Selasa, Oktober 29

My Cat Expo Halloween Edition

Awas : Banyak gambar dalam post ni. 

Bagi pencinta kucing macam Dania tentu tak akan melepaskan peluang ke Pameran 'My Cat Expo Halloween Edition' yang terpampang banner sepanjang jalan berdekatan IOI City Mall. Hari yang ditunggu-tunggu kami bertiga ke sini waktu petang. Masa ni hubby nak cari barang dia kat Aeon, IOI City Mall tu. Saya dan Dania yang beratur. 

Errr line beratur macam ular.....panjangnya.....tapi cepat je bergerak line ni pun. 


Unik pulak bentuk bumbung IOI City Mall kat new wings ni. 


Dah dekat nak tiba dah Dania dan saya. 


Ada macam hiasan sawang kat My Cat Expo ni sebab temanya Halloween. 👻👻👻
Bayaran masuk RM5/pax. Dia akan bagi wet food sample kalau kita cakap ada kucing kat rumah. 


Kucing putih ni nampak sedih je. Tak silap kucing untuk kita bawa balik. Kita boleh adopt kucing ni. 


Bila pergi pameran kucing ni memang akan ada pengunjung yang bawa kucing sekali. Contohnya yang ni. Baik je kucing British Short Hair (BSH) ni. Gebu dan comel. Lupa pulak namanya. 


Ni anak kepada kucing yang atas ni. Comel.....saya dan Dania usap2 la kepalanya. Saya kalau kucing orang pegang berani la saya usap tapi kalau kucing yang dilepaskan tu aktif....jangan harap ya....Haha....takutttt.....


Comel anak kucing warna golden ni. For sale kucing ni. 


Kucing untuk kita adopt. Dipakaikan tali kat tengkuk warna merah jadi menyerlah pulak kucing baka biasa ni. 


Kat pameran kucing pun ada orang jual pizza. 


Treats kucing ni berbaloi harganya. 3 dengan harga RM16.50 dan dapat 1 free. Dania beli. 


Alaaaa cute kan?. Asal ambik gambar dia tengok tempat lain. 


Macam-macam warna untuk dijual kucing-kucing ni. 


Ada juga persatuan yang minta kutipan sumbangan untuk makanan kucing-kucing liar. 


Amboi majikan sungguh la. Tengok dia tu....


Amboiii sampai terpejam mata kena belai ya?. Princess kot namanya. 


Ada juga tempat untuk up close and personal dengan Alpaca. Alahhhh comelnya. 


Bayaran masuk RM10/pax. Kena sanitize tangan dulu sebelum nak bagi makan alpaca ni. Makanan yang disediakan ialah lobak merah yang dihiris halus. Oreo ni tengok je dan tak nak makan pun. 


Alpaca ni kuat makan. Namanya Coco. Cara nak bagi makan....letak berdekatan mulut Alpaca dan bila Alpaca dah gigit makanan di hujung kita kena lepaskan makanan tu. Haaa tu caranya nak bagi makan. 


Alpaca ni namanya Oreo. 


Ada juga seekor kambing Pygmy. Sejenis kambing yang dikacuk secara genetik. Saiz dia kecik walaupun dah dewasa. Kambing ni pulak aktif jalan sana sini sampai keeper ni kena jaga dia sebab saya kata takut dengan kambing ni yang aktif. Saya ni jenis geli. Dania nampak Pygmy ni cium2 kaki Alpaca yang nama Coco tu kemudian kena tendang. Hehe.....Bing..... aktif lagi Bing....

Keeper ni kata kambing ni suka perhatian (attention seekers). 


Mulanya Coco tu pun duduk tapi bila terkejut dengar bunyi belon pecah terus terbangun. Keeper kata Alpaca ni dibawa masuk berjalan ke dalam ICM ni bila orang tak ramai sebab Alpaca ni senang terkejut. Bunyi belon meletup pun dia terkejut. Boleh menyebabkan dia akan berlari laju. Cute pulak kalau dibawa masuk berjalan dalam mall tu haa...


