Cuti hari minggu sekali lagi kami ke Pertama Complex. Nak ambil kasut Dania dan hubby yang dihantar untuk dibaiki.
Masa nak ambik kasut Dania dan hubby boleh pulak pakcik ni cari2 tak jumpa. Alahai....achik.....cari punya cari barulah berjumpa. Itu pun hubby tolong carikan sekali 😅. Rupanya kasut Dania dan hubby tidak diletakkan di dalam beg plastik. Dibiarkan di satu sudut dengan kasut-kasut yang lain. Dania cakap dengan saya takut kasut dia kena jual dengan orang lain je 😆. Ya la tak mustahil la kan. Ni Dania cakap bila dah jauh la dari kedai achik ni.
Dania punya kasut tu kena tukar tumit baru sebab kedua-dua tumit tercabut. Tumit kasut Dania tu diletak tumit yang baru kemudian gam dan dipakukan jugak untuk tahan. Kasutnya cantik lagi. Hubby pula kasut dah lekang. Achik gam balik.
Alang2 Sogo kat sebelah je jadi kami ke Sogo pulak. Barang dalam plastik tu saya punya. Dania yang bayarkan. TQ Dania....
Boleh pula terjumpa abang kepada kawan Dania kat Sogo ni dengan girlfriend. Dania cam abang kawan dia tapi saya tak cam. 😅. Ummi dia memang saya kenal sangat-sangat. Kawan masa Dania sekolah rendah dulu. Kalau Dania saya tak dapat ambik kat sekolah, kawan saya yang ambik. Tapi ni jarang-jarang ajer la.
Sempena nak Krismas ni banyak juga la set yang dijual kat Sogo ni.
Lepas tu masuk balik Pertama Complex dan ke Restoran Ummi kat Pertama ni makan cucur sayur. Sedap sebab rangup. Cicah pula dengan sos dia.
Lepas balik dari Pertama Complex ni kami menuju ke?.....lepas ni pulak...
XOXO,
Ezna
Syukurlah jumpa juga kasutnya.
BalasPadamSuami saya pun rajin bawa kasut saya yang rosak untuk dibaiki / jahit.
Ya. Alhamdulilah. Bila tengok pakcik nak marah pun simpan je. Kena bersabar je sebab jumpa juga kasut akhirnya.
PadamWow..Kena gi sogo nih...=D
BalasPadamSogo ada promo kat bahagian bawah sempena Deepavali.
Padamjauhnya ezz u repair kasut...i tak pernah antar kasut utk repair...selalu ada nmpk sorang pakcik tukang kasut kat tepi maybank sri gombak..mcm nak gtry gak sbb ada satu kasut tu rosak/tercabut kat tepi
BalasPadamSebab hubby i punya kasut beli kat pakcik ni you. Lifetime guarantee kalau kasut hubby I lekang atau kena jahit. Dia buat free je. Dania punya kasut alang2 hubby I hantar sini....sekali buat kat sini.
PadamAlhamdulillah syukur... Jumpa juga kasutnya ya...
BalasPadamNasib baik jumpa. Ya la achik yang buat kasut ni. Terlupa letak kat mana....
Padamalhamdulillah..jumpa juga kann
BalasPadamLega MA...tu pun kena sama2 mencarinya. Hehe
PadamKalau di kota tempat tinggal saya, tak ada tempat memperbaiki sepatu seperti yang Mbak foto diatas. Barangkali karena kota saya hanya kota kecil saja.
BalasPadamTapi tukang memperbaiki sepatu banyak ditemui di pinggir jalan atau dipasar. Tukang memperbaiki sepatu ini bekerja seorang diri, dan skill jahit dan skill lem sol sepatunya mahir juga.
Salam,
Oh...kalau di pinggir jalan atau di luar kedai pun ada tapi kebetulan suami beli kasutnya di sini. Jika mahu baiki gratis aja. After sale service.
PadamNasib baik jumpa..kalau tak..beli la kasut baru kat Sogo.
BalasPadamTu la pasal SA tapi nak jumpa kasutnya tu kena sama2 mencari. Achik lupa letak mana....huhu
PadamUntung jumpa yaaa 😄. Saya tak pernah perbaikin sepatu jujur nya. Tapi suami sering. Apalagi kalo itu sepatu kesayangan 😄.
BalasPadamPrinsip kami saja yg berbeda. Saya kalo beli sepatu bersyukurnya selalu awet sampai 7-8 tahun. Tak rusak. Dan seringnya, kalo dah sampai 7 tahun tak rusak2, saya bagi saja ke orang lain atau buang. Waktunya ganti baru 😅. 7-8 THN itu batas maksimal lah.
Beda dengan suami. Dia beli sepatu tiap bulan..tapi ntah kenapa adaaa aja yg rusak 🤣. Makanya sering diperbaiki juga sol nya.
sy pun entah blaaa laa nak hantar kasut utk baiki...asik x de masa je hahahah
BalasPadam