Sabtu, Mac 16

Hadiah pelangi selepas hujan

Gambar Dania kat ladang jagung dengan seekor rama-rama yang asyik datang kat Dania je...nak tergelak saya sebab kejap dia gi tangan Dania, kejap seluar, kejap baju....dah halau tu tapi dia asyik datang je...rama-rama jantan la mungkin 😅. Throwback masa sibuk di ladang jagung. 


Dua minggu sebelum result keluar, ada berborak dengan kawan saya tu melalui whatsapp. Masing-masing ada anak Sem 1 di UPM, lepas tu siap cakap la UPM letak Kepujian Dekan terlalu tinggi sampai 3.75. Pengsan..... Kami macam cakap berserah ajer...sebab anak kami dah buat yang terbaik. Tidak membandingkan dengan IPTA yang lain (Setiap IPTA tak sama pointer dekan) tapi bila anak-anak kami dah kat UPM, kena ikut la apa yang telah ditetapkan oleh UPM. Tapi...bagi saya tingginya nak capai tu.....

Dania masa awal-awal masuk pengajian bacelor ni Dania agak muram satu sebab dia seorang je lepasan Asasi UPM kat pengajian ni. Nak kenal kawan-kawan baru ni enjin Dania lambat panas la sebab Dania ni sejenis yang senyap. Ada la beberapa orang juga Asasi UPM juga. Kawan sebilik masa Asasi pun dua orang kat Fakulti Pertanian ni juga tapi kursus mereka lain-lain. Kawan sekelas masa Asasi pun termasuk Dania ada 4 orang juga kat sini tapi kursus berlainan la.

Dengan ahli group assignment yang tak ambil serius nak buat assignment, siap dapat voice note yang menyakitkan hati....satu ayat tu kalau rewind memang panas je saya dengar. "Kau ingat kau tu bagus sangat?" sebabnya Dania tanya apa progress assignment?. No progress ya....Dania kata nak keluar group dan buat seorang sebab lecturer ada beritahu dalam kelas jika tak selesa dengan group sekarang boleh buat assignment sendiri. Dania risau sebab kena buat 1000 patah perkataan. Kalau buat last minute mesti buat cincai. Dania jenis komited. Tak mungkin akan buat cincai. Jadi assignment ni Dania buat seorang dan hantar 3 days earlier. Group ni semua lelaki....kecuali Dania. Tak sure la group ni hantar bila....Dania dah keluar dah dari group ni. Later....ada seorang ahli group bercerita...dia pun tak berkenan apa yang xxxx tu cakap kat Dania. 

Ada lagi satu group pula....jenis tak check english grammar. Bila check....Dania kata banyak kena betulkan ummi....jadi Dania check line by line....90 muka surat tu....salah seorang ahli group kena marah dengan lecturer sebab ayat 'copy paste' dari google translate (orang yang sama macam orang kat atas ni 😠). Langsung Dania tak lalu nak makan dah....muka stress je....nak hantar kena buat betul2 la sebab 20 markah untuk report ni. Akhirnya settle...Subjek Farm Practice : Food Crops ni Dania berjaya dapat A. Alhamdulilah. Rasa puas hati juga...cuba Dania tak check.....

Ada satu group presentation, kena cadangkan food atau beverage untuk kita kupas 1 aditif di dalam tu. Kawan Dania suggest Coca Cola. Dania kata instead of Coca Cola apa kata buat susu pisang sebab lebih berkhasiat dan mesti lain sikit daripada pilihan yang biasa orang akan pilih macam Coca Cola ke, Maggi ke...mesti yang ni ramai yang pilih. Dania ada point la kat situ. Ehhhh....kawan Dania nak Coke jugak. Dania punya pemikiran ni dia kalau boleh nak boikot Coke ni kan tapi sebab seorang dalam ahli group tu insist nak Coke jugak....ok fine buat Coke je la (untuk pengetahuan sahaja. Bukan nak support ke apa). Kawan lagi seorang dari Indonesia lelaki tu mengikut je. Lepas tu cakap 'Aku Sakit' jadi mungkin part info yang budak lelaki cari ni lambat la. Dengan hanya 'seen' je whatsapp tu. No action tapi akhirnya buat juga walaupun lambat sikit. Kawan yang nak Coke ni siap kata ada group lain nak buat Coke juga. Dalam hati Dania, habis buat la lain takkan nak buat yang sama dengan orang lain kan....Idea Dania...presentation nanti Dania kata awal tu nak buat sketsa lakonan sebab nak bagi lain sikit. Bab props pula saya kata saya boleh beli. Maknanya barang yang nak present tu. Baru nampak lebih menarik sebab ada barangnya. Dania kata masa buat presentation muka Dr tu punya serius. Takde senyum langsung dan tak ada komen. Group lain Dr akan betulkan sebutan yang salah. Group Dania Dr tu tak komen langsung. Saya kata mungkin itu petanda baik. Ye lah kena bagi semangat la kan....saya kata kalau ada salah pasti Dr akan tegur. Ni takde apa2 senyap je. Ok lah tu. (Walaupun dalam hati kita pun tak sure kenapa Dr tu senyap je). Ok....presentation tu sampai 3 group buat Coke ya....Hmmmmm.....jadi betul juga la Dania buat sketsa tu sebab nak bagi lain daripada yang lain. Lepas tu....dari kelas lain dapat tahu yang Dr ni buta warna jadi warna merah tu memang Dr tu tak nampak....warna Coke kan merah....dalam berkawan tu mesti ada yang asyik nak menang je.....😏. Jadi kena pandai handle la situasi macam ni. 

