Petang sikit baru la kami bertolak ke Taman Tun sebab nak makan nasi briyani Ismail (sambung dari cerita sini). Kalau makan nasi briyani kat sini mesti order dengan ayam masak madu. Sedap ayam masak madu dia sebab ada kombinasi pedas-pedas dan rasa manis sikit. Favourite kami sekeluarga since Dania kecik lagi.
Best Briyani Since 1977 katanya.
Boleh tengok la menunya....
Lepas tu kami singgah la solat kat Masjid Taman Tun tapi kat parking ada insiden orang yang muka masam mintak duit. Dia mintak duit kat hubby sebab kata nak isi minyak motor tapi muka dia masam sangat. Masa kami parking tu dia berhenti kat sisi kereta. Hubby kata sebelum tu dia sorong motor tu. Bila hubby tunjuk tangan takde dia terus naik motor tu bawak laju-laju. Kata tadi 'nak isi minyak motor' kan....Elok je haa motor tu berjalan.
Ni bilik air kat Masjid At-Taqwa Taman Tun. Dah dihias indah ni. Dah lama tak solat kat masjid ni tengok dah berubah dah. Tiles pun ala ala Moroccan style.
Ada pokok-pokok juga kat luar. Kawasan tu dibiarkan terbuka supaya cahaya matahari atau hujan mengenai pokok-pokok yang ditanam. Cermin dan sinki juga ada kat area sini.
Area mengambil wuduk juga tiles bercorak sama.
Kawasan mengambil wuduk ni pun dah cantik direnovasi.
Lepas ni, kami ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebab nak melawat kubur mama dan papa dan nak membersihkan kubur juga la. Nak bersihkan pun kawasan atas kubur sebab kawasan sekeliling memang terjaga rapi. Nampaknya tak berkesempatan sebab kubur dah tutup. Selalunya kami pergi pagi tak pun tengahari. Kali ni jam 5.58pm dah agak lewat sebab waktu melawat di sini jam 8 pagi - 5.30 petang. Memang serius tak perasan waktu melawat ni. Kubur kawasan ni luas. Agaknya ada tulis kat papan tanda kat depan tapi tak perasan sebab kubur mama dan papa kena masuk dalam lagi. Terasa macam nak melawat hospital orang sakit pulak bila ada waktu melawat ni. Kubur ni pulak dikelilingi pagar jadinya bukan kubur kawasan terbuka yang senang je nak masuk tu. Insya-Allah Ena akan datang lagi ya papa...mama....😢.
***Dania dah memulakan semester baharunya hari ini 18 Mac 2024. Moga semuanya dipermudah untuk semester 2 ni. Ada universiti yang buat pembelajaran online sehingga raya. Macam Dania, ikut fakulti. Fakulti Pertanian Dania kena pembelajaran bersemuka. All the best sayang...
XOXO,
Ezna
Murahnya nasi beriani dia. Kat sini kalau kambing tu ada yang dekat 30 ringgit. Bagusnya tempat wudhu dia. siap ada stool
BalasPadamKira murah ya Ya?. Ok juga la harganya ni....tempat wuduk dah direnovasi.....
PadamSy suka kuah madu & campur dgn bbrp kuah lain =)
BalasPadamOh faham....macam ala ala makan nasi kandar.
Padamnasi beriyani lauk ayam madu sedap tu....cantik tiles masjid tu
BalasPadamYa ayam madu je kami order kalau makan kat sini sebab sedap. Tiles tu kalau tengok ala ala morrocan style pulak.
Padamwaduhhhh beriyaniiiiiiii
BalasPadamIya nasi biryani.....
Padamif my area, yg famous ialah briyani rahman (dulu2 pernah viral time dia jual kat bazar ramadhan). all the best dear dania!!!
BalasPadamCantik tiles tu 👍
BalasPadamAll the best Dania! Semoga terus cemerlang 🤲
Cantik ruang bilik air masjid tu.
BalasPadamKami jarang makan nasi beriani di kedai, kalau teringin pasti en. Hb masak di rumah. Jadi tak tahu berapa harga kalau makan kat kedai.
kawasan perkuburan arwah mama pun waktu melawat sampai jam 6 je. ammi selalu dapat tengok dari highway nak ke Seremban tu jeah. mujur juga kubur arwah mama betul2 dibarisan pertama
BalasPadamPreman lah tuh, minta2 duit muka masam. Haiiish, tak malu yaa.
BalasPadamCantiiiik sangaaat tiles nya itu kak 😍😍😍. Ya Allah sukaaaaa. Pasti betah lama2 di sana kalo tiles nya saja cantiiik 😄❤️