Khamis, Mac 14

Starry lighting MAEPS terasa berada di dunia magikal

Kami dah pergi Lentera Putrajaya, kali ni kami ke Starry Lighting Park yang bertempat di MAEPS. Tiket kami beli online sahaja. Boleh scan kat bawah ni. Starry Lighting ni sehingga 31 Mac 2024 ni. Kat sini harga tiket agak mahal daripada lentera iaitu RM18/dewasa. 


Kat luar ni ada juga lampu-lampu macam ni kalau tak nak bayar tiket tapi tempatnya kecik je la. Ni kiranya teaser apa yang ada kat dalam nanti. 


Bunga ros yang disusun kat lalang ni nampak menarik juga. 


Ni bila dah masuk ke dalam. Dengan iringan lagu 12 Dancing Princess Barbie dipasang dan ada mist juga bila lalu sini terasa macam kat dalam movie Barbie pulak. 


Ambik gambar lagu sebab kat sini ada warna favourite Ummi. 


Lagi gambar kawasan yang dipenuhi dengan lampu kecik-kecik ni. 


Kat sini macam dalam filem avatar lampu yang gantung tu. 


Ni diantara gambar yang saya suka. Nampak planet-planet dan bintang-bintang berkerdipan. 


Dania dengan angkasawan. Angkasawan ni kena la dengan tema bintang-bintang ni. 


Ni kat tepi tasik. 


Macam dalam alam fantasi.....


Jambatan ni pun dihias dengan lampu. 


Kat sini spot yang saya paling nak pergi sebab ada buaian rama-rama kat sini. Bila berbuai, rama-rama tu pun macam terbang. 


Kat depan ni pun ada bulan....terus teringat tak lama lagi kita nak menyambut bulan ramadhan. 


Saya dan hubby. 


Ni saya nak ambik gambar biasan dari tasik. 


Masa ni nak balik dah jadi lalu kawasan ni yang kadang-kadang akan keluar mist. 


Kami.....puas dah kami berjalan malam ni....nanti tengok last sekali...berapa km kami berjalan kat sini. 


Gambar last yang ditangkap sebelum balik. Ternampak angkasawan tengah melambai ni. 


Ni kat area dah keluar kawasan dah ni. Tunggu bas untuk membawa kami ke tempat parking. 


Malam ni sahaja kami berjalan dalam 3.29 km kat dalam kawasan ni. Kawasan Starry Lighting Park ni memang luas kerana katanya taman cahaya terbesar di Malaysia. Berpeluh jugak la berjalan dalam ni. You alls dah pernah pergi sini ke?. Kalau dah pernah....best tak?

***Pukul 12.01 tengah malam 15 Mac 2024, katanya result final Dania untuk Sem 1 dah boleh check. Suspens dah ni....malam ni kena tidur lewat sikit la agaknya....bulan puasa selalunya mata ni mengantuk awal. 

***Kami ke sini sebelum bulan puasa pada 6 Mac 2024...





XOXO,
Ezna
 

10 ulasan:

  1. cantiknya penuh lampu2 tu...anyway, all the best to dania! moga2 dpt deans list insya Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin Suzz. Suspens juga ni Suzz sebab result pertama untuk Degree.

      Padam
  2. ada tgk opismate pi sini juga....cantik gmbr2 ada lampu tp tula sure panas tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Panas tu ya tapi tak pergi la dekat2 sebab ada rasa bahang dia.

      Padam
  3. Cantik juga tempat ni, jawabnya hp penuh dengan ootd

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah...penuh juga ni nak kena buang mana2 yang blur.

      Padam
  4. cantikkkk
    dah macam kat I-CIty pula yaa...

    BalasPadam
  5. Bener kata kak Anies , mirip yg i-city. Yg di sini saya belum datangi pula. Festival lampu seperti ini saya suka, apalagi kalo bentuknya bermacam2. Seruuu sangat, dan bagus utk foto kan. Jadi ingat yang di Nagasaki , juga ada perayaan lampu macam ni. ❤️

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...