Rabu, Oktober 9

Nak cari gift untuk seseorang.....

Mulanya tengok entry Carneyz pasal jalan-jalan kat Pavillion tu. Ternampak Carneyz beli reed diffuser tu. Ada sale pulak kat Hooga. Dalam pada tak tahu nak bagi apa kat Penasihat Akademik Dania ok dah dapat idea dah. Cari senarai outlet Hooga dan ada kat IOI City Mall dan baru teringat yang saya pernah lalu sini sebelum saya ke Aeon ada hari yang saya me time di sini. 

Ajak la Dania ke IOI City Mall....ok on....


Banyak bau yang saya cium ni. Sebetulnya bauan yang saya suka ialah bau bunga dan bau buah. 


Takde stok pulak yang ni tapi yang ni saya tak suka sangat bau dia. 


Kalau siri yang ini ada 50% off. 


Dia ada letak bauan yang ramai orang beli dari bauan yang paling diminati. Bauan ni dapat No. 4 dan saya suka bau dia. Ada banyak buah-buahan dalam satu bau ni. Akhirnya beli untuk rumah sendiri yang ni. 


Bauan ni digemari ramai. Dapat No. 1 dan saya belikan ini untuk Penasihat Akademik Dania. Bau dia pun sedap dan lembut. 


Kalau nak bau fresh boleh pilih yang ni. 


Lepas tu kami singgah ke Outpozt yang jual semua produk dari Korea. Dania try test dari jenama rom&nd. 


Ada collab pula rom&nd X Sanrio. Harga asal RM59 ya....Bila tinggal few item je jadi murah pula kepada RM18. 


Tapi....cuba teka berapa harga tint rom&nd x Sanrio My Melody Dania ni?. Disebabkan tinggal hanya 1 je stoknya....instead of RM18 sebelum ni jadi RM16.50 je tint ni. Harga asalnya RM59 ya. Memang berbaloi sangat. Dania tak ambil la rom&nd x Sanrio yang Kuromi tu sebab tint tu walau cover dia cantik tapi tint tu warna ungu. Dania ambik ni warna blush.


Makan tengahari kita makan kat Secret Recipe IOI City Mall ya. Order White Chocolate Macadamia juga. 


Tomyum Kung favourite kami berdua. Sekarang ni mee dia dah makin kurang ya....hampir tak nampak dalam kuah tomyum ni haaaa....


Lepas tu saya ke restroom dan Dania masa tu masih kat surau. Lepas restroom tu saya gi kat booth kecik2 dalam IOI City Mall ni. Tak perasan pula Dania keluar dari hallway tu ke restroom. Dania tunggu saya kat situ tapi saya tak keluar-keluar. Time tu la Dania jumpa kawan sekolah menengah dulu...Amirah Aishah. Dia beritahu dia keluar dengan Mira Farisya. Keduanya pelajar UIA. Kemudian ada sebut je gi melawat kawan sekolah lagi seorang yang kerja di ICM ni....Iman Aimuni. Iman Aimuni ni sama UPM dengan Dania.

Jadi kami pun tak lepaskan peluang cari Iman kat ****a ***s. Nampak Iman tengah sibuk menyusun barang dan Aunty Ezna ajak bergambar. Hehehe....Iman ni ada jumpa kat UPM masa Fakulti Sains buat Karnival Keusahawanan. 


Wakil Taekwondo mewakili UPM ya untuk sukan diantara universiti...


Nak balik dah ni....Dania singgah beli Llao Llao dulu. 


Toppings pilihan Dania. 


Sementara Dania makan Llao Llao kat tempat duduk yang disediakan tu saya ke pameran barang elektrik kat tengah ni. Periuk nasi ni comel je boleh masak 2 pot nasi. 


Semenjak saya menonton Masterchef Australia Season 16 sampai 50 episod tu dah teringin nak beli hand blender pulak. Nampak menyenangkan. Saya tengah survey2 dulu harga baru decide later nak beli ke tak. 


Selesai Dania makan Llao Llao kami balik. Depan IOI City Mall tu waktu orang balik kerja memang sesak sungguh. 





XOXO,
Ezna
Se

 

16 ulasan:

  1. Seronok jalan-jalan dengan akan perempuan ya puan. Minat pun mungkin ada yang sama ni.

    BalasPadam
  2. linda tak reti pakai lip tint jenis yang mcm Dania pilih tu...tetap lah pakai yang stick zaman ornag dulu2 tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lip tint ni warna dia tak seterang lipstick. Dania dia pakai warna tak terang sangat.

      Padam
  3. Sedap kan bau reed diffuser Hooga ni? Beli time diskaun mmg berbaloi sangat, wangi semerbak satu bilik tidur. Kalau dah kurang wangi, saya akan terbalikkan stick tu supaya bau dia naik balik.

    Kalau ke Secret Recipe, saya pun selalu pesan tomyam gung jugak. Sedap tomyam gung kat SR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap baunya Carneyz. Sebab Carneyz dah terjebak dah. Memang bau dia sedap. Bila cium banyak bau rasa confuse nak ambik yang mana....Hehe. Ok tips tu akan digunapakai TQ Carneyz.

      Itu je le kami order kalau kat SR ni Carneyz. Dari Dania kecik sampai besar. Suka sangat dengan Tomyum ni.

      Padam
  4. lama tk singgah mkn secret recipe...yaw yaw2 tu fav tisya tp lama juga tk bli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaw Yaw tu sama la feveret Dania jugak. Yaw yaw berasal dari 'Denia, Spain'. Ejaan nak sama dah. Hehe

      Padam
  5. seronok nya jenjalan ngan anak dara ...

    BalasPadam
  6. Nak cari jugak outlet hooga ni... Setakat ni belum jumpa la bauan yg Sy nak utk oil diffuser dekat rumah ni...

    BalasPadam
  7. SY ade hand blender dekat rumah beli dkt giant je =D..Baru skali try..Result dia not bad.

    BalasPadam
  8. boss ammi pun suka beli diffuser hooga ni...dia suka beli bau "seasalt"..rasa macam bau teh pulak

    BalasPadam
  9. saya ada hand blender, tapi macam tak best guna... Tak pernah masuk lagi Hooga tu. Sebab takde kat daerah penghujung benua asia ni

    BalasPadam
  10. Aissh lip tint nya murah sangaaaat. Kalo produk Korea ini lebih cocok dengan saya kak. Lip tint mereka lebih awet biasanya. Saya kalau dah masuk ke toko skincare dan kosmetik apalagi Korea punya brand, dah laah, macam2 dibeli nanti 🤣

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...