Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 13

Movie Review Night Swim

Lepas kes tombol pintu tu, siap-siap kemudian saya dan Dania ke IOI City Mall. Dah beli online dah pun tiketnya. Kami beli jam 3.10 petang tapi tiba sana jam 3.30 petang sebab nak pick up mineral water dan popcorn lagi.

Bila dah masuk cinema terus la duduk sebab movie pun dah start dah. Mungkin baru start sebab iklan pun selalunya lama. Pilih siap-siap seat tepi sekali senang nak keluar dan sebelah Dania pun kosong.

Credit : Google

Night Swim ni mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Rebecca nak cuba ambil permainan kapal dalam kolam renang kemudian kena tarik oleh 'sesuatu' ke dalam kolam. Permainan itu dipunyai oleh abang Rebecca yang sedang sakit bernama Tommy.

Fast forward rumah ini diduduki oleh keluarga lain pula terdiri dari Ray dan isterinya Eve bersama anak perempuannya Izzy dan anak lelakinya Elliot. Ray bersara dari menjadi seorang pemain besbol kerana kesakitan. Kemudian mereka membeli sebuah rumah yang mempunyai swimming pool kerana berenang dapat membantu memulihkan kesakitan Ray.  

Bila Ray banyak menghabiskan masa berenang di kolam renangnya, kesakitan yang dialami oleh Ray beransur hilang. Sehinggalah keluarga Ray mengadakan party di kolam renang (Pool Party). Penjual rumah menceritakan kepada Eve tentang anak keluarga Summer yang mati di kolam rumah Eve. Eve pula cerita adakah nama anak perempuan itu Rebecca?. Sebenarnya sebelum pool party ni, anak bongsunya pernah mandi di kolam renang dan pernah ada orang menyeru namanya minta pertolongan dan bila ditanya siapa nama yang meminta pertolongan itu....budak itu memberitahu namanya Rebecca.

Eve pula berjumpa dengan ibu Rebecca yang bernama Lucy untuk bertanyakan tentang anaknya Rebecca. Lucy berkata yang air yang masuk ke dalam kolam tu boleh menyembuhkan penyakit tetapi untuk menggunakan air tu dan menyembuhkan penyakit kena ada seseorang untuk dikorbankan. Eve pun takut la sebab nampak suaminya beransur pulih dan korban mungkin meragut nyawa salah seorang daripada anaknya.

Apa akan terjadi kepada keluarga ini? Dapatkah mereka lari dari menjadi korban air yang boleh menyembuh ini?. 

Ada 2 kali juga jump scare. Terkejut saya 2 kali dalam pawagam. Kuss semangat. Movie ni macam mengarut jugak la sebab air ni perlukan orang untuk menjadi korban kalau nak sembuh dari kesakitan / penyakit. 

Saya bagi 2/5 untuk movie ni. Hantu dalam movie ni pun kategori ok lah jugak. Tak seram sangat. Kalau tengok movie ni...bersedia untuk terkejut. 😅

Lepas movie singgah beli aiskrim dan makan tepi kolam ni. Pastikan takde 'suara' yang memanggil pulak ya 😅. Nak tenangkan diri ni. Dah la sebelum ni terkunci dalam bilik air. 






XOXO,
Ezna 




18 comments:

  1. menarik la jln citernya tp part jump scare tu i tak berani la plak nak tgk hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie ni dah berjaya terkejutkan I. Nasib baik la slow je I menjerit. Hehe

      Delete
  2. mcm best jugak but bab terkejut tu suspen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang MA....tengah tenang-tenang ada pulak benda buat terkejut. Geram je.

      Delete
  3. Tak suka muvi yg ada jump scare... walaupun uncle suka berenang malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengejutkan uncle....geram je rasa. Nasib baik tak terjerit kuat....

      Delete
  4. Fuhh..seram pulak. Kita dahlah aquaphobia..confirm berdebar-debar tengok movie ni.

    ReplyDelete
  5. Saya belum nonton film ini, Mbak.
    Seram ya Mbak? Ah nontonnya mesti ada yang temani kalau memang seram.
    Terima kasih reviewnya, Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seram sangat tidak la cumanya terkejut 2 kali sebab tiba-tiba ada scene terkejut.

      Delete
  6. Selamat menonton di pawagam
    Zaman wak dah berlalu

    ReplyDelete
  7. Macam best juga movie nie...kalau scary movie saya tak sanggup untuk menontonnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Movie dia takde hantu yang seram cumanya dia buat terkejut 2 kali....

      Delete
  8. movie seram manjah2 jela ni ek. hihih. aiskrim tu yang menarik teringin pulak tengok time puasa2 ni. ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tiba2 ada pulak aiskrim tu sebab tengok movie ni pun sebelum bulan puasa. Ya movie seram manjah2 je ni....Hehe. Hantu dia rupa tak seram...

      Delete
  9. Haha sekali Rebecca panggil mintak tolong

    ReplyDelete
  10. Tapi kenapa rating rendah sangat nih 🤣? Macam seruuuu filmnya. Tapi sayang blm ada dj Netflix yaa. Tadi cek di bioskop sini, ternyata dah tak tayang. Dah dari Januari di putar

    ReplyDelete