Pernah ke anda lalu di Jalan Ipoh-Lumut nak ke simpang Felcra Nasaruddin?. Kebetulan masa dari Pulau Pangkor nak ke Ipoh tu kami menggunakan jalan dalam untuk ke Ipoh kerana highway PLUS sesak. Kebetulan terjumpa dengan lampu isyarat gantung pertama di Malaysia. Ia telah dibina pada tahun 2013.
Lampu isyarat tergantung ini dibuat menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. Katanya so far tidak ada kes jatuh ditiup angin lagi. Dulunya cuma ada 2 lane jadi lampu isyarat ni dipasang. Sekarang ni dah ada 4 lane jadi saya rasa mungkin juga dah boleh pasang lampu isyarat yang biasa.
Risau juga kan kalau angin kuat boleh menyebabkan lampu isyarat ni terjatuh mengenai kenderaan yang lalu di bawahnya. Sedangkan pokok pun boleh tumbang dek angin kuat ye tak?. Tak tahu la apa rasionalnya masih mengekalkan lampu isyarat tergantung ni.
Apa pendapat you alls?.
XOXO,
Ezna
waaahhhh di Perak!
ReplyDeleteWelcome to Perak!. hehe...
Deletemungkin banyak eksiden kot kat situ...asyik langgar tiang lampu isyarat je...hihihi...linda mmg selalu je pun lalu situ...dr teluk intan nak p seri iskandar
ReplyDeleteTak tau pulak rasionalnya buat gantung macam ni cumanya katanya dulu 2 lane je. Sekarang ni dah jadi 4 lane. Oh selalu lalu.....harap2 kukuh la....
DeleteDkt sri iskandar pun ade mcm ni..Kita pun risau sama... =)
ReplyDeleteRasa-rasa kat sini la kot lampu isyaratnya....
DeletePernah jumpa lampu isyarat gini masa di Perak. Tapi lupa di kawasan mana. Terkejut dan lucu jugak masa nampak tu.
ReplyDeleteYe lah lain daripada yang lain lampu isyarat ni.
Deletebersenggayut gitu...ngeri juga nak lalu bawah tu. nak-nak bikers
ReplyDeleteYa ammi tu yang akak concern tu. Seram juga time angin kencang.
DeleteEh eh, kukuh ke tu? Kalau angin kencang atau hujan lebat, mesti seriau nak lalu, huhu.
ReplyDeleteNi la yang bermain di fikiran ni.
DeleteEh eh, kukuh ke tu? Kalau angin kencang atau hujan lebat, mesti seriau nak lalu, huhu.
ReplyDeleteHa itulahnya....sama juga persoalannya. Mungkin sekarang ok tapi bila tengok wayar tu takdelah tebal sangat. Elok je gantung lampu isyarat....errr seriau tengok.
Deletewaaaa uniknyaaaa i tak pernah tgk lagi ni kat msia hahahahh
ReplyDeleteKena lalu jalan dalam kat Perak ni you. Tak silap I macam the only one kot kat Malaysia.
Deletebaru baca tajuk memang dah tahu tempatnya kat mana. haha, zaman belajar dulu selalu lalu situ. tak teruja dan pelik ingatkan traffic light tergantung tu benda biasa..
ReplyDeleteRupanya tak biasa sebenarnya.....mungkin ini traffic light tergantung yang pertama di Malaysia.
DeleteBelajar kat mana tu? sini banyak institusi seperti UTP, Kolej Professional Mara, UITM Sri Iskandar....
Kalau malam nampak macam terapung la pulak kan?
ReplyDeleteYa Uncle....lepas tu kereta kita sorang2 situ. Lampu merah terapung atas tu....ok tak nak imagine....serammmm....
Deletelampu Isyarat yang sangat rate hehehe
ReplyDeleteYa tak pernah jumpa lagi masa jalan-jalan dalam malaysia ni.
Deletekalau treler2 yang tinggi
ReplyDeleteor bus double decker lalu
tak kena ke?
hmm mungkin JKJR dah ukur dulu kot...
yg penting jgn rosak time waktu sibuk...
Belum jumpa lagi ni. Nak jumpa macam jauh pulak nak kesana. Risau juga kan kalau terjatuh. Mintak dijauhkan lah. Tapi senang nak tengok. Kadang kalau tepi tu terlindung dengan motor atau kenderaan tepi.
ReplyDelete