Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 27

Dania ke Sungkai Perak?

Bila seorang kawan Dania tanya dalam whatsapp bila kita mau sungkai?. Jadi hari ni  22 Mac 2024, saya hantar Dania ke Sungkai, Perak. Hehe tak la...sebenarnya Sungkai tu dalam bahasa Sabah bermaksud buka puasa dan takde kena mengena dengan geografi di negeri Perak tu. 😅. Macamana boleh sama pulak dengan nama tempat di Perak tu tak dapat la dipastikan. Orang Sarawak pula panggil Sungkei

Ikutkan nak hantar Dania ke K10 Kolej Kejuruteraan tu je kemudian sama-sama dengan kawan-kawan naik bas menuju ke Bazar Ramadhan dekat Seri Serdang tapi kawan-kawan Dania kat K10 kata bas nak jalan dah jadi jumpa kat Bazar je lah. Ok....saya pun terus la drop Dania kat Bazar Seri Serdang ni. Parking as usual penuh dan sesak juga dengan pengunjung. Saya drop je Dania.

Hari ni bagi chance berbuka dengan kawan-kawan. 


Ni perjalanan nak balik rumah. Traffic light pun rasa macam lambat je. Kereta punya la banyak. 


Akhirnya saya dan suami je lah yang berbuka berdua kat rumah. Lauk untuk kami berdua. 


Dapat photo dari Dania. Masa ni dalam bas nak ke Kolej. Naik bas UPM. Memang ada bas disediakan untuk ke Bazar Ramadhan Seri Serdang dan Masjid UPM untuk pelajar bersolat terawih. 


Ni masa saya ambik Dania kat kolej. Dengan 2 orang kawan turun bawah mengantar Dania. Kawan Dania lagi seorang nama Ayuni takde sebab tengah testing baju Palapes. Kawan yang tudung hitam nama Wafa ni kata setiap kali aunty datang selalu saya teda....semenjak Dania dah berkawan sebilik masa asasi dengan orang Sabah dan Sarawak ni jadi bahasa tu pun ummi dah faham. Wafa ni dari Sabah. Dania kata bahasa Sarawak Dania faham juga tapi Bahasa Sabah kalau cakap laju-laju susah nak faham. Teda dalam bahasa Sabah bermaksud tiada/takde. 


Ni kawan-kawan gelak sebab apa pun tak sure. Dania maintain gitu je. Kawan yang bernama Elisha Hana ni non muslim ni kena kacau....tak puasa tapi paling banyak pergi Bazar Ramadhan beli macam-macam....😁. Lepas tu Wafa dah bagi tarikh nak sungkai lagi dengan Dania dan semua kawan sebilik dulu.

Dua orang lagi tak join sungkai sebab masing2 ada hal. Harap-harap minggu depan punya sungkai complete la 6 orang. 


Dania lagi rapat dengan kawan-kawan sebilik dulu dari kawan bacelor sekarang. Setakat dalam kelas je la. Takde pulak nak keluar-keluar lepas tu. 





XOXO,
Ezna

30 comments:

  1. oh sungkai tu maksudnya berbuka puasa....sronok la bdk2 dpt berbuka puasa ngan kwn2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bebudak ni seronok sangat sampai bila nak ambik bawa balik...tak habis berborak lagi....Hehe

      Delete
  2. bagus u kenal semua kwn2 dania :) i kenal lah jugak kawan2 zharfan tu...haaa zharfan pun nak kuar iftar dgn kwn2 dia ari niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh....sesekali nak beriftar ok je....kalau dekat lagi la ok....

      Delete
  3. wahhh best tu
    enjoy your trip dania
    selamat pergi dan selamat kembali

    ReplyDelete
  4. seronok lah dapat ber"sungkai" bersama kawan2..

    ReplyDelete
  5. ingatkan betul-betul Dania ke Sungkai hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idak le. Jauh bebeno pulak Sungkai Perak tu. Sini2 je mereka berbuka.

      Delete
  6. Kyra buat masa ni masih rapat dengan kawan dia di F3 compared dengan kawan sekelas. Dia sorang je dari kelas F3 dapat aliran sains jadi dia kena berkawan dengan kawan baru yang jenis "engine lambat nak pick up".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah Ammi...janji kawan2 yang berkawan dengan anak kita tu ok perangainya....kalau enjin lambat panas pun sesah juga. Dania pun sama sebab dia pendiam.

      Delete
  7. Ohhhhh Sungkai tu berbuka ya.

    ReplyDelete
  8. Belajar perkataan baru hari ni 👍
    Sy ingat teda tu tidur hehe...
    Pandai Dania bergaul dgn kawan² dari pelbagai negeri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan masa asasi dulu sebilik. Ikut huruf....A, C, D, E jadilah mereka berenam sebilik. 2 Selangor, 2 Sabah dan 2 Sarawak. Negeri dengan huruf S.

      Delete
  9. Hehehee... saya pun sangka Dania ke Sungkai Perak. Betul tu, di Sabah memang disebut sungkai yang membawa maksud berbuka puasa. Perkataan ini digunakan oleh masyarakat Sabah dan Brunei.

    ReplyDelete
  10. Ohhh jadi maknanya berbuka puasa yaaa. Seruuu kalo bisa berbuka dengan teman2 juga. Saya sendiri belum ada kesempatan berbuka dengan teman2. Ada yg mengusulkan, tapi kayak biasa hanya wacana tanpa eksekusi 😂😂.

    Akhirnya lebih sering berbuka dengan keluarga, dari pihak suami.

    Tapi saya langsung paham saat temen Dania mengatakan teda. Dari kalimatnya juga langsung bisa ditebak artinya. Dan lagi Krn saya terbiasa dengan ucapan yg singkat dalam bahasa Malaysia, langsung bisa menebak maknanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah terer Fanny dengan bahasa Sabah ya. Sebenarnya bahasa negeri sabah agak susah juga nak faham jika orang itu cakap laju. Dania kata lebih faham bahasa sarawak lagi. Apa pun seronok dapat belajar bahasa negeri lain di Malaysia ini.

      Nanti try la set time berbuka sama teman-teman....

      Delete
  11. Replies
    1. Ye lah UG. Nak nak dah berumur ni...apa yg ada je la....

      Delete
  12. Kita ingatkan ke Perak tadi. Rupanya berbuka. Seronok Dania dapat berbuka dengan kawan-kawan. Seronok jugalah ada geng Sabah Sarawak. Dapat belajar banyak loghat negeri lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kawan sebilik 6 orang. 4 orang je dari Borneo jadi memang Dania biasa dengar ayat-ayat kawan dia. Lepas tu dia ajar ummi pulak. Perak pun ada Sungkai jugak....hehe

      Delete
  13. Sungkei berbuka puasa dlm bahasa sabah..ok boleh try dgn kawan kat ofis ni ajak bersungkei lpas keje hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ce try ajak guna sungkai....Bila mau Sungkai?. Kalau Sungkei bahasa sarawak.

      Delete
  14. Orang Sarawak memang sebut Sungkai, untuk berbuka puasa..hehe..sesekali ok la berbuka dengan kawan - kawan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sesekali berbuka dengan kawan-kawan. Selalunya kami bertiga la....

      Delete
  15. Rupanya sungkai bahasa di Sabah dan kami di Sarawak guna sungkei....selamat bersungkei kitak sekeluarga petang tok ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut la adik saya kata kalau kat Sarawak dipanggil Sungkei. Suaminya orang Sarawak. Ya adik ipar saya orang Sarawak. :) Lebih kurang sama cuma ejaannya berbeza sedikit.

      Delete