Berkesempatan untuk ke Lentera Putrajaya pada 27 Feb2024 baru-baru ni. Lentera ni tempat pameran lampu yang diadakan di Laman Floria, Putrajaya.
Jom tengok apa yang best kat sini. Kat sini apa yang akan ada dah tentulah cahaya lampu. Banyak la lampu dipasang sana sini.
Macam ala ala rumah candy pulak.
Kat tasik ni ada bot berlampu. Salah satunya ada tulis Labuan. Udah teringat kawan sebilik dulu yang duduk Labuan. 😅
Kat sini macam ada pusingan jadi bila ambik gambar cantik pulak bentuknya.
Ummi excited nak masuk kat gelung berwarna ni. Boleh warna statik. Bila start berkelip sakit pulak matanya sebab warnanya terang. Dania sibuk tunjuk dinosaur kat sebelah. Haha
Ok...puas hati tengok dinosaur ya. Ada beberapa ekor dinosaur juga kat sini. Salah satunya bunyi sebijik dalam cerita Jurassic Park tu.
Dania kata cute harimau ni. Ayah kata harimau ni muka kecik, badan besar jadi tak balance.
Kawasan ni cantik ada rama-rama.
Bagi chance saya punya turn la pulak. Nasib baik phone bagi kerjasama.
Ada orang utan yang besar.
Ada pancaran laser kat jambatan monorail ni. Katanya jambatan monorail.
Kita bergambar kat lampu pulak ya. Dania je la jadi model.
Masuk juga lama dulu-dulu ni.
Kat sini ada arch berlampu.
Belakang Dania tu tak tahu haiwan apa.
Kat pokok ni macam ala ala dalam movie Avatar dengan lampu panjang-panjang ni.
Lampu kat pokok belakang ni pun cantik.
Ni lagi satu lampu yang bagi saya unik sebab bentuknya.
Betul-betul rasa macam kat dunia fantasi je.
Lampu berbentuk pokok gandum ni pun menarik mata saya.
Lampu lagi...
Bila ambik gambar jambatan ni....sekejap warna ni kemudian akan bertukar warna lain pula.
Ha ni la haiwan yang saya kata tak tahu apa tu. Sekali tengok macam alien dalam Starship Troopers.
Ni alien dalam Starship Troopers tu....ada la jugak persamaannya. Alien ni makan otak orang ni...dalam filem ni la.
Credit : Google
Sebelum balik kena lalu kawasan tanglung yang banyak ni.
Ada yang pergi sini juga?
XOXO,
Ezna
cantikkkkss..and murah harga nak masuk pun...
BalasPadamHarga dia berbaloi juga MA. Boleh la berjalan-jalan dalam ni. Jauh juga rasanya dari hujung ke hujung.
PadamTak pergi, macam rugi pulak... Seronok tgk kawan² share gambar pergi sini...
BalasPadamNanti kalau ada PH pergi la. Lentera ni dah habis dah 3 Mac 2024 baru2 ni.
Padamseronok tu ...tiket masuk pn ramai mampu....tp sure panas juga kan skarang ....ada 1 lg tmpt ala2 lampu2 gini dkt maeps...kwn pegi tiket mausk rm18
BalasPadamYa sesekali takde angin pulak dan rasa panas tapi ok la berbanding siang hari.....harga RM10 rasa ok berbanding kalau lagi mahal daripada ni.
Padambila tengok gambar bertiga tu nampak betul si Dania mirip ayahnya
BalasPadamYa...muka Dania lebih mirip ayah dia....
PadamSemua tempat cantik. Meriah dengan lampu warna warni dan ramai orang. Teringin sangat nak pergi sebab nak tengok perarakan kereta berhias berlampu di air tu. Tapi tulah tamat sudah 3 Mac kan.
BalasPadamYa tamat sudah 3 Mac tapi saya rasa event ni akan ada lagi pada masa depan.
Padammenarik!!! i dh berkurun tak kuar mlm2 hahhaha sbb selalu letih kalau weekday (keje kan), kalau weekend plak, tak berapa rajin nak ronda2 mlm2 hahaha aging factor gitu
BalasPadamYa aging factor tu ya sebab I pun macam tu tapi I sesekali kalau berjalan, kadang2 jauh juga...lepas tu mula la penat2 lenguh badan....Haha....
PadamWow...cantik sekali penataan lampu dan cahaya-cahaya yang dihasilkannya.
BalasPadamBenar-benar membuat saya terpesona memandangnya.
Salam,
Iya bagaikan di alam fantasi.
Padamala,tak pergi pulak. murah jugak la RM10 tu. nak bayar bil letrik lagi
BalasPadamMurah tapi nak bayar bil letrik?.
Padamlinda rasa...maksud kak sal tu, penganjur tu yg nk bayar bil letrik tu...hihihi...
Padamsebab harga rm10 tu murah dengan banyak lampu2 yang ada untuk pameran
Oh baru la faham bila Linda terangkan. Mungkin juga la...akak tiba2 confuse jap....ok faham dah....haha
Padam