Dania pegang Pygmy ni pulak. 


Gebu betul dia. 


Ini haiwan apakah ini?. 


Ferret untuk dijual. Ferret ni bila google adalah haiwan karnivor. Kalau karnivor ni dia makan daging. Kalau omnivor makan daging dan tumbuhan, kalau herbivor makan tumbuhan sahaja. Jenuh la nak bela haiwan ni sebab makan daging. Dah la daging semua mahal. 


Ada Llao Llao juga dalam ni. 


British Short Hair lagi. 


Ada itik juga. Cumanya nak tunjuk bulu itik ni cantik kalau guna produk fur booster ni. Dania macam geli-geli nak pegang itik ni sebab badan itik ni macam ada 💩 dia. Haha. 


Bergambar kat props ni sebelum keluar dewan. 


Props yang bertemakan hantu. Nasib baik dalam dewan tak jumpa orang pakai macam hantu tapi masa time beratur ada orang pakai costume ala dracula lepas tu pegang tangan plastik yang berdarah. Tapi....jauh la orang tu. Kalau dekat.......😭


Ni masa kat luar dewan. Nampak tuan kucing letak kucing atas tempat ni. 


Ada yang pegang jugak dia.


Ni owner pakaian batik untuk kucing ya 😁


Comelnya kalau kucing pakai baju batik. Tak nak beli ke untuk sedondon masa raya nanti? 😅


Boleh la search nama ni kat IG @myfurryfinds kalau berminat nak beli baju batik untuk kucing you alls. 


Comelnya kucing warna golden ni. gebu aihhh....


Kalau ada kawasan yang luas dan rezeki yang lebih boleh la beli banglo kucing ni ya. Mewah sungguh la.


Sebelum balik ambik gambar dengan kucing hitam ni haa....


Puas hati Dania dapat ke sini. Dapat tengok secara dekat dan memberi makan Alpaca dan dapat belai kucing. Terapeutik kerana ia membantu menenangkan kita. 






XOXO,
Ezna

12 ulasan:

  1. Comel2 nya kucing. Macam2 sekarang dengan baju special nya memang lagi comel.

    BalasPadam
  2. tak tahu plak alpaca tu boleh bawak ke malaysia...seronok nampak live..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Alpaca juga katanya kat Cameron Highland kat Sheep Sanctuary.

      Padam
  3. Cute belaka kucing2 ni..bj batik tu creative dan unik🥰

    BalasPadam
  4. Jenuh juga kalau nak bela ferret tu.. kot dia mau makanan kucing mungkin ramai yang bela. Kalau hanya makan daging, mau tuannya makan telur je nanti. Hobi mahal juga ni kalau siapa yang bela ferret.

    BalasPadam
  5. comei2 nya...hero MA dah dpt kucing angkat dah poli dia..

    BalasPadam
  6. cute la yg kucing kecik2 tu....pencinta kucing pasti suka pi expo ni..kwn kita aritu masuk run bw kucing pki bj comei kucingnya

    BalasPadam
  7. Kucingnya lucu-lucu. Pencinta kucing macam Dania pasti suka berada disana.
    Rupanya yang dipamerkan bukan hanya kucing, ada juga binatang lainnya.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Hahahahahah saya terbayang alpaca tuh jalan2 dalam mall, trus kaget lalu lari 😂😂😂. Comel sangaat.

    Susah nak kluar kalo saya di sana. Pasti semua nak saya peluk dulu 😄😄. Kambing tuh lucu juga walao di hati kecil yaa. Aktif 🤭. Kambing begini tak tega lah dimakan 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Something fishy....

Carneyz https://www.coffeebreakwithme.com/ ada share tentang macamana nak check no telefon dan no akaun scammer sebelum ni.  Kemudian, kebet...