Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, March 14

Dugaan bekalan elektrik terputus

Nak dijadikan cerita masa nak mulakan masak lauk berbuka  jam 5.15pm, tiba-tiba bekalan elektrik tak ada. Nasib baik Dania dah masakkan nasi menggunakan periuk elektrik awal lagi jadi bila jam 5.15pm ni nasi dah masak. 

Sempat juga saya masakkan dua menu iaitu lauk sardin yang saya tambah lagi bahan-bahan lain dalamnya....


Saya gorengkan juga terung yang saya perasakan dengan garam dan serbuk kari. Lauk yang ni sekejap je licin terus. 


Lepas tu saya call la TNB nak beritahu kawasan saya tiada elektrik. Tengok la kat bawah ni...


Agak-agak la kalau suara perempuan. Takkan la En. Hasbullah kot. 😅. Katanya kerosakan akan dibaiki selama 2-4 jam. Kalau kerosakan rumit lagi lama la masa nak dibaiki. Akhirnya dalam jam 7.17pm, bekalan elektrik ada balik. 

Hubby balik pun kena parking motor kat luar dan panjat masuk rumah sebab gate elektrik tak berfungsi. Bila dah ada bekalan elektrik dah ok balik semuanya....alhamdulilah....





XOXO,
Ezna

 

10 comments:

  1. alhamdulillah. pukul berapa ezz letrik ada semula tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada balik jam 7.17pm Suzz. Lega....kalau tak panas la kan....

      Delete
  2. Nasib baik dah masak nasi awal.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah letrik ada balik, tak lama blackout nya. Kami kena time sahur hari Rabu. Alhamdulillah ada lampu camping. TNB call center tu pun agak2 la suara orang perempuan takkan tak kenal.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tak blackout lama sangat...kalau tak susah juga terutama barang dalam peti ais hehehehe

    ReplyDelete
  5. hadoi la TNB pun la buat lawak. tau la puasa. hahhaha

    ReplyDelete
  6. nasibaik nasi dh masak ye....tp lawak soklan yg TNB tanya tu....suara ezna dh bertukar ke dgn husband hehe

    ReplyDelete
  7. lapo laaa tu
    sampai suara lelaki permpuan pun tak kenal
    hahahaah

    ReplyDelete
  8. Puan Ezna tak sedar ni yg Puan ada suara “abang-abang”. Kat tiktok ada sorang budak perempuan tu yg suara dia mmg suara lelaki betul. Penah tgk tak?

    ReplyDelete
  9. Susaaah kalo listrik mati kan 😄. Kalo utk masak saya tak terlalu masalah, Krn pakai gas. Tapi saya langsung terpikir freezer dan kulkas 🤣🤣. Terlalu lama mati, bisa rusak lauk2 yg dibekukan itu 😅

    ReplyDelete