Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, March 20

Alhamdulilah Dania dah mula kelas tapi....

Hari ni kelas Dania mula jam 2 petang tapi pagi jam 9 dah ke UPM sebab nak singgah Pusat Pemajuan  Kompetensi Bahasa (CALC) sebab nak tanya pasal ada satu subjek English Dania tak boleh daftar sebab katanya kuota telah diisi. Sebenarnya ini maknanya CALC ni tak buka kuota. Heran la kenapa tak buka kuota sebab memang sah-sah kelas Dania wajib ambik untuk Sem 2 ni. Dania kata tak kompetensi la ni ummi 😁

Bila pergi, ada notis kat pintu katanya 'Pegawai ke Bahagian Akademik Bangunan Canselori'. Uihhh tak koser nak ke situ lagi sebab huhuhu 7 kali naik turun bangunan tu masih terasa lagi....πŸ˜†. Nampaknya tak settle lagi la ni sebab dijadualkan kelas ni pada jam 5-7 hari ni (sama untuk semua pelajar Fakulti Dania). Nampaknya tak dapat masuk lagi la kelas ni. 


Dari CALC, bergerak ke Pusat Kesihatan Universiti sebab Dania nak check telinga sebab rasa telinga tersumbat. Dah hantar Dania saya parking kat bawah bukit ni. Nanti dah siap saya naik la kat atas tu dengan kereta. 

Bila selesai, saya pick up Dania atas tu. Dr. bagi ubat titik untuk dititik ke dalam telinga. Bayaran? Tak payah bayar sebab dah bayar untuk Pusat Kesihatan Universiti ni setiap sem. Sebenarnya Sem 2 ni memang tak bayar lagi. Bahagian kewangan tak update kat dalam sistem lagi...masuk dulu, bayar kemudian. Jadi ubat tu titik malam nanti. 


Petang, hantar Dania ke Fakulti Pertanian. Lama tak datang hantar ambik Dania kat sini sebab bercuti kan....panasnya la....


Dania salam ummi dulu tapi ummi sibuk nak ambik gambar. 


Ni masa nak ambik Dania balik jam 4 petang. Hmmmm kelas 5-7 tu sampai sudah tak boleh daftar jadi Dania tak pergi la kelas tu cumanya Dania ambik gift nak hadiahkan kat Penasihat Akademik Dania...Dr Juwaidah. Setiap pelajar ada penasihat akademiknya. Kebetulan penasihat akademik Dania ni...Dr Ju...timbalan dekan kat Fakulti Pertanian ni. 


Dah balik rumah, ada satu lagi yang menjadi kegusaran Dania. Dania mulanya daftar kokurikulum Usahawan Siswa 8-11 pagi tapi tak minat sebab lain2 cepat je disambar orang kemudian try apply Asas Kembara 8-11 pagi bila bukak kuota. Battle bagai nak rak lepas tu kuota terlepas ke orang lain sebab penasihat akademik nak lulus kena la office hour. Battle tu jam 1 pagi. πŸ˜…. Nak tak nak kena ambik kokurikulum lain...pilih la Inovasi & Rekacipta 12-3 petang pun Dania tak minat sebab asal ada je kan....lepas tu ummi saje2 check kokurikulum sekali nampak Cak Lempong 8-11 pagi. Ni diantara yang Dania tengok-tengok juga tapi takde kosong tapi bila ummi check ada 3 kosong. Apa lagi ummi terus call bahagian kokurikulum dan....guess what?....pegawai tu tolong tengokkan untuk Dania untuk Cak Lempong. Dia suruh standby depan computer. Bila dia kata tick je kita kena tick dan daftar cepat2. 2-3 kali tak boleh. Fuhhh berdebar ok sebab kokurikulum yang kita dah pilih sebelum ni kena gugurkan dulu. Silap2 tak dapat Cak lempong haru sebab kebarangkalian untuk kokurikulum kita sebelum ni diambil orang tu ada. Akhirnya berjaya daftarkan Dania Cak Lempong. Alat muzik macam gamelan tu yang selalu main masa konvokesyen. Selesai daftar...Cak lempong terus penuh dah. Tadi kan ada 3 kosong.... Fuhhh battle yang mendebarkan. Check tempat kosong Dania kat Inovasi tu dah terisi dah. Cepat je....Nak battle ni bukan apa kadang waktu kokurikulum tu jugak. Dania prefer 8-11 pagi hari Sabtu. 

Last sem, kokurikulum Dania 12-3 petang jadi macam leceh sikit. Kalau pagi settle kokurikulum dah boleh buat aktiviti kita waktu petang tu kan.... 

Ok lah ni baru cerita hari pertama Semester 2. Moga yang baik-baik ajer buat Dania...Dania dah mula kelas tapi sebelum tu banyak pulak hal nya...





XOXO,
Ezna

 

11 comments:

  1. Macam² yg students kena hadap skrg kan tp syukur Dania ada ibu yg sangat supportive and participative πŸ‘
    Bab battle tu teringat anak2 PH bila masuk tahap 2 kena berebutlah nak regi Koku masing-masing sampai Abang dulu siap berebut², bertolak² nak regi ikut pilihan masing². Dah cukup kuota, berlari pula ke meja regi kelab/sukan/unit yg masih kosong πŸ˜‡ Alhamdulillah makin tahun makin baik sistemnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sama je time Dania sekolah menengah ni PH. Ingat Dania kata nak register badminton masa tu dah penuh lepas tu sibuk register Petanque pulak. Kalau badan beruniform Pandu Puteri tu kuota dia banyak. Harap2 sistem berubah jadi mudah ya PH....

      Delete
  2. seronok dapat masuk cak lempong tu...
    semoga yang baik je dania

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dapat Cak Lempong ok dah ni Linda. bersyukur sangat. Penat battle ni....

      Delete
  3. fuhhh kena battle la plak yer...ala2 nak beli dendeng khairul aming plak hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ya Suzz, bab daftar subjek Fakulti ok lagi sebab memang ada kuotanya tapi kuota Koku ni nak kena gabung dengan semua Fakulti....aduhhh....dengan pakej berdebar-debar lagi takut tak dapat. Ok bila Dania dah dapat lega....masih ada lagi kawan Dania yang lompat sana lompat sini nak cari koku yang betul2 minat tapi masalahnya kuota dah habis diisi. Kena la masuk Koku yang lain. Sem 2 ni last dah ambik Koku Suzz.....sem lain dah tak payah ambik dah.

      Delete
  4. fuhhhh berdebarnye nak kena battle sampai gitu ye skrg? moga dipermudahkan semua urusan Dania belajar aminnn

    ReplyDelete
  5. good luck Dania. Sekejap je dah sem 2.

    ReplyDelete
  6. KOKO ni best kalau kita ambik apa yang kita minat... baru lah enjoy.
    Have fun Dania... best tu join Cak Lempong, asyikkkkk

    ReplyDelete
  7. Sudah mulai masuk kuliah lagi ya Dania, Mbak?
    Dania kuliah di fakultas apa Mbak?
    Semoga semua urusan kuliahnya dilancarkan, sukses selalu untuk Dania.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Macam dah beda sangat dengan zaman dulu kuliah yaaa. Pakai acara battle segala πŸ˜…. Apapun semoga dilancarkan segalanya untuk Dania ❤️

    ReplyDelete