Rabu, Mac 6

Sebatang pen yang memberi inspirasi….

Bila tengok pen yang kami dapat masa SD Plantation tu sebijik dengan pen yang Dania dapat dari kawan baik dia Zalilah sempena birthday masa Form 5. Sheaffer ni pen yang Zalilah bagi Dania. Bawah tu pen dapat dari SD Plantation. 

Lebih kurang sama kan pennya? 


Pen yang Zalilah bagi special sebab ada engrave nama 'Dania Yasmine'. 


Lepas tu ummi kata jom kita beli hadiah Zalilah sebab birthday Zalilah 10 Feb 2024, kita tak bagi apa2 hadiah lagi. Masa tu kami kat Pulau Pangkor. 

Masuk Typo, Dania ada beli phone case. Manis je corak berbunga....


Purchase with Purchase, boleh mendapatkan harga mug ni dengan harga best. Mug ni best sebab boleh bertukar warna kalau letak air panas. Tengok warnanya tu. Unik jugak la dengan ada tulisan Caffeine Queen. Ok mug ni beli untuk present Zalilah. 


Masuk Innisfree belikan 2 sheet mask Dania dan 2 sheet mask Zalilah. Pilih yang rose dan pomegranate untuk Zalilah. Dania pilih oatmeal dan aloe vera. Moga muka segar la nanti kedua-duanya ya?. 


Pelik gambar ni sebab setting kat phone. Dania kata dah kenapa macam alien?. 
Lepas tu staff masukkan sheet mask ke dalam paper comel ada tulisan Innisfree. 


Ok muka dah tak macam alien dah. Hehe. Dania tolong ummi tukar setting kat phone. 😅


Lepas tu kami akan ke rumah Zalilah untuk bagi hadiah ni. 


Dalam perjalanan kami nampak jejaka sebelah Zalilah ni bawa bag hiking naik motor. Ayah kata baru balik dari hiking la ni. Sekali nampak jejaka ni juga singgah kat rumah Zalilah. 

Kita ambil la gambar bertiga ni...Kawan Zalilah, Zalilah dan Dania. 😊


Sempat jumpa dengan mak Zalilah. Lepas tu kami balik sebab hubby mengantuk dan penat. Ye lah paginya berkayuh basikal 24km tu....Kepada Zalilah dan jejaka sebelah tu...kawan elok-elok ya?....

Tak dapat bayangkan bila tiba masanya anak sendiri pula ada boyfriend.....😅





XOXO,
Ezna







 

9 ulasan:

  1. the time will come jugak ezz for our children....part of life phases...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tapi seram nak memikirkan masa itu akan tiba....

      Padam
  2. Seriau baca ayat last hahaha! Cantiknya pen tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.....seriau juga tapi bila anak dah nak masuk 20 tahun ni nak kena bersedia juga.....tiba-tiba satu hari.....(ok takut nak memikirkan...)

      Padam
  3. jadi lonjong je muka ye. setting apalah yang umminya salah set ni agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tukar setting kat gambar tu....lepas tu bila Dania tukarkan jadi la normal.

      Padam
  4. Kalau lihat foto pen sheaffer diatas, saya jadi ingat almarhum bapak. Dahulu bapak suka sekali mengkoleksi pen berbagai merk termasuk merk sheaffer dan merk parker.

    Saya sendiri saat masih aktif bekerja pernah suka dengan parker. Tapi setelah pensiun, jarang sekali memakai pen, kalaupun harus menulis, pakai pen apa saja yang tersedia.

    Salam,

    BalasPadam
  5. sebab anak kak ezna sorang tu ja...tu yg seram...pernah ad kawan yang anak sorang dan anak dara jugak...tech dekat hosp melaka dulu...saja usik dia "kang, lepas habis beljar, anak dara tu bawak balik calon pulak" ... terus tech tu jawab "alaaa, nanti lah dulu, ayah dia tak puas lagi bermanja ngan anak"... hahaha....

    BalasPadam
  6. A'ah, lebih kurang rupa paras pen tu. Cuma berbeza sikit ring tengah tu. Orang dah bagi kita hadiah, nak juga kita membalasnya. Mesti Zalilah seronok dapat hadiah dari Dania.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...