Selasa, Mac 12

Mengimbau Asrama Rotu masa belajar

Alang-alang dah ke MAEPS, kita ke asrama dalam UPM pulak. Ayah Dania nak tunjuk asrama masa time dulu-dulu. 

Masa hubby belajar Diploma Sains Komputer kat sini dulu, nama Kolej ni K7. Sekarang ni kolej ni dikenali dengan nama Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Nama Sultan Selangor ke 5. Kami ada melawat istana yang Sultan Alaeddin pernah bersemayam selama 35 tahun di sini


Kat sebelah pintu putih tu asrama hubby dulu. Sebilik dengan seorang pelajar yang ambil course Sains Pertanian kemudian bawa balik cangkul ke bilik. Seram kan?. Untuk keselamatan tak sesuai la bawa cangkul. Saya yang dengar pun seram. Akhirnya pelajar tu simpan cangkul kat Fakulti / Ladang. 

Pelajar yang dapat penempatan kat kolej ni semuanya Rotu (Palapes) tapi yang peliknya hubby kata hubby bukan Rotu pun. 


Nama Kolej yang hubby duduk ni Seladang. Dah ada perbezaan sebab tempat parking kereta ni dulunya tempat parking motor. 


Bilik hubby dulu atas sekali yang belah kanan tingkap terbuka tu. Year 2 ke atas menginap kat sini pula sampai la grad. 


Kemudian nak balik lalu la depan pokok kekabu ni. Dania kata time la kekabu akan mula berselerak di atas jalan. Ni sebab buah kekabu dah meletup la ni. 


Putih jalan ni bila musim kekabu ni. Siapa rajin...kutip kekabu tu kemudian keringkan. Lepas tu masukkan dalam bantal. Selesa tidur kat bantal kekabu. 

Dah jarang kan jumpa pokok kekabu ni. 


Tiba-tiba saya cakap rindunya....dah lama tak masuk UPM ni hantar ambik Dania. Dah dekat 1 bulan dah Dania cuti dari 6 Feb 2024 lepas final exam. Nak masuk balik 18 Mac 2024 nanti. Tak lama lagi dah. Dania dah bersediakah nak belajar balik ni?. Now sibuk main game, tengok KDrama dan baca Novel. Takpelah berehat dulu. Masuk je belajar kita pulun pulak....





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. wahhh dh nak bukak new sem tu yer, lebih kurang USM lah kot, ie jadual sem lewat sikit start compared dgn UIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye nak buka sem dah tapi lewat sikit daripada UIA. Tunggu result announce dulu baru masuk balik Uni.

      Padam
  2. ye..kalau dekat U, waktu cuti memang cuti je... buat kerja part time, pulun baca novel dan tengok TV. Tapi kalau zaman sekolah cuti pun kena belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekolah ya memang cuti pun belajar err tapi tu untuk sekolah menengah F.4-F.5 la kot. Form lain boleh tenang2 lagi.

      Padam
  3. Seronok, mengimbau kenangan tempat tinggal zaman belajar. Saya tak pernah masuk kawasan asrama UPM, walaupun dulu tinggal dalam kawasan UPM. Sebab bapa kerja jabatan pertanian dalam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh mesti kat bahagian rumah ladang. Sekarang ni senang je masuk kawasan asrama tapi masa yang dibenarkan la. Waktu malam memang susah juga nak masuk kawasan asrama ni.

      Padam
  4. ooo alumni upm juga ya rupanyaaa
    kalau dekat tu
    sy g kutip kekabu yg berterabur tu
    mn tau dpt bantal sebiji
    hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam takde orang kutip je Anies. Untung kalau kita yang kutip. Haha.

      Padam
  5. seronoknya mengimbau saat jadi student..memang best

    BalasPadam
  6. Seronok juga bila anak belajar di tempat yang sama. Kalau datang tu boleh mengimbas kenangan. Dulu student suka naik motor, sekarang dah ramai student naik kereta.

    BalasPadam
  7. 18.3 anak ammi pun tak sabar nak ada juniour F1. Siap pesan kat dia dah jadi senior F2 jangan berlagak pulak. Bagi semangat kat adik2 yg homesick tu

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...