Ada yang tanya saya melalui DM tentang program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian dekat UPM ni. Jadi saya rasa saya share kat sini untuk mereka yang berminat / anak2 yang berminat untuk mengambil Ijazah ini. Kalau kat UPM, Ijazah dipanggil Bacelor.
Ini adalah kursus yang kena ambik. Dinasihatkan untuk ikut guideline ni masa mendaftar kursus. Pastikan mengikut kurikulum mengikut sesi pengajian. Tahun ni dah ada masuk kursus baru iaitu Kursus Integriti dan Anti Rasuah.
Di UPM, program ini mengambil masa selama 4 tahun. Kalau kat Universiti lain namanya ialah :
Universiti Malaysia Sultan Zainal Abidin (Unisza) : Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan
Universiti Malaysia Kelantan : Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Penternakan) Dengan Kepujian
Universiti Malaysia Sarawak : Ijazah Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan
Universiti Sains Malaysia : Sarjana Muda Sains dalam Biodiversiti Haiwan dan Tumbuhan Dengan Kepujian
Universiti Teknologi Malaysia : Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekuin (****Kena check samada ditawarkan atau tak untuk tahun ini)
***Boleh google kurikulum kursus yang anda minati untuk lebih info ya.
Kalau Dr. Perubatan Veterinar, di Malaysia hanya ada 2 sahaja universiti awam yang tawarkan iaitu Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.
Struktur kurikulum untuk program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian ini ialah (diambil dari Fakulti Pertanian) :
Elektif pula kena mengambil 33 kredit :
Dalam 33 kredit tu....6 kredit mestilah terdiri dari humanities and Liberal Arts. Boleh ambik bahasa juga. Bahasa yang ditawarkan ialah Bahasa Turki Umum 1, Bahasa Sepanyol Umum 1, Bahasa Cina Umum 1, Bahasa Tamil Umum 1, Bahasa Jepun Umum 1, Bahasa Arab Umum 1, Bahasa Jerman Umum 1, Bahasa Perancis Umum 1, Bahasa Myanmar Umum 1, Bahasa Thai Umum 1. Bahasa Korea Umum 1 pun ada tapi tahun ni cikgunya sambung belajar la pulak. Kebetulan tengok muka saya kenal. Hehe. Pernah tengok kat youtube. Ada juga Bahasa Umum 2 tapi kena ambil dan lulus Bahasa Umum 1 baru boleh ambik yang 2.
Syarat Am Kemasukan Universiti pula :
1) Gred C untuk Bahasa Melayu SPM
2) Gred C dalam Pengajian Am dan 2 matapelajaran lain dalam STPM.
3) Mengambil Muet.
Syarat Kemasukan Fakulti :
1) C dalam matapelajaran SPM biologi dan 1 matapelajaran berikut Kimia / Fizik / Matematik Tambahan
2) C dalam STPM dalam biologi dan 1 matapelajaran Kimia / Matematik.
3) Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diluluskan oleh Senat UPM.
4) Telah mengambil Muet.
Syarat Khas Program :
1) Gred C peringkat STPM untuk biologi, Pengajian Am dan 1 matapelajaran lain.
2) Gred C peringkat SPM dalam matapelajaran Biologi, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan 1 Matapelajaran lain.
3) Gred C peringkat Matrikulasi dalam Biologi.
4) Lulus Asasi Sains Pertanian, UPM
5) Diploma atau kelulusan lain yang setaraf dengannya dan diluluskan oleh Senat UPM.
6) Muet 2 ke atas.
Sebenarnya ini hanya syarat minima yang ditetapkan tetapi selalunya Fakulti akan mengambil mereka yang tinggi kelulusannya. Kebanyakkan pelajar ni memilih Perubatan Veterinar sebagai pilihan pertama. Bacelor Sains Haiwan ni pilihan kedua. Kalau nak apply perubatan veterinar ni CGPA Matrikulasi/Asasi/Diploma kena mencapai 3.5 ke atas. Ini syarat program Veterinar. Jadi, bayangkan mereka yang masuk program ni berapa la agaknya CGPA mereka?. Kat dalam UPU Pocket pun kalau check...merit pelajar yang dapat program ni ialah 99.08% jadi nak tak nak keputusan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma tu memang kena tinggi.
Memang banyak hands on dengan haiwan di ladang. Sains Haiwan ni memang banyak berinteraksi dengan haiwan yang sihat jadi boleh la tengok tingkah laku haiwan tersebut, belajar tentang cara nak mengawal penyakit supaya penyakit bawaan haiwan ni tak merebak. Kebanyakkan animal science ni ialah belajar tentang haiwan yang kita makan seperti lembu, ayam, kambing, rusa, khinzir. Year 2, Semester 2 kena belajar juga pasal Sains Babi (Swine Science)....penyakit haiwan ni dan banyak lagi.
