab menghantar anak mendaftar kat UPM. Dah berapa tahun dah mengadakan program Musafir Hana. Sediakan tempat berehat untuk keluarga yang menghantar anak dengan menyediakan makanan 3 kali sehari secara percuma (Makan pagi, tengahari dan malam). Ye lah menyenangkan keluarga yang datang dari jauh tu dapat tempat tinggal dan makanan juga. Inisiatif yang baik oleh Masjid UPM ni. 


Alang alang nak Isya' dah kami tunggu sehingga solat Isya' sebelum kami nak pergi makan malam pula. Kat mana?. Lepas ni ya...





XOXO,
Ezna

 

10 ulasan:

  1. Bagusnya pihak masjid UPM buat inisiatif mcm ni utk keluarga yg datang dari jauh & tak mampu nak sewa hotel / homestay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul Carneyz. Ada yang dari Borneo juga. Memang membantu. Inisiatif yang baik.

      Padam
  2. Bagus nya konsep khemah tu.. senang nak bermalam di masjid.. terbaikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Privacy sikit kan kalau tidur dalam khemah untuk yang perempuan.

      Padam
  3. Bagus kan disediakan khemah macam tu?

    BalasPadam
  4. bagus betul CSR by UPM ni..terbaekkkk

    BalasPadam
  5. Bagus nya pihak masjid UPM sediakan khemah untuk berehat buat family yang hantar anak2 daftar.

    BalasPadam
  6. Oh kemah itu utk istirahat tidur? Best nyaaa. Biasa mana ada disediakan begini.

    Sekarang nih saya kalo nak ambil foto twin tower pastilah PAgi2 , saat masih sepi 🤣

    Kalo dah siang sampai malam pun ramai 🤭.

    BalasPadam
  7. Bagusnya pihak UPM... Inisiatif yg sangat2 baik. Bagi yg jauh, yg kurang berkemampuan usaha begini sangat² membantu meringankan beban kan 👍

    BalasPadam
  8. wah..bagusnya pihak UPM...semoga terus bermanfaat untuk orang yang memang menggunakannya...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...