Pada 28 Mac 2024 jatuh pada hari jadi hubby. Hubby kata nak berbuka la kat luar. Saya menurut perintah je la sebab tak payah la sediakan lauk berbuka. Hehe
Saya call la mulanya Homst Cyberjaya sebab lokasinya berdekatan dengan Masjid jadi senang nak solat terawih kat situ. Malangnya takde pulak kosong jadi saya call pula Homst kat Ayer 8, Putrajaya. Katanya ada kosong dan melalui whatsapp saya kena order sebelum jam 6 petang sebab mereka nak prepare kan.
Ok.....melalui menu yang dihantar tu saya pilih2 dengan hubby dan saya whatsapp balik jam 2.45 petang.
Malamnya dalam jam 7 malam kami tiba kat sini.
Apa yang kami order :
1. Ribena Special - 2
2. Hot White Coffee - 1
3. Rice - 3
4. Prawn Dumpling Soup - 1
5. Buttered Chicken - 1
6. Salted Egg Yolk Chicken - 1 (Bungkus)
7. Kam Heong Lala - 1
8. Mango Sago Lolo - 1
9. Watermelon Sago Lolo - 1
Masa datang tu cuma ada Salted Egg Yolk Chicken yang saya minta bungkus tu dan Buttered Chicken. Air pun belum sampai dan menu lain pun belum.
Masa berbuka tu kami berbuka dengan apa yang ada je lah. Prawn Dumpling Soup tiba sejurus sebelum berbuka. Air tiba dulu sebelum nasi tapi setelah dah berbuka. Nasi tiba dalam 7.30 malam. Baru mereka nak distribute nasi kat kami dan beberapa lagi meja.
Prawn Dumpling Soup ni memang sedap.
Ribena Special.
Salted Egg Yolk Chicken ni yang sepatutnya bungkus. Sedap egg yolk yang bertali tu.
Buttered Chicken ni pun sedap.
Dalam jam 7.45 malam, Kam Heong Lala, Dessert Mango Sago Lolo dan Watermelon Sago Lolo masih tak nampak bayang jadi saya suruh je la hubby bayar tolak je la mana2 yang tak sampai tu. Kat kaunter boleh pulak dia kata Lala tu yang nak bungkus kan?. Hubby kata bukan Lala ni yang nak dibungkus tapi Salted Egg Yolk Chicken. Mereka dah mix up mana bungkus mana tak. Pastu tanya hubby nak tunggu tak?. Of course la tak.
Dalam pada tu Dania bagi treats kat kucing ni. Kucing ni takut-takut tapi lapar.
Lepas tu saya pun terfikir la apa gunanya order dari jam 2.45 petang tu?. Apa yang mereka buat?. Tak prepare ke? Pukul berapa start prepare semua masakan tu?. Nasi dan air pun tiba selepas berbuka puasa. Kalau tak mampu nak buat berbuka puasa dan tak cukup kakitangan saya sarankan jangan buat berbuka puasa ni. 😐
Makanan sedap tapi bila service macam ni memang kecewa sangat la. Berbaloi ke iftar di Homst Putrajaya? Bagi saya "Tak Berbaloi" dengan service yang kami dapat tu.
Kami singgah solat Maghrib kat surau Presint Diplomatik sebelum bertolak balik untuk sambung solat Isya' dan Terawih kat surau berdekatan dengan rumah.
***Kesian pulak yang sambut birthday tak puas hati.....bukan yang sambut birthday je...kami semua pun tak puas hati....hmmmm.....
XOXO,
Ezna
Alahai...dugaan untuk yang sambut birthday, kalau SA lepas tu x jejak dah situ...cukup la sekali...
BalasPadamMemang dah SA. Tak berbaloi dengan servis yang kita dapat. Tak puas hati...
Padamkena viralkan servis dorang di TT or FB agar mrka sedar kuasa pengguna yg teraniaya.
BalasPadamHmm tu lah tu....kalau tak mampu nak buat iftar tak payah buat la....
PadamMmg frustrated kalau jadi gini... Pernah juga hadapi situasi macam ni, mmg tak puashati huhu...
BalasPadamDania ni cat lover betul la 👍
Memang frustrated sangat sebenarnya PH. Order awal pun macam tak guna pulak. Ya Dania penyayang kucing sangat. Ummi dia je yang takut. Hehe
Padamkesian juga kalau jadi macam tu...lain kali jangan pergi ke sana lagi...kita bayar bukan tak bayar ..bahkan duit bukan senang nak cari juga
BalasPadamYa tak berbaloi pun. Dah la baru kali ni je berbuka kat luar. Servis pula ke laut dalam. Ya duit kita tu bukan senang nak cari.... :(
PadamKesian la pulak... sabar ye
BalasPadamDah bersabar dah tu UG. Mana yang tak dapat kita tolak je tak mau tunggu lagi.
PadamMemang tak berbaloilah gitu. Macam tak function je booking awal tapi semuanya tak ready. Sabar je lah.
BalasPadamYa tu lah nak bagitau tu....order awal buat apa?. Tak datang la ke sini....TAK BERBALOI!
Padambila dh order awal tp ada menu yg tk dpt..mmg tk best btul kan..br nk tgk menu dessert tu..rupanya tk smp2 juga
BalasPadami dgr pun tumpang sakit hati heheh memang tak efisyen la service gitu
BalasPadamTu yg kadang2 malas nk berbuka di luar takut jadi kes kes macam ni..
BalasPadamBetul sgt tu kalau tak mampu jgn buat service berbuka puasa kan.. kesian org nk berbuka
Saya pun kalo dapat restoran yg begini tak terlalu mau nak balik lagi. Lambat kan. Apalagi kalo tujuan awalnya untuk celebrate something. Jadi kecewa....
BalasPadam