Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 1

Ini semua salah Chatchibor....

Kami sebenarnya nak makan kat Morib. Dah alang-alang kami di Banting kan. 
Mulanya ke area tepi pantai ni. 


Air nampaknya dah pasang ni.


Nampak ramai juga yang mandi ni. 


Ambik gambar Dania pulak. 


Pasir dia halus sangat. Nak lama-lama kat sini pun tak pakai kasut yang proper jadi kejap je kat sini. 


Ada juga yang bawak khemah jadi boleh la berehat atau nak salin baju ke dalam khemah tu. 


Lepas tu parking berdekatan tempat makan kat Morib. Kat sini saya berjalan la sambil tengok keindahan alam. Mata pandang atas sebab tengok ada yang menerbangkan burung/pepatung layang-layang tu saya jerit perlahan Chatchibor Chatchibor....sekali.....gedebush....saya termasuk dalam longkang. 😆. Nasib baik longkangnya rendah je dan kering. 😜 Malu malu malu malu malu malu malu ok....Udah hubby dan Dania tarik saya. Jalan pun saya tersengih je la dengan harapan tak ramai yang nampak saya jatuh 😅. Boleh nampak kecik je yang diterbangkan tu. 

Exactly kat sini la....depan sikit ada longkang kecik. Bila dah termasuk susah la nak imbang badan lalu terjatuh la saya kat tepi longkang tu. 😆. Ce tengok gambar bawah tu. Ramai kan...huhuhu....

Chatchibor tu bahasa Perak untuk Pepatung (Dragonfly). 


Ok....chatchibor chatchibor punya pasal pun kena makan jugak kan?...😅


Dania order coconut shake. 


Mee Bandung hubby order...


Nasi goreng petai saya punya. Hehe. 


Nasi buttermilk Dania. 


Air lencikang saya. Saje nak minum sebab nak sejukkan badan. Panas kan sekarang ni?. 


Cendol hubby. 


Lepas makan, kita jalan jauh sikit dari insiden tadi. 😆

Rupanya Morib ni ada sejarahnya di mana Tentera India Batalion Tentera Marin British pernah mendarat di Morib untuk mempertahankan pesisiran pantai ni dari Tentera Jepun. 


Kat sini ada lokasi tempat menarik untuk dilawati di Kuala Langat. 

Ummi....Sultan Abdul Samad macam nama library UPM lah. 


Ni gambar selingan. Perpustakaan Sultan Abdul Samad di Universiti Putra Malaysia. Sultan Abdul Samad juga pernah ditabalkan menjadi Sultan Selangor.  


Ok yang ni saya dah pergi sebelum ke Morib ni. 


Sini pun saya pergi. 200 meter dari Masjid Sultan Alaeddin. 


Teringin nak pergi tapi belum lagi menjejakkan kaki ke sini. Pasti cantik kalau ambik gambar dengan pepohon bakau takde daun tu. 


Ada perkampungan orang asli di Pulau Carey. Kita boleh melawat. 


Saya pernah menginap di sini. Masa tu cuma 2 keluarga je ada check in kat sini. Swimming pool dia best dan ala ala theme park. 


Tempat kraftangan tempurung dan daun getah. 


Taman rekreasi Paya Bakau. 


Sekolah Kebangsaan Bandar yang lama. 


Hatter Castle Pulau Carey.


Setelah itu kami pun pulang dan sempat solat maghrib dan isya' di Masjid Besi, Putrajaya dan sebenarnya malam ni (24 Feb 2024) adalah Malam Nisfu Syaaban jadi saya sempat baca yassin dengan Dania sementara menunggu solat isya'. Alhamdulilah. Dikatakan doa mustajab pada malam ni....

Time ni masa nak solat baru terasa kaki saya sakit dek terjatuh tadi. Lepas terjatuh tadi takde pulak rasa sakit. 


Lain kali nak kena tengok jalan betul-betul. Nasib baik tak terseliuh ke apa cuma bengkak sikit ajer. Mungkin sebab kasut saya pakai tu high top sneakers kemudian saya pakai stokin kat dalam. Melindungi juga kaki saya. Tambahan longkang tu rendah ajer. Alhamdulilah....

Abis tu dah excited tengok deme terbangkan chatchibor....😅.

***Salam Jumaat! 





XOXO,
Ezna

30 comments:

  1. lama tk pi pantai....menarik tgk mee bandung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka pantai tapi masa gi sini tak pakai kasut proper la pulak. Tu yang kejap je kat pantai.

      Delete
  2. salam jumaat dan salam blogwalking. seronoknya spend time dengan family. bersih betul pantai and makanan pun nampak sedapp sangat ! what a memory !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkunjung ke sini. Kena create memory bersama keluarga....

      Delete
  3. pernah ke Pantai Morib pd thn 2013. Terasa ingin ke sana lg tp cuma masa yang menentukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali nak pergi pantai boleh je kan....Silalah ke sini.

      Delete
  4. selalu dengar je morib ni
    sampainya idok!
    hahaha
    oo amverton pun ada 'çawangan' dia ya kat pulau carey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cawangan lain jugak ke Anies? Kalau kat Pulau Carey ni tahu la.....Meh le ke sini kalau ke Kuala Langat tu.

