Rabu, Oktober 16

Mee Kicap Tanglin

Pada hari ahad baru-baru ni kami ada pergi ke Tanglin ni. First time ke sini setelah tempat ni renovasi. Dulu masa kami pergi makan bawah khemah je kot. 


Masa kami pergi tu ramainya orang. Kami dapat tempat duduk pun kat meja makan panjang share dengan keluarga yang lain. Memang kena share la sebab kami duduk bertiga ajer. 


Saya beratur kat kedai Mee Goreng Tanglin sebab nak makan mee kicap. 


Panjang juga line dia. Sanggup dengan tak sanggup nak beratur jer....


Lepas bayar saya ambik ni. Ikut orang depan saya yang dah selalu makan kat sini. 😅. Masa dia tanya no meja mana bagitau nombor meja ya sebab kalau bagitau nama je entah mana-mana nanti dia hantar. Nama pulak takut tersama dengan orang lain pulak kan. Ada sekali tu dia panggil kuat kuat nama 'Azura'....'Azura'....saya cakap pelan2 Zek takde. 😆. Ala ala citer Azura yang ada Ogy sebagai Azura dan Jamal Abdillah sebagai Zek tu. 😂


Mee Kicap dengan sup dumpling. Harganya RM8. 


Close up mee kicapnya. Sedap tapi kalau kurangkan sikit kicap masinnya saya rasa perfect. 


Close up sup dia. 


Tak sempat nak ambik gambar nasi lemak Dania dan hubby sebab time saya beratur tu sampai nak habis dah nasi lemak hubby dan Dania makan. Lama jugak la saya beratur. 

Kat mana nak makan mee kicap ni ya?

Kedai No. 4, Kompleks Makan Tanglin KL, Jalan Cenderasari, 50480 Kuala Lumpur. 
Buka jam 7 pagi - 2 petang. 





XOXO,
Ezna


 

17 ulasan:

  1. wahhh..dah cantik dah tanglin..dekat ngan opis lama Mummy Ayu ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tau dah opis mana ni MA. Mesti Bukit Aman kan?

      Padam
  2. famous juga ye..yg saya tahu ikan bakar pakdin tanglin

    BalasPadam
  3. Saya last pergi sebelum nih memang food court lama lagi..ni Kak Ezna pergi nih dah baru n lawa sangat dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah elok renovasi ni Sue. Masa akak gi dulu lagi la makan bawah khemah je la.

      Padam
  4. biasa dgr mee kicap femes kt ipoh..kt kl pn ada

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Ya sedap cumanya kalau kurangkan kicap sikit rasa dia lagi ngam.

      Padam
  6. First time dengar Tanglin. Nampak sedapnya, boleh cari nanti.

    BalasPadam
  7. Gigihnya u beratur ezz😁😁😁ari tu i ada jugak mkn yee mee kicap kat old white cafe, sambil tunggu razeen abih tusyen

    BalasPadam
  8. SA pernah makan me kicap ni...memang sedap..kalau SA mintak cili potong sekali...berdesup pedas

    BalasPadam
  9. Ok saya catat. Harus cobaaa nampaknya 😍😍😍🤤. Kalo bab mie, memang saya sukaaaa sangat 😄👍

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pearly si kambing comel dah pergi

Bila satu hari tu Dania dapat perkhabaran dari kawan Dania yang anak kambing bernama Pearly dah mati. Sedihnya..... Comel Dania ambik gambar...