Jumaat, Oktober 18

Nasi Lemak Wanjo | Kg Baru

Kami ke nasi lemak Wanjo di Kg Baru dari Masjid Asy Syakirin KLCC. 

Lauk pilihan Dania. 


Lauk pilihan hubby ni sambal sotong. 


Saya pula lauk paru tapi bagi saya paru dia kering dan bila saya rasa sambal sotong, saya suka lauk sambal sotong pulak. Telur dia memang dia bagi sebiji telur rebus. Selalunya telur rebus tu 1/2 ajer. Nampak je nasi dalam pinggan ni banyak kan....tapi hakikatnya lauk lagi banyak daripada nasi lemak. Banyak lagi nasi lemak kat Tanglin tu kalau nak compare la...tapi....nasi lemak Wanjo lagi sedap la berbanding kat Tanglin kata hubby. Saya tak makan nasi lemak kat Tanglin tu. 


Kami bertiga....


Lepas tu tapau pulak kat Suraya Seafood ni. 


Dania nak makan pulut mangga jadi tapau la pulut mangga. Uniknya pulut mangga ni diwarnakan kepada warna hijau. Lagi satu warna asli. Jadi bila tapau...dia akan bagi pulut warna hijau dan putih tu dengan buah mempelam. Manis buah mempelamnya. 


Parking banyak je kat sini. Nampak lorong ni....kat belakang tu la terletaknya parking. Luas je parkingnya. Bayaran dia RM5 untuk 3 jam tak silap saya. 


Lepas ni terus la balik rumah sebab keesokkan harinya Dania dah mula kelas pada 14 Oktober 2024. 





XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. pagi2 nampak nasi lemak terus la rasa lapar. nampak sedap pulak nasi lemak ni.

    BalasPadam
  2. Jarang2 sy mkn dkt wanjo sbb pricy jgk =D...Suraya seafood & kak som tu sy suka pegi =D

    BalasPadam
  3. pernah mkn nasi lemak wanjo ..opismate order...tp tekak kita rasa biasa je tp harga kayangan ...pulut mangga suaray suka

    BalasPadam
  4. sedap nampak tu..pulut mangga pun.. yum yum

    BalasPadam
  5. Nasi lemak kalau sambal dia merah hitam, nampak betul sedap sebab masak mesra sepenuhnya.

    BalasPadam
  6. Nampak sedap semua tu Ezna. Nak try la nanti.

    BalasPadam
  7. Pulut mangga tu fav my ariff.biasanya kami mkn kat wira seafood kat sri gombak

    BalasPadam
  8. Biasa harga parking kt sana memang rm5 yang saya pernah pergi... Kesedapan nasi Lemak terletak pada sambalnya.. Ituu bagi saya.. Tapi janganlah nasi kurang Masak ke apa..Dan jangan pulak guna nasi Putih semata je.. Tak kena gak la .. Huhu...

    Enjoy yaaa!

    BalasPadam
  9. Nampak sambal dia gelap mesti sedap.
    Kak widad dah berapa kali pujuk ayah dia ke situ tapi tak pergi² lagi.

    BalasPadam
  10. Nak kena try jugaklah WanJo nanti-nanti..

    BalasPadam
  11. Nasi lemak sotong dengan paru tu aduhhh... meragut keimanan sungguh malam2 ni hahaha :D

    BalasPadam
  12. Adik saya yg sukaaaa sangat nasi lemak wanjo 😄. Sampai bilang, kalo KL lagi dia nak makan di sana. Sedap tp sambal kurang pedas. Itu saja yg saya kurang suka 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Apa yang menarik di Mitsui Outlet Park?

Nak parking kat Mitsui ni kena pusing 2-3 kali jugak la. Mungkin pengunjung ramai sempena cuti Deepavali.  Ada jualan kasut kat ruang tengah...