Khamis, Mac 21

Review Layang-Layang Perkahwinan | Astro

Saya berkesempatan la tengok drama ni kat Astro Catch up tu. Mulanya suami cerita ada kawan dia terjebak la tengok drama ni sebab isterinya tengok drama ni lepas tu ada seorang nama Hasibullah dalam drama ni. 

Punyalah tertanya-tanya siapakah teraju yang melakonkan watak Hasibullah ni?. 

Credit : Astro 

Tengok je episod pertama dah dapat jawapan. Hasibullah dilakonkan oleh Arash Mohamad. Ni gambar masa Dania darjah 4 jumpa Uncle Arash kat Pasar Malam Bandar Kinrara. Kena la Uncle Arash tunduk sikit sebab budak ni rendah. Haha....

Anak kepada Hasbullah ni tak tahu nanti in future, uncle Arash sebelah dia akan melakonkan watak Hasibullah yang jahat. Eiii geram je....Uncle Arash masa ni umur 30++, Dania 10 tahun.
 

Ceritanya berkisar tentang Hasibullah yang kaya yang mempunyai sebuah syarikat CTG (Cahaya Terang Group). Mempunyai seorang isteri Laeli (Nina Juren) yang mempunyai seorang pegawai media sosial bernama Arjuna (Haidar Hasanuddin). Setiap kali kat rumah snap gambar...update kat media sosial. Laeli ni pula selingkuh dengan Arjuna yang memang ada isteri yang sedang mengandung. Bukan itu sahaja Hasibullah pula selingkuh dengan pegawai pemasaran di CTG iaitu Maryam Amani (Aishah Ilias) yang seksi. 

Anak Hasibullah dan Leili bernama Azim Hasibullah yang berkahwin dan mempunyai seorang isteri yang bernama Saida Amanda (Ezzanie Jasny). Mereka mempunyai seorang anak lelaki Atheer (Aidan Razeen). Saida Amanda ni seorang ibu yang mencuba jadi ibu yang sempurna. Lakonan Saida dalam drama ni dari awal sampai akhir mukanya stress je. Dalam diam, Azim Hasibullah ni selingkuh pula dengan setiausahanya yang bernama Tsuraya Lin (Alya Iman). 

Hasibullah dan Laeli sampai merahsiakan perkahwinan Azim dan Tsuraya yang diadakan di Langkawi sehinggalah Saida nampak gambar-gambar yang Arjuna tangkap di laptop. Sedih sangat sebab hanya dia je tak tahu perihat perkahwinan Azim. Ibu dan bapa mertuanya ada meraikan majlis perkahwinan Azim di Langkawi. 

Saida ni pun ada syarikat sendiri dengan partner dan kebetulan satu hari tandatangan kontrak bersama dengan sebuah syarikat dan kebetulan CEO syarikat tu ialah Ammar (Keith Foo) ex boyfriend Saida. Dulu mereka bercinta tapi disebabkan Ammar tak bersedia nak berkahwin dan ada anak, jadi mereka berpisah. 

Ada satu part, terbongkar pula kisah Hasibullah masa muda yang suruh Leili gugurkan kandungan bila dapat tahu anak yang dikandungnya perempuan. Ni agak tak faham sebab zaman sekarang pun ada jugak lagi ke kalau tahu mengandungkan anak perempuan kena gugur / bunuh anak perempuan jika lahir....macam zaman dulu sebelum kedatangan agama islam. Hasibullah ni hanya nak anak lelaki untuk mewarisi perniagaannya.  Dapat tahu juga yang Pegawai Pemasaran CTG iaitu Maryam Amani mengandungkan anak luar nikah Hasibullah. Hasibullah ni pun jenis seorang lelaki yang jahat yang sanggup membunuh untuk perniagaan atau pun sesiapa yang mengacaunya. Macam dalam drama ni ditekankan Hasibullah sanggup buat apa sahaja. Kalau orang cakap pun "tau je lah Hasibullah tu macam mana"....macam tak boleh cari pasal la. Even dalam mahkamah pun boleh menang kes. 

