Plan saya dan Dania, sehari sebelum berpuasa nak ke IOI City Mall sebab saya nak pergi buat urutan Thai dan masa saya buat urutan tu Dania boleh la jalan-jalan dalam IOI City Mall tu. Selalu saya buat appointment kat Thai Odyssey ni tapi kali ni takde yang mengangkat phone pulak. Rupanya bila saya ke sini, kat depan ni cuma seorang je jadi dengan nak entertain customer lagi. Jadi...dia tak angkat phone la. Nasib baik ada slot kosong jam 1 petang. Kadang-kadang mungkin slot penuh juga.
Since lagi 30 minit tu sempat lagi saya dan Dania jalan-jalan kat dalam Parkson tu.
Kat sini ada hiasan atas meja dan majalah kalau nak baca. Tak sempat baca pun.
Ruang menunggu yang selesa dengan lampu pun agak malap.
Masa ni Dania teman saya sehingga escalator ni kemudian kami berpisah kejap la lepas ni. Dania pergi jalan-jalan me time kejap dan saya turun bawah. Me time saya pulak. 😁
Ok saya tengah menunggu tukang urut saya ni. Sempat lagi whatsapp Dania kata jumpa jam 2.30 petang. Jalan elok-elok.
Ni bilik mengurut. Lampu pun dimalapkan. Saya ambil urutan aromatherapy selama 90 minit dan minyak aromatherapy rose saya pilih.
Lepas selesai urutan, Dania dah tunggu kat ruang menunggu dah dan kami sama-sama berjalan nak makan ke.......4 Fingers. Order combo nasi dan boneless chicken. Sedap sangat boneless chicken ni pilih yang spicy tapi.....macam tak pedas pun....😆
Ummi dan Dania kat 4 Fingers. Dania yang pilih tempat ni. Ikut je la sebab boneless chicken kat sini memang sedap. Lama pulak tak makan dah masak je kan....
Lepas makan, kami jalan-jalan lagi kat Parkson sebab nak cari hadiah hari jadi hubby. Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan pula. Malas nak berjalan-jalan bulan ramadhan ni jadi beli awal-awal la. Hehe. Nasib baik jumpa. Kemudian terus la kami bertolak balik sebab malamnya nanti dah ada solat terawih malam yang first....confirm orang pun balik awal kan...jalan pun sesak.
Tapi....jalan depan IOI City Mall yang selalunya jam tu clear pulak. Smooth sampai tiba rumah. Mungkin juga ramai yang mengambil peluang bercuti sebab nak hantar anak ke sekolah sempena hari pertama pembukaan sekolah.
XOXO,
Ezna
syok manjakan diri dgn anak....kita tk sempat sebelum puasa pi massage...ni dok lenguh2 bahu dr seblum puasa lg....bestnya kalau dpt pi urut
BalasPadamYa nasib baik ada slot kosong sebelum puasa ni Amy. Rezeki....lenguh2 badan ni haa.....lepas raya boleh gi massage tu Amy....
PadamTempat urut nya cantik, bantal warna warni...harum aromaterapi....pasti.tidur pulas kalau saya tuh kak😁
BalasPadamYa harum aromaterapi ni sampai boleh tertidur....
Padambestnya pergi spa!!! i berkurun dah tak gi spa...mcm selalu tak de masa yg sesuai laaaa
BalasPadamI urut je you....sesambil tu Dania round dalam IOI City Mall tu.....
Padamwaahhh syoknyaa! cantiknya mcm adik kakak je hehe
BalasPadamIbu dan anak bonding time...hehehe
Padamnampak selesa tempat urut tu.
BalasPadamYa....kalau lampu malap camtu siap boleh tertidur lagi lepas tu ada muzik slow je....
Padamkira sehari sebelum Ramadhan awak gi urut badan, ammi pulak pergi buat heel scrub... hahah me time sangat kan
BalasPadamSama la kita. Kuar post kat blog je lambat sikit.
Padamuncle pakai kerusi urut lima ringgit tu je... bergoncang2 badan!
BalasPadamUncle....kerusi urut tu tak reti nak cari urat. Kalau ni memang dia tekan kat urat tu. Sakit ohhh tapi lepas tu lega....
PadamDania tak massage sekali ke? best gak kan ber me time macam ni
BalasPadamWahhh... syioknya dapat urutan manja..
BalasPadamMe time memang best!
Saya dah lama tak pergi pijat refleksi. Kalo pijat seluruh badan saya tak bisa kak. Tak sanggub geli 🤣. Makanya cuma mau refleksi kaki saja. Itupun terkadang sambil menahan ketawa . Tapi memang sedaap sangat setelah selesai kan 😄
BalasPadam