      Delete
  5. Alamak, kalau pakai face mask kurang sikit rasa malunya 🤭
    Apapun alhamdulillah takde luka ke terpelecot ke Ezna ye?
    Seronok ambil angin tepi pantai kan...ralit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....PH tak pakai penutup muka masalahnya. Hahaha adoiii...bila jalan tu ada yang tengok senyum-senyum ja. Adehhhh malu bebeno ni PH.....tak luka, tak terseliuh cuma sakit sikit je la. Alhamdulilah.......

      Dah balik, kita ikut jalan lain la. Haha...

      Delete
  6. Laaahhh... uncle baru tahu maksud chatchibor tu... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik uncle tak citer pasal gedebush tu...Hahaha....ya chatchibor tu pepatung dalam bahasa Perak.

      Delete
  7. Alaa kesian mummy Dania ni. Pernah jugak jatuh tempat awam, buat tak tau je hehe. Sedap betul tengok Mee Bandung, Cendol, Laicikang semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La pernah jugak ya?...Ya lah nak buat macam mana kan? Makanan tu ok je lah rasanya....alhamdulilah.

      Delete
  8. ala cian u ezz...errr i pun pernah terjatuh gitu jugak..last few months, kat uia, masa tu tgh jln kaki dgn mr hubby, nak gi ATM, i plak tgh baca mesej kat handphone, tak perasan kaki termasuk lubang, so jatuh terpeleot laaa...syukur kaki tak terseliuh cuma jd bengkak sikit, few days lps tu ok...memang careless la jugak tu terjatuh tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nasib baik kaki you tak terseliuh kan?. I pun bersyukur juga. You bengkak sikit ya...sama jugak macam I. Hmmm benda nak jadi kan....nanti lain kali kena jalan pastikan tengok bawah.

      Delete
  9. Baru tahu org perak sebut pepatung apa hihi.. Aduh jatuh tu kalau dh sakit take sometimes nak sembuh.. semoga cpt sembuh.. Nanti nk try la ke perpustakaan tu bnyk benda sejarah yg dipamerkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik la 2-3 hari dah baik dah kaki. Chatchibor tu bahasa orang Perak. Jadi kalau dengar perkataan ni dah tau la apa....

      Delete
  10. cantik sungguh pantai ...nampak bersih...boleh tempat healing-healing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh healing tepi laut. sebenarnya banyak sampah juga ni. Sayang juga pengunjung buang sampah merata-rata.

      Delete
  11. halus pasir pantai Morib ye. SS suka kalau main2 kaki kat pasir pantai.. rasa mcm treatment kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya treatment kaki tu ya jugak sebab pasir ni ala ala ada garam sikit kan.....

      Delete
  12. ya Allah...terus teringat mandi pantai masa penghujung syawal tahun lepas..linda terjatuh dalam lubang yang pengunjung buat..nak balik dah tu...malam tu bengkak smpai menangis..p HAT 94, tak dpt MC pun,esok mintak MC dekat klinik swasta...tu pun dpt seminggu je..sebulan tak baik2, last2 p klinik staff, minta refer dekat fisio..alhamdulillah 4x buat app fisio, baru tak terasa sakit2 ngilu kaki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah teruk juga Linda kena ya?. Sampai sebulan tu....rasanya cara Linda jatuh juga tu mainkan peranan juga. Mungkin kaki Linda tak betul-betul straight kemudian kita terjatuh kena mana dulu.....alhamdulilah juga time akak 2-3 hari baik dah mungkin disebabkan longkang tu kecik je....apa pun bersyukur kaku Linda dah sembuh. Tak dapat bayangkan nyilu Linda tu macam mana....

      Delete
  13. mak orang jatuh takdelah malu sangat...org yg nampak pun mesti macam.."kesian acik tu"...kalau Dania yang terjatuh haaaa...yg tu malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....malu ammi. Tak tahu nak sorok muka kat mana. Paling penting, balik tu lalu jalan lain. Hahaha......

      Delete
  14. tak pernah lagi sampai sini walau dah bertahun jadi anak selangor. haha. oh..chatchibor tu pepatung ghopenye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada kesempatan boleh la singgah. Hehe itu le maksud chatchibor nyer.....

      Delete
  15. Ooh di sana sebut chatchibor ya? Di sini capung. Tapi saya jarang lihat di jakarta. Dulu di Aceh banyak lah 😄.

    Memang kak, kalo jatuh begitu, sebenarnya sakit tak seberapa, malunya itu yg tak tahan 😅. Lebam kaki kak ezna yaa. Harap2 cepat pulih yaaa.

    Ada banyaaak ternyata tempat wisata Kat sana 😍. Satupun belum ada yg saya visit ni.

    ReplyDelete
  16. Disini memang sentiasa ramai orang. Jarang tak penuh. Aduhaiii... chatchibor punya pasal tak pasal² jatuh. Harap tak ada luka atau cedera teruk. Best betul dapat makan cendol, sejuk tekak.

    ReplyDelete