Bab kena tanam menanam pun bagi Dania agak berat terutamanya tanam pokok jagung tu. Nak jaga 150 pokok jagung. Kena buat dari batas 30 meter, tanam, merumpai dan membaja. Ada sekali masa buat batas Dania nak jatuh dah. Lepas tu masa ummi ada...tengah merumpai Dania kata pening jadi saya suruh Dania baring dulu. Masa ni hampir nak menyerah dah tu.....Pernah juga saya marah Dania...masa tu kawan2 semua tak ada sebab cuti sem. Ummi dan Dania je kat ladang jagung tu. Ummi geram tengok Dania tak semangat. Sekali marah....cergas sikit 😅.....marah di sebalik pokok2 jagung yang tinggi jadi boleh la menyorok dalam tu. Takde la Dania segan sangat kan....

Tepat jam 12 tengah malam 15 Mac 2023, standby depan laptop untuk tengok result Sem 1 Ijazah Dania kat UPM. Loading punya loading akhirnya dapat tengok...😲

Masa sebelum dapat tahu tu saya pegang jari Dania kemain sejuk. Jantung saya pun dup dab dup dab. Lepas tu bila tengok result...haaa??...itu reaksi Dania. Dania pun macam tak percaya apa yang dia tengok. Saya dan Dania berpeluk la.....ayah Dania seperti biasa senyum je la. Alhamdulilah. Dania tak dapat perfect 4 tapi macam ni pun ummi dah bersyukur sangat-sangat.....result kat UPM ni sampai tiga titik perpuluhan jadi memang tak dibundarkan kepada dua titik perpuluhan.

Di sebalik macam-macam cabaran, Dania dapat mengatasinya dan Alhamdulilah....Dania dapat Kepujian Dekan. Ummi pun surprise juga....Falsafah dan Isu Semasa bagi Dania agak tak faham sangat sebab bahasa yang lecturer prefer ialah bahasa bombastic. Subjek ni boleh jawab in BM sebab subjek wajib IPTA. Kena buat ulasan journal English dan penggunaan bahasa contoh macam saya berasa terkimbang-kimbang. Haa pernah dengar? Saya tak pernah tapi Dania kena cari ayat yang bombastic sikit. Kenegaraan Malaysia pun ala ala Sejarah Malaysia SPM. Ini pun boleh jawab in BM. Kalau subjek Universiti kena jawab in English. 

Poetic Society tu subjek yang wajib lulus yang diwakili oleh M. Kalau tak lulus akan jadi TM. Tak ada kredit tapi wajib untuk graduasi. 

Dalam hidup ni tak semuanya indah, kadangkala ada ribut petir di tengah jalan kemudian Allah hadiahkan pelangi yang cukup indah.....harap-harap Dania dapat belajar la dari sini....tak semua orang yang kita jumpa tu baik. Kadang terjumpa pulak yang hmmmm....kena kuatkan semangat jugak la. Nak bersedih tu boleh tapi tak boleh lama2. Kena try lupakan selepas tu. Lagi satu kena jaga hubungan dengan lecturer yang mengajar supaya ilmu yang kita dapat tu senang kita nak absorb. 

Moga dapat memberi inspirasi kepada yang lain juga.....kita sebagai ummi dan ayah kena support anak2. Kalau anak-anak perlukan a shoulder to cry on kena sediakan bahu kita....kadang kan anak tu perlukan perhatian kita tapi kita sibuk tengok handphone kita. Ada 'seseorang' yang mengadu dekat saya. Setiap kali keluar dengan mama dia....mama dia asyik tengok handphone je....tapi dia larang saya beritahu mamanya...😞. Anak perempuan kan sensitif sikit...

Kalau anak-anak tersasar sikit tegur....moga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan akhirat. 💜. Bab anak ni kalau tulis selalunya panjang....ummi emo sikit....


***Dania email semua lecturer yang mengajar dan ucap terima kasih dan minta lecturer mendoakan Dania. Ada beberapa lecturer dah balas email Dania. Alhamdulilah. Moga Dania akan beroleh kejayaan lagi untuk Sem 2 nanti.....
***Dania kata agaknya kucing2 yang Dania bagi treat kat Fakulti Pertanian tu doakan Dania kot. Bab ni ummi kena banyak2 sabar ya bila ambik Dania kat Fakulti kadang2 lambat sikit Dania tiba...rupanya bagi makan kucing. 😅. 