Prospek kerjaya juga boleh menjadi seorang usahawan, penyelia ladang ternakan, penasihat teknikal ternakan, bahagian penguatkuasaan haiwan, penasihat teknikal makanan ternakan, saintis, pakar genetik haiwan, vet technician yang akan membantu doktor veterinar dan lain-lain lagi. Pernah la saya survey pekerjaan dalam internet ada juga position pegawai bahagian pemakanan haiwan yang kena bagi haiwan merasa makanan. Nak tengok haiwan tu suka ke tak makanan yang dicipta tu. Bukan manusia je kena food tasting ya....haiwan pun kena. Interesting juga sebab kena deal dengan haiwan yang kita tak faham pun apa yang dia cakap.
Pendek kata mereka ini belajar dalam semua aspek tentang haiwan yang akhirnya penting untuk keterjaminan makanan dan sekuriti makanan negara.
Ini pula adalah merit di dalam UPU untuk Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian. Maknanya batch Dania 2024/2025 tu purata merit yang masuk program ini ialah 99.08%. Agak tinggi jugak sebenarnya. Diantara Bacelor di dalam Fakulti Pertanian, merit Bacelor Sains Haiwan paling tinggi meritnya jadi memang kena score la setinggi yang boleh untuk bersaing. Batch Dania ada 46 orang semuanya. Pengambilan pelajar Bacelor Sains Haiwan juga bergantung. Batch senior atas Dania sekelas ada dalam 36 orang pelajar.
Di bawah pula program di dalam Fakulti Pertanian yang ditawarkan beserta merit pada UPU 2025. Merit akan berubah setiap tahun ya...
1. Bacelor Sains Akuakultur Dengan Kepujian : 78.91% - Pelajar Aliran Sains
2. Bacelor Sains Hortikultur Dengan Kepujian : 76.76% - Pelajar Aliran Sains
3. #Bacelor Sains Pengurusan Perladangan Dengan Kepujian : 89.65% - Pelajar Aliran Sains
4. Bacelor Sains Perniagaantani Dengan Kepujian : 92.04% - Pelajar Aliran Sains / Sastera
5. Bacelor Sains Pertanian Dengan Kepujian : 89.75% - Pelajar Aliran Sains
6. #Bacelor Teknologi Pertanian Pintar Dengan Kepujian : 95.43% - Pelajar Aliran Sains
# Program yang ada temuduga.
Kalau nak tengok purata merit pelajar yang dapat untuk menempatkan diri dalam program untuk batch kita, kena rujuk merit yang ditunjukkan dalam UPU pada tahun berikut.
Lagi berkenaan Sains Haiwan (Animal Science) ni yang saya ambil dari google :
This field encompasses a wide range of topics, including:
Animal anatomy and physiology: Studying the structure and function of animal bodies.
Animal breeding and nutrition: Understanding how to improve animal populations and provide optimal nutrition.
Animal husbandry: Managing livestock, including feeding, housing, and care.
Animal behavior: Studying how animals interact with each other and their environment.
Animal health and welfare: Understanding diseases, injuries, and how to ensure animals are healthy and well-cared for.
Impact of livestock on human health and environmental sustainability: Examining the effects of animal production on human well-being and the planet.
Tak sabar untuk tengok journey Dania dengan haiwan....😍. Kalau minat haiwan, ini adalah kursus untuk anda sebab kita kena juga berlemah-lembut dengan haiwan masa amali nanti. Ya di UPM ada hands on dengan haiwan.
XOXO,
Ezna
Bidang yang interesting ni Kak Ezna..baru tau..TQ for sharing...
BalasPadamInteresting kalau minat haiwan. Bidang yang jarang juga orang nak ambik berbanding program yang lain.
PadamPart belajar hewan2 ni wak minat.
BalasPadamTapi dulu sekolah tak pandai, belajar melalui pengalaman sendirilah.
Wak pun berpengalaman sebagai penternak haiwan. Kalau Wak ada kemusykilan tentang penyakit haiwan dan lain2 boleh je tanya mereka yang belajar bab haiwan pula. Pelajar ni pun boleh belajar dengan Wak juga.
Padamall the best dear dania! fly high and high insya Allah
BalasPadamThanks Suzz. :)
PadamMenarik ni.. pasti Dania seronok sebab minat ke arah itu.
BalasPadamYa harap-harapnya begitulah.
PadamNi memang dunia Dania ni....
BalasPadamYa UG sebab minat dalam dunia ni.
PadamKursus yang sesuai untuk pencinta haiwan.. Terima kasih berkongsi ilmu, kalau tidak saya tahu tahu subject dalam Bachelor Sains Haiwan..
BalasPadamSama-sama.
PadamKalau dah berminat insyallah mudah utk semua nya.. Semoga terus maju jaya Dania :D
BalasPadamTerima kasih. :)
PadamI see... Jadi paham jurusan ini tentang apa 👍. Memang sesuai sangat untuk Dania yg menyukai dunia hewan ❤️
BalasPadamYa Fanny. Kalau minat haiwan boleh la. :)
Padamkalau dengan haiwan ni, banyak bidang pekerjaan boleh diteroka.
BalasPadamall the best dania!
Terima kasih Anies :)
Padam