Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 6

Lampu isyarat gantung pertama di Malaysia

Pernah ke anda lalu di Jalan Ipoh-Lumut nak ke simpang Felcra Nasaruddin?. Kebetulan masa dari Pulau Pangkor nak ke Ipoh tu kami menggunakan jalan dalam untuk ke Ipoh kerana highway PLUS sesak. Kebetulan terjumpa dengan lampu isyarat gantung pertama di Malaysia. Ia telah dibina pada tahun 2013. 


Lampu isyarat tergantung ini dibuat menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. Katanya so far tidak ada kes jatuh ditiup angin lagi. Dulunya cuma ada 2 lane jadi lampu isyarat ni dipasang. Sekarang ni dah ada 4 lane jadi saya rasa mungkin juga dah boleh pasang lampu isyarat yang biasa. 

Risau juga kan kalau angin kuat boleh menyebabkan lampu isyarat ni terjatuh mengenai kenderaan yang lalu di bawahnya. Sedangkan pokok pun boleh tumbang dek angin kuat ye tak?. Tak tahu la apa rasionalnya masih mengekalkan lampu isyarat tergantung ni. 


 Apa pendapat you alls?. 





XOXO,
Ezna

24 comments:

  1. mungkin banyak eksiden kot kat situ...asyik langgar tiang lampu isyarat je...hihihi...linda mmg selalu je pun lalu situ...dr teluk intan nak p seri iskandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pulak rasionalnya buat gantung macam ni cumanya katanya dulu 2 lane je. Sekarang ni dah jadi 4 lane. Oh selalu lalu.....harap2 kukuh la....

      Delete
  2. Dkt sri iskandar pun ade mcm ni..Kita pun risau sama... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa-rasa kat sini la kot lampu isyaratnya....

      Delete
  3. Pernah jumpa lampu isyarat gini masa di Perak. Tapi lupa di kawasan mana. Terkejut dan lucu jugak masa nampak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah lain daripada yang lain lampu isyarat ni.

      Delete
  4. bersenggayut gitu...ngeri juga nak lalu bawah tu. nak-nak bikers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ammi tu yang akak concern tu. Seram juga time angin kencang.

      Delete
  5. Eh eh, kukuh ke tu? Kalau angin kencang atau hujan lebat, mesti seriau nak lalu, huhu.

    ReplyDelete
  6. Eh eh, kukuh ke tu? Kalau angin kencang atau hujan lebat, mesti seriau nak lalu, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha itulahnya....sama juga persoalannya. Mungkin sekarang ok tapi bila tengok wayar tu takdelah tebal sangat. Elok je gantung lampu isyarat....errr seriau tengok.

      Delete
  7. waaaa uniknyaaaa i tak pernah tgk lagi ni kat msia hahahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lalu jalan dalam kat Perak ni you. Tak silap I macam the only one kot kat Malaysia.

      Delete
  8. baru baca tajuk memang dah tahu tempatnya kat mana. haha, zaman belajar dulu selalu lalu situ. tak teruja dan pelik ingatkan traffic light tergantung tu benda biasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya tak biasa sebenarnya.....mungkin ini traffic light tergantung yang pertama di Malaysia.

      Belajar kat mana tu? sini banyak institusi seperti UTP, Kolej Professional Mara, UITM Sri Iskandar....

      Delete
  9. Kalau malam nampak macam terapung la pulak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Uncle....lepas tu kereta kita sorang2 situ. Lampu merah terapung atas tu....ok tak nak imagine....serammmm....

      Delete
  10. lampu Isyarat yang sangat rate hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak pernah jumpa lagi masa jalan-jalan dalam malaysia ni.

      Delete
  11. kalau treler2 yang tinggi
    or bus double decker lalu
    tak kena ke?
    hmm mungkin JKJR dah ukur dulu kot...
    yg penting jgn rosak time waktu sibuk...

    ReplyDelete
  12. Belum jumpa lagi ni. Nak jumpa macam jauh pulak nak kesana. Risau juga kan kalau terjatuh. Mintak dijauhkan lah. Tapi senang nak tengok. Kadang kalau tepi tu terlindung dengan motor atau kenderaan tepi.

    ReplyDelete