Isnin, Mac 18

Macam-macam cerita

Tertinggal kain telekung

Saya dan Dania datang awal ke surau kemudian dapat dah la spot kat surau. Kemudian bila check beg telekung, tertinggal kain telekung la pulak. Dah saya menapak balik dalam 160 meter ke rumah. Berpeluh balik sampai surau tapi takpe lah surau pun ada aircond. 

Terawih

Pada 14 Mac 2024, saya dan Dania solat terawih macam biasa. Pada rakaat kedua terawih sepatutnya imam bangun balik tapi imam terus tahiyat akhir. Lepas tu bila nampak jemaah kat depan semua duduk tahiyat akhir, saya dan Dania pun ikut. Kes macam ni pernah berlaku masa saya belajar kat UITM Shah Alam. Solat kat Masjid Shah Alam tu imam tersilap rakaat. 

Daftar Kokurikulum

Lepas dapat result, nak daftar kokurikulum pulak. Dari 12 tengah malam tu membawa ke 1.30 pagi dan akhirnya Dania dapat kokurikulum yang dihajati. Nak dijadikan cerita kena dekan approve dulu sebab Sem 2 Dania ambik 22 jam kredit. Maksima 20 jam kredit. Kalau lebih kena ada kelulusan dekan.

Pergi UPM jumpa pegawai di Bahagian Kokurikulum

Bangun sahur, Dania cakap nama Dania takde dalam senarai kokurikulum Asas Kembara. Udah....sebab pagi-pagi buta dekan pun tak boleh nak sahkan....kena la office hour jadi agaknya kuota Dania tu dapat kat orang lain. By right, kuota tu akan stay sehingga kelulusan dapat untuk Dania. Entah macam mana sistem ni....jadi pagi kami dah bertolak ke unit Kokurikulum UPM. Pegawai tu nasihatkan untuk daftar dulu Kokurikulum dan gugurkan dulu subjek Fakulti sebab subjek Fakulti akan ada kuota khas dah untuk kita. Nak kena battle ni kokurikulum ni. Pulak....dah kena gugurkan satu subjek fakulti dan add mana-mana kokurikulum yang ada. Akhirnya ada kokurikulum Renovasi & Rekacipta jam 12-3 jadi oklah pilih yang ni. Settle la bab ni. Masa pergi UPM ni kepala macam ting tong sebab tidur lewat kemudian 5.30 pagi bangun sahur pulak.

Bab Dania dah gugurkan subjek Fakulti tu...bila nak daftar balik kuota dah penuh. Kuota belum dibuka tapi pada 18 Mac 2023 kelas yang ni dah start jam 5 petang. Tak tahu kita kelas yang mana jadi ni la masalahnya. Tak tau la macam mana....selagi tak settle ni pening sikit....😅

***Hari ni Dania dah memulakan kelas untuk Sem 2 ni. Kelas Academic Interaction & Presentation jam 5 petang -7 petang masih tak dapat lagi mendaftar. Suspens la kelas ni memang diperuntukkan untuk student Fakulti Pertanian tapi bulan puasa ni tak sure la macam mana. Ada 1 lecturer tu Dania pernah dapat masa ambil Poetic Society Sem 1. Kalau dapat lecturer yang sama ok juga tapi kelas ni akan diberi first come first serve. Jadi kalau awal daftar akan dapat lecturer lagi awal. Lecturer yang Dania ni nama beliau paling akhir.....





XOXO,
Ezna

10 ulasan:

  1. kt surau tkde extra kain telekung ke....nasibaik tk jauh nk patah blk ye....cpt masa berlalu dh sem ke2 dania

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pun tak selesa pakai yang surau....tu yang sanggup menapak balik tu Amy....tapi kitanya berpeluh la....

      Padam
  2. hahaha... bila baca ni memang terimbas kembali battle di pusat Ko-Q zaman kuliah dulu. Turun bas berlari ke pusat KoQ, beratur 2 kilo meter sbb zaman tu belum ada sistem online. Panas jangan ceritala... ouch rinduuu... mula2 ambil batik & kraftgn, lepas tu ambil kompang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh memang battle sungguh ni Yan. Haha....memang boleh imagine Yan lari macam mana tu....ye lah...kalau lambat orang lain dapat....

      Padam
  3. bab2 berebut register subject tu, rasanya kat mana2 uni pun gitulerrr i plak tukang approve students nak register manually or tukar kelas etc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam Dania takde tangguh2. Hari pertama boleh daftar terus daftar cumanya koko tu je tak kena dengan Dania nak....tapi.....akhirnya settle dapat apa yang Dania nak yayyyyy.....(next post)

      Padam
  4. oh kalau kat ITM dulu tak merasa pulak berebut2 ni kan.. ke camna ammi dah lupa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kita tak berebut sebab semua dah ada tertera apa yang kita kena ambik....hello....ni pun alumni UITM. Hehehe....

      Padam
  5. Dah lelah nampaknya imam mesjid itu 😄. Jadi tak fokus pula dengan rakaat biasanya di sana berapa rakaat tarawih kak? Di sini kebanyakan 11 rakaat. 2 rakaat 4x salam, + 3 rakaat witir

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...