Isnin, Mac 11

Nanas Montel

Lepas ke Pasar Borong Selangor singgah masuk MAEPS sebab nak tengok area Starry Night. Lepas tu singgah la kat Nanas Montel. Betul-betul dekat dengan Nafas Cube. 


Kat belakang tu penginapan yang Dania dan kawan-kawan sebilik masa asasi pernah bercuti time selesai asasi dulu. Sewa 1 kontena kat Nafas Cube ni.


Ummi dan Dania sementara ayah tengah order. Sebelah sana tu tasik. Damai je kat sini dengan pokok-pokok yang merimbun. 


Air nanas ni sedapnya. Takde rasa gula. Rasa pure nanas. 


Ini pula karipap nanas. Rasa di ada manis dari nanas dan rasa kari. Sedap juga. 


Ni baru elok sikit makannya...tadi buruk betul gayanya....nasib baik ummi tak masukkan gambar yang tu ya....saje mengada tau ummi nak ambik gambar. 


Isi karipap. Penuh jugak la. Tak la jadi macam karipap angin. 


Ni saje je nak lapik perut sebab kejap lagi baru nak masak sup tulang. Lambat sikit masaknya. 


Nanas Montel 
Maeps,
Jalan Teknologi, 43400 Serdang.





XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Sukanya saya kalau dapat jus nanas.
    Karipap nanas tu menariklah pula. Belum pernah cuba atau jumpa karipap begini.
    Salam Ramadan Al Kareem buat Ezna sekeluarga.
    Selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. Salam Ramadan dan selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  3. Menarik tempat tu. Karipap pusing inti nanas, tak pernah rasa.
    Selamat berpuasa, Puan Ezna.

    BalasPadam
  4. terliur air nanas hahahah ni i baca entry ni masa 1st ramadhn ezz hahahahah

    BalasPadam
  5. karipap dan jus nanas
    memang ngam laa
    kalau ada kuih lain lagi syok ni
    heheheh

    BalasPadam
  6. Unik ada karipap nanas. Air nanas pure dari buah nanas memang best dari letak gula untuk bagi manis. Nanti lepas raya bolehlah cuba lepak kat sini kalau ke sanalah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...