Tak tahu dimana silapnya....bila nak keluar bilik air, pintu tak boleh buka. Aduh...try try try tak boleh. Sampai kena jerit sikit la Dania....tolong ummi. Kebetulan Dania tengah seterika tudung dalam bilik saya.
Dah la masa ni dah beli ticket online nak tengok movie kat IOI City Mall dan Dania nak pergi Watson beli barang keperluan yang dah habis. Dania ketuk dengan hammer sampai tombol depan ni terkeluar tapi pintu masih tak boleh buka. Selak dalam tu yang tak terbuka macam stuck dalam lubang pintu.
Akhirnya saya cuba cungkil selak dalam menggunakan besi kecil yang Dania hulur bawah pintu. Cuba-cuba tak boleh. Saya juga cuba membuka tombol pintu dan masih tak berjaya.
Saya cakap dengan Dania....dengan berpeluh-peluh (siap pakej berpeluh lagi haa) bagai ni saya kata nak mandi dulu. Dalam masa yang sama Dania call ayah tak berangkat. Lama-lama baru angkat....Dania pula saya cakap jangan pergi jauh-jauh kot ummi nak panggil ke apa....
Rupanya suami tengah solat tu yang tak angkat telefon dan lepas tu berborak pula dengan boss yang kebetulan ada dalam majlis makan-makan sebelum bulan puasa. Masa ni ramai boss semua turun site (hubby kerja kat tempat client. Boss kebanyakkan kat HQ). Nak jadi cerita kan hari ni pula ada makan-makan kat office.....lama juga akhirnya hubby call Dania kata baru kat tempat parking.....😅
Bila selesai mandi....saya cuba buka menggunakan besi yang Dania pass kat saya dan akhirnya pintu dapat dibuka dan Dania?...kat depan pintu tunggu saya. Punyalah saya rasa terharu sangat sebab tadi saya andaikan Dania duduk la kat katil saya tu tapi tak dia tunggu saya depan pintu bilik air tu....lalu saya pun berdoa dalam sebak2 tu supaya Dania dikurniakan sijil dekan untuk keputusan Semester 1 ni....Aamiin. Elok je pintu bilik air terbuka, saya dengar bunyi motor hubby balik dan tapau pula putu mayam pandan sebab katanya banyak makanan tak habis kat office sebab order banyak dan diminta sesiapa nak tapau boleh tapau.
Lepas ni saya cakap kat hubby boleh la pergi kerja balik. Nasib baik dekat sangat dengan rumah dalam 14.9km. Alhamdulilah. Saya dan Dania pula nak bersiap-siap ke IOI City Mall pulak. Nak tahu kami menonton movie apa?.....lepas ni ya.....
XOXO,
Ezna
ceritanya hampir sm mcm sy alami
BalasPadamterkunci dlm bilik air kat rumah sewa...
mmg panik masa tu sbb room mate masing2 dlm blk
then kebetulan seorg tu keluar
sy terus jerit pggl dia
sudahnya... plumber yg selalu baiki brg2 dlm rumah tu
dtg pecahkan tombol...
Pernah kena, memang berpeluh la dalam bilik sorang2. Alhamdulillah ada screwdriver dalam bilik. Tapi rosak jugak la tombol tu. Ohh Dania, sayang ummi tunggu depan pintu ya.
BalasPadamCerita yang saspen...kesian juga kerana terperangkap begitu...nasib baik tiada apa-apa
BalasPadamPanik kalau jadi camni but syukur Dania ada sekali. At least boleh bantu apa yg patut kan...
BalasPadampernah kena ni pintu bilik. kebetulan dalam tu ada techinician pasang aircond. terkunci dia dalam tu. hahah. last2 kena kupil jugak tombol tu. tak boleh nak buka walaupun dah pulas. dah rosak.
BalasPadamfuhhh suspens dan i baca dgn penuh perasaan stress heheehhe sbb i pernah terkurung dlm bilik air kat opis, syukur ada students masa tu so diaorg lah beria temankan then i suruh diaorg pergi report kat admin
BalasPadamalamak...jenuh la kejab je
BalasPadamAamiin.. Moga Dania beroleh kejayaan cemerlang.
BalasPadamAllahuakbar, kalau dalam bilik ok lagi. Ini dalam bilik air memang cemas lah cerita dia. Mujur tak lama dan berjaya buka. Bila banyak urusan ni dia jadi auto cemas.
BalasPadamBagus Dania setia menunggu depan pintu.
Ummi ni pun, anak tu mesti risau juga ummi terperangkap dalam bilik air tu. Takkanlah dia santai2 kat katil haha
BalasPadamAisssh memang panas dingin kalo sampai terkunci dalam ruangan tuh 😅. Saya tipe yg penakut pula. Untunglah ada Dania dekat situ ya kak , 😄. Saya teringat zaman kecil pernah terkunci dalam kamar. Masih kecil kan, mana bisa nak buka. Akhirnya Ama papa dipecah jendela 🤣🤣. Tak ada cara lain soalnya 😅
BalasPadam