Isnin, Mac 4

Sistem barter

Ni kisah selepas makan kat Saudagar Nanas Agro tu. Saya ke rumah kawan saya ni di Sepang. Beliau ingin memberi ole oleh dari Melaka jadi kalau pergi takkanlah saya dengan tangan kosong kan?. Jadi saya belikan juga sulur nanas MD2 untuk kawan saya Nor ni. Boleh la beliau menanam di kawasan rumah. Kiranya macam sistem barter jugak la. Nor bagi saya dan saya pun bagi Nor. Kadang kita tak minta pun balasannya tapi bila dapat....siapa yang tak happy kan?. 

Nor sebaya dengan suami saya jadi ala ala saya ni muda la kengkonon. Hehe....Nor sibuk pegang sulur nanas MD2 yang saya bagi tu. Panjang pulak sulurnya tapi bila buahnya menjadi nanti kecik je saiznya. 

Nor juga nak memberikan saya pokok bucida. Kalau nak tahu...pokok bucida ni memang cantik tapi pokoknya besar bila tanam kat tanah. Kena selalu juga menyapu tu sebab daunnya kecik-kecil. Saya tolak dengan cara baik sebab lagi pun pokok besar-besar banyak juga kat rumah saya. Mana lagi nak diletak bucida yang satu ni....bucida ni kalau beli harganya tak murah ya....ikut tingkat pokok tu selalunya sebab dia nak membesar pun lama jugak. 


Saya ada juga la bagi hasil laut dari Pulau Pangkor dan dibalas dengan ini....belacan, keropok keping, dodol dan gula melaka. 


Belacan Ibu ni dah siap saya guna sedikit untuk masakan. Katanya dah siap bakar dah ni. 


Terjadilah sayur kangkung goreng belacan. Alhamdulilah. 


 Rezeki kami sekeluarga....alhamdulilah.....





XOXO,
Ezna

19 ulasan:

  1. betul tu bila org berbudi kita berbahasa, dan bila dpt sesuatu pemberian org tu perasaanyaa wahhhhh happy tak terkata hehehe

    BalasPadam
  2. sronok dpt ole2 dr melaka kn...trus masak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya terus teringat memang ada kangkung dalam peti. Hehe

      Padam
  3. alhamdulillah...nie kalau jumpa kak ezna depan2, msti bicara dia mcm orang2 lama yang penuh sopan santun...aduh, bila linda nak jadi sesopan itu...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr sopan tu tak tahulah pulak tapi kalau pot pet tu ya....ditambah kot terdengar gelak terkuat pulak. Haha....

      Padam
  4. orang memberi ktia merasa..
    ammi ni sejenis kuat belacan, goreng sayur letak, masak sambal lagilah letak. belacan mmg kena sentiasa ada kat rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uihhh Ammi tak terbersin ke makan belacan ni....akak letak sikit pun terasa nak terbersin.

      Padam
  5. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...jadinya kita pun cari la apa yang nak diberikan juga....

      Padam
  6. Fuh! Harum belacan sampai sini oh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya harum....kemudian yang memasaknya rasa nak terbersin.....

      Padam
  7. saling bertukar buah tangan memang bagus...dua-dua dapat merasa

    BalasPadam
  8. Pertama kali tahu ada pokok bucida.
    Eh ada jenis belacan bakar ya. Senang terus guna.

    BalasPadam
  9. Bucida seperti apa ya pokoknya? Nanti nak saya Googling. Saya pun bukan tipe suka bertanam. Jadi salut dengan Orang2 yang memang merawat sangat tanaman mereka 😍👍.

    Iyalaah, kalo dibagi sesuatu dengan orang lain, sebisa mungkin pun saya kasih balik . Tak enak juga kalo tak ada apa2 yang dibarter kan 😄

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...memberi & menerima...

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Kalau pergi rumah orang mesti nak bawa something kan. Rasa kekok kalau pergi dengan tangan kosong.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...