Apa kesudahannya? Kena saksikan sendirilah. Ada kisah pengkhianatan, cinta dan rahsia yang tersimpan. 

Bagi saya drama ni macam tak sesuai ditonton oleh bawah umur sebab tak akan faham la bab selingkuh tu. Saya rasa watak yang paling saya suka ialah Atheer. Anak Azim dan Saida. Dah la comel dan keletah je. Natural je lakonannya. Macam ada gaya kawan Dania...Fitrah juga masa kecik. Suara pun nak sama. 😉. 

Drama ni pula macam ada sedikit persamaan dengan Layangan Putus dari Indonesia. Watak Saida pun saya tengok macam seakan watak Kinan (Putri Marino). Muka pun saya rasa macam ada iras. Sepanjang tu muka berkerut dan muka stress. 

Bagi saya, watak Hasibullah tu bagus juga penghayatannya sampai menyampah dengan watak tersebut tapi bila dah tua selingkuh ni rasa geli pulak. Tak suka sangat dengan watak Saida sebab sepanjang drama muka serius, berkerut....jadi bila kita stress tengok muka dia pun stress juga. 😅 Watak Azim yang dipegang oleh Shukri Yahya ni macam sedikit tak percaya sebab selalunya Shukri Yahya membawakan watak yang baik juga kan.....Ex boyfriend Saida, Ammar yang dilakonkan oleh Keith Foo ni wahhh menjiwai watak sebab selalu ada scene menangis. Keseluruhan macam drama TV biasa yang portray kehidupan orang kaya2, rumah besar....

Saya beri 2/5 untuk drama ini. Mungkin ada lagi tayangan di catch up di Astro...





XOXO,
Ezna



16 ulasan:

  1. lambat ezna tgk citer ni...dh abis dh kita tgk aritu....aah ada sipi2 dgn drama indonesia tu tp yg indonesia tu lg 18sx

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah lambat sikit. Drama layangan putus tu eiiii geli juga part Reza Rahadian dan selingkuhnya....

      Padam
  2. owhh mmg copy citer layangan indon tu sbb tajuknya layang-layang tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin la kot....pelakon perempuan tu pun muka dia ada mirip pelakon Indonesia Puteri Marino tu. Jalan cerita bab selingkuh pun macam sama je dengan Layangan Putus.

      Padam
  3. plot nya fenin jugak bila i baca sekilas lalu hehhehe cuma i tak de masa nak tgk apa2 drama laaa at this age..komitment keje semakin byk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plot dia banyak bab selingkuh Suzz tu yang I bagi rating 2 je tu....

      Padam
  4. Saya pun tak suka plot nya. Upppsss jujur pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya pun.....drama ni macam benda2 selingkuh ni normal pulak dalam drama ni.

      Padam
  5. Ada kat astro? Okah! Eh lupa... uncle takde astro

    BalasPadam
  6. SA x suka citer ni...kalau yang Layangan Putus tu best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Layangan Putus tu tak suka lakonan Reza Rahadian tu.....seram....

      Padam
  7. MA bulan puasa ni terjebak jugak ikut Ibu layan drama melayu..he he he

    BalasPadam
  8. Rendah sangat ratingnya kak 🤣. Tapi jujur saya tak suka drama yg bertema perselingkuhan. Biasanya saya hindari. Layangan putus saya tak nak nonton. Samasekali tak mau. Krn takut emosi jiwa kalo lihat drama dengan tema seperti ini hahahahhaha.

    BalasPadam
  9. selamat menonton. saya dah lama resign layan drama-drama melayu. last layan projek high council. drama penyondol macam ni penat nak tengok

    BalasPadam
  10. Mrs. A mula-mula je layan sebab minat denga Syukri Yahya dah minggu kedua tu penat nak sambung tengok layan Kdrama lagi best heheheee

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...