Isnin, Oktober 28

Jualan hari gaji di UPM?

Lepas Dania habis kelas Bahasa Turki, nak balik la ni...lepas tu dalam perjalanan....


Ada nampak jualan depan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Dania kata setiap kali gaji akan ada jualan kat sini. Jom la singgah tengok apa yang ada. 


Apam balik ni buat Dania drooling. Takpe kita pusing dulu ya. 


Ada jual kentang jugak. Baby crab pun ada. 


Air nanas. 


Mami Penang mari tapi Mami ni bukan buat Nasi Kandar tapi semua yang penyet. 


Haaa tudia dah jalan-jalan dah dan singgah sini sebab Dania nak beli apam balik dia. 


Beli apam balik yang nipis tu. Balik rumah bila makan masih crispy lagi. 


Pendek kata banyak juga la makanan yang berlainan dijual kat sini. 


Beli aiskrim potong time cuaca panas ni memang best la. Tapi kami tengok je la. Tak terasa nak makan pun. 


Kalau king ni selalu saiz karipap ni besar. Nampak kan saiz karipap yang besar tu. 


Yong Tau Foo. 


Ada beberapa gerai juga jual tudung kat sini. 


Dah macam pasar malam pulak sebab jual baju anak kecil. 


Teringin nak makan yang mana?. 


Pengunjung ke sini. 


Akhirnya saya dan Dania nak makan yang ni....bukan ayam ni je tapi disalut cheese.


Samyang + Cheezy Chicken. Harap-harap takde la pedas sangat sebab pernah makan terlalu pedas ohhh.....


Samyang sedang disediakan. 


Balik rumah bila makan Samyang tu ok la rasanya. Dapat ayam 2 ketul. Mula-mula makan tu memang sedap tapi bila lama-lama muak dan akhirnya saya bagi Dania je Samyang dan seketul ayam. Maknanya tak semua la saya makan. 

Tengahari selalunya saya masak tapi takpe la hari ni kita tapau je la. 





XOXO,
Ezna

 

21 ulasan:

  1. Wahhh..bestnya...X payah pegi jauh2 keluar dr kwsn U =D

    BalasPadam
  2. mcm psr mlm jer sbb ada byk jenis mknn tu...i suka potato spring tu...ari abtu ari tu pun my boys ada beli kat psr mlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potato spring tu sedap juga kan Suzz tapi time ni nak beli tu je.....

      Padam
  3. Selalu mcm nie kan.. Seronok, cuci mata dan cuci poket.. Hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena kuatkan hati....beli apa yg perlu je....kalau hati tak kuat...alamatnya banyak habis ni Linda....

      Padam
  4. Wah! Ini dah kalah pasar malam! Meriah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai pilih time gaji UG. Nak bagi semua berbelanja.

      Padam
  5. wah meriah dah macam uptown... fakulti saya dulu tu... hehehe

    BalasPadam
  6. Karipap King pernah beli, sedap. Menepati citarasa tapi tak tau lah sama ke tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang letak je nama king tapi king lain. Kalau sedap tu berbaloi kan....

      Padam
  7. Wah ramai sekali yang berjualan disana Mbak.
    Rupanya disana ada nasi ayam geprek dan nasi ayam penyet. Tapi hargaya disini hanya sekitar Rp 20.000 saja atau sekitar RM6.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukabumi masih murah ya mas 😂😂. Jakarta mana ada harga segitu 😅.

      Padam
    2. Bestnya harga tu. Kat sini harganya macam ni atau mahal lagi. Kena belajar masak nasi ayam geprek atau ayam penyet.

      Padam
  8. Pandai mereka buatnya, saat habis gajian yaa. Langsung banyaklah yg beli2 😄. Saya pun bisa tergoda juga kalo ada di sana 🤭

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hadiah Top Komentator Jan 2025

Saya dapat whatsapp dari J&T masa saya menghadiri kenduri kahwin. Dapat la gambar box yang diletakkan di atas tembok. Boleh tahan besar ...