XOXO,
Ezna




26 ulasan:

  1. Alhamdulillah…kalau bundar mmg dah 4 flat dah tu…plg tidak pun 3.97

    Tahniah Dania dan tahniah juga ummi yg sentiasa ada dibelakang dan disisi menyokong. Semoga next sem Dania dapatlah team yg bagus. Geram je kan bila dpt team yg sambil lewa. Sejenis buat perabih duit mak ayah hantar gi belajar ishhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih Ammi. UPM ni panjang nau dia punya ponter tu sampai 3 titik perpuluhan. Ayat last Ammi tu sebenarnya terfikir gak....nak tulis tak sampai hati tapi realitinya mecam camtu la....memang geram pun......

      Padam
  2. sgt2 hebat la dania!! almost 4 flat dah tu. congratssss auntie suzi tumpang hepi tau!! rasa sebak pun ada bila baca entry u ni ezz...memang berbaloi2 sgt penat lelah dania dan her mommy!!! moga2 terus cemerlang utk semua coming semesters insya Allah!! nanti ada majlis penyampaian sijil dekan kan? kalau kat my faculty, memang ada majlis tu, utk raikan all the dean's list recipient. tahniah sekali lagi!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. I kalau tulis bab Dania panjang berjela.... :), Thanks Suzz. Ya ada Dania cakap. Ada 3 kategori hadiah 1. Anugerah Graduan Cemerlang untuk Final year yang akan dapat hadiah dari company yang sponsor kat Fakulti Pertanian, 2. Anugerah Naib Canselor yang 4 flat, 3. Anugerah Dekan. Aamiin untuk doa you. Moga anak-anak kita Dania, Zharfan, Ariff dan Razeen cemerlang di dunia dan akhirat dan dikurniakan akhlak yang baik.....Aamiin.

      Padam
  3. wow tahniah Dania...hebat sangat ni! berbaloi dengan usaha,penat,sedih Allah dah ganti dengan pelangi yang indah.moga terus berjaya Dania sayang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih.....Aamiin untuk doanya :)

      Padam
  4. Tahniah Dania!
    In syaa Allah usaha keras akan dapat hasil yang sangat berbaloi.
    Semoga Dania akan terus cemerlang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih. Aamiin untuk doanya.

      Padam
  5. Itulah kenapa saya tak suka sebenarnya kerja grup. Apalagi kalo dpt member yg tak bisa diajak kerjasama. Lebih suka kerja sendiri. Nilai pun hanya utk kita. Tapi saya paham , saat kuliah tak bisa semua kerja sendiri, ada masanya kita hrs kerja team.

    Tahniah Dania .. memanglah usaha tak mengkhianati hasil yaa. Saya yakin Dania akan tetep mencapai hasil bagus sampai akhir kuliah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fanny saat kuliah ada kala kena kerja grup tapi kalau grup rajin selamat. Kalau grup malas aduhhhh bikin pusing.

      Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih Fanny di atas kata2 semangat! :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih Uncle....

      Padam
  7. Alhamdulillah tahniah Dania! Teruskan melangkah dgn lebih bersemangat 💪
    Susah juga dapat ahli group yg x bagi kerjasama atau susah bekerjasama :(
    Abang pun mcm Kak Dania juga,kadang suka buat sendiri latihan cg bagi sbb kawan² byk main katanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Terima kasih PH. Ahli group tu yang payahnya sebab ni kadang2 ditentukan oleh lecturer. Ha tu lah....yg banyak main2 ni maknanya dia tak boleh komited dengan kerja. Kalau boleh buat sendiri baiklah kita buat sendiri. Lagi selamat.

      Terima kasih di atas kata-kata semangat dari PH!

      Padam
  8. Untung ada Ummi Dania bagi semangat dan cakna dengan masalah dialami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bagi semangat sebab kadang tu anak pun lemah semangat.....

      Padam
  9. Tahniah Dania! Walaupun sakit sepanjang sem tu tapi hasilnya menggembirakan. Semoga next sem Dania dapat ahli group yang lebih bagus dan pengalaman yang lebih seronok. All the best Dania!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadza Min Fadhli Rabbi. Bersusah dahulu kemudian lepas stage tu dapat pelangi tu memang rasa bersyukur....alhamdulilah. Aamiin untuk doanya.

      Padam
  10. Tahniah Dania... Kalau dapat group toxic, tinggalkan aje. Lecturer pun tahu. Zaman sekarang sangat mencabar sebab terlalu banyak sumber untuk di copy paste. rosak markah kalau ada ahli yang perangai macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik lecturer macam tahu je. Nasib baik Dania keluar dari group toxic tu dan ada seorang ahli group yang bagitahu tak berkenan jugak dengan XXXX ni. Maknanya memang betul la ada perangai tak betul dalam tu. Akak pun memang kenal mana orangnya.

      Padam
  11. Alhamdulillah tahniah Dania. Teruskan usaha. Moga berjaya dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  12. Group assignment memang stress kalau dapat ahli kumpulan yang tak beri kerjasama. Adeh. nasib baik lecturer bagi kelonggaran. Good luck Dania!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kalau ahli group yang ok senang la kerja kan...ni yang suka last minute, bila tanya balas pulak dengan Kau ingat kau bagus sangat?. Voice note tu akak simpan kat phone